AWISHMICA • 41

28K 1K 65
                                    

NAFAS dihembus kasar oleh Meesya, berkali-kali dia menelefon kakak angkatnya tetapi tidak terjawab., mesej yang dihantar juga sudah lama tidak terbalas oleh Syazwani.

"Akak ni kenapa? Ada masalah ke?" tanya Meesya seorang diri.

Meesya mencebik, dia melangkah keluar daripada bilik dengan perut besarnya dan melangkah ke arah bilik kerja Ariff. Pintu bilik dibuka secara perlahan-lahan, Ariff masih lagi tertunduk ke meja. Meesya melangkah ke arah Ariff tanpa mengeluarkan bunyi.

"Aba!-"

Terhenti Meesya daripada meneruskan sebutannya, dia tersengih kepada Ariff yang sudah merenung dirinya.

"Abang dah perasan, tak payah nak buat abang terkejut," kata Ariff lalu dia memberi isyarat kepada Meesya agar mendekati dirinya.

"Hehehe! Kerja abang banyak lagi ke?" Meesya melangkah melepasi meja.

Sekali angkat tubuh Meesya sudah berada di atas riba Ariff. Meesya tersenyum suka dan merehatkan kepalanya pada dada suaminya.

"Banyak lagi ni, baby nak makan?" tanya Ariff.

"Tak nak, Mak Jah dah bagi saya makan banyak tadi," jawab Meesya.

Pelik Meesya memandang Ariff yang mematikan laptop dan menyusun kertas-kertas kerjanya. Tadi kata banyak lagi.

"Kenapa abang kemas?" tanya Meesya.

"Abang tak boleh fokus, baby abang dekat sini jadi abang nak baby," pelukan pada pinggang Meesya dieratkan lagi.

Meesya bermain-main dengan hujung baju suaminya, perlu ke dia bagitahu Ariff atau tidak.

"Abangg..." panggil Meesya meleret.

"Yes, baby?" Ariff sudah meletakkan wajahnya pada leher jinjang isterinya, wangian daripada tubuh isterinya dihidu.

"Abang boleh tak tolong Mica?"

"Tolong apa?" kali ini tangan Ariff sudah tidak duduk diam, merayap-rayap pada belakang tubuh Meesya.

"Kak Wani dah lama dah balas mesej Mica, Mica call pun tak angkat... Boleh tak abang tolong cari kak Wani, abang kan ada abang Rey..." minta Meesya.

"Dah lama ke?" tanya Ariff.

"Hm, abang ingat tak masa mula-mula tahu Mica mengandung, kak Wani cakap lepas 2 minggu nak balik tapi tak ada berita apa-apa pun," cerita Meesya. Memang dah lama Syazwani menghilangkan diri.

Sebelum ini Meesya hanya berfikiran positif, mungkin Syazwani terlalu sibuk berada di Amerika Syarikat, tetapi ini dah berbulan-bulan.

"Nanti abang tolong cari,"

"Abang lupa, malam ni kita pergi rumah mummy, makan dekat sana." sambung Ariff.

"Okey, Mica dah lama tak jumpa mummy!" Meesya tolak tubuh suaminya dan dia turun daripada peha Ariff. Meesya memusingkan tubuhnya di hadapan Ariff. Berpeluk tubuh Ariff memandang isterinya.

"Mica dah gemuk," kata Meesya.

Ariff tersenyum memandang isterinya dengan perut besar sambil bermuncung mulut, tubuh isterinya ditenung, tak ada yang berubah selain baby bump yang semakin membesar.

"Baby gemuk atau kurus tetap comel dekat mata abang, tetap cantik dan sempurna dekat mata abang." ucap Ariff.

"Tapi saya gemuk," Meesya mencebik.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now