° SPECIAL CHAPTER 2 °

18.9K 889 72
                                    

MEESYA menaikkan kedua-dua tangannya atas lalu jari ibu dan jari penunjuk dikeluarkan manakala jari lain digenggam. keadaan Meesya sekarang seperti sedang mengambil gambar Ariff menggunakan empat jarinya.

"handsome sangatlah suami mica ni. tak boleh, tak boleh!" Meesya mendekati Ariff, matanya dikecilkan.

"nak buat macam mana? abang memang handsome." jawab Ariff dengan bangga sambil dia melihat dirinya di cermin.

"nanti doktor lain tergoda tengok abang" kata Meesya.

Meesya menarik tangan Ariff ke arah katil, belum sempat Ariff ingin membetulkan rambutnya.

"baby.." panggil Ariff, dia rela sahaja dirinya ditarik.

Meesya menolak bahu Ariff supaya suaminya duduk di atas katil.

"abang duduk diam, biar Mica buat." Meesya senyum manis kepada Ariff.

"ye, buat lah"

tangan Meesya mula mengemaskan rambut Ariff, tidak lepas anak mata Meesya melihat rambut Ariff. Ariff pula hanya diam dan memandang wajah isterinya yang sedang mengemaskan rambutnya.

"baby baru je habis berpantang, dah banyak bergerak" kata Ariff. tangan Ariff sudah melingkar dan merapatkan tubuh Meesya dengan dirinya.

"sikit je. Hari ni kan abang dah jadi profesor, Mica kenalah siapkan abang" jawab Meesya.

rambut Ariff sudah siap, mata Mica turun ke arah pakaian Ariff, ia sudah dikemaskan.

"abang dah jadi profesor, tak ada hadiah?" tanya Ariff.

Meesya tersengih dan mengangguk.

"abang balik nanti Mica bagi" jawab Meesya.

"abang nak sekarang" minta Ariff.

Isterinya didudukkan di atas riba dan tangan Ariff mula membelai rambut panjang Mica.

"okey, Mica bagi yang lain dulu" kata Meesya.

"cepat, abang dah lambat ni"

Meesya menaikkan sedikit kepalanya dan pipi kanan Ariff dikucup dengan lama.

"muahh! hadiah abang, nak lebih minta dekat Arfaa" kata Messya selepas dia mengucup pipi Ariff.

"boleh ke? baby kan suka cemburu bila Arfaa cium abang?" tanya Ariff.

jika dulu Ariff yang selalu cemburu dengan anaknya, sekarang Meesya pula yang kuat cemburu.

"hari ni je boleh" jawab Meesya.

Ariff ketawa kecil lalu dia mengangkat isterinya dan diletakkan di atas katil.

"abang pergi dulu, baby duduk rumah je tau, jangan keluar" pesan Ariff.

isterinya baru sahaja habis berpantang, tetapi sudah tidak sabar ingin keluar.

Meesya sudah mencebik, dia baru sahaja ingin memujuk Ariff supaya izinkan dia keluar. Meesya berdiri dan memeluk Ariff.

"ala abang. Mica dah lama terkurung dalam rumah. abang tak kesian dekat isteri abang yang comel ni ke?" Meesya mendongok ke atas. matanya berkelip-kelip memandang Ariff.

tangan Ariff mencubit kedua-dua pipi gebu Meesya. asyik nak goda orang je isterinya ini.

"tunggu abang balik dulu baru abang izinkan, kita keluar sama" jawab Ariff.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now