AWISHMICA • 24

34.9K 1.2K 178
                                    

MENGGELIAT KECIL tubuh Meesya lalu dia duduk bersila di atas katil. Meesya memandang sekeliling lalu dia mengesotkan tubuhnya untuk turun daripada katil. Meesya mengatur langkah ke pintu, perlahan-lahan dia melangkah ke arah tangga.

"Kenapa bising sangat?" tanya Meesya, suara orang bercakap kedengaran kuat di tingkat bawah.

"Babypau..."

Meesya memaling ke belakang apabila suara Ariff menyapa di telinga, dia berjalan ke arah suaminya.

"Baby bila bangun ni, hm?" Ariff melingkarkan tangannya pada pinggang Meesya.

"Baru je, saya cari awak. Kenapa bawah tu bising sangat?" Meesya mendongak sedikit.

"Semua orang ada dekat bawah. Tunggu sini kejap, aku nak ambil tudung kau." ujar Ariff.

Pelukan dileraikan dan Ariff melangkah ke bilik semula manakala Meesya berdiri di situ menunggu suaminya.

Selepas itu Ariff datang semula dengan tudung sarung milik Meesya di tangannya. Tudung itu disarungkan oleh Ariff dan dibaiki sedikit.

"Jom, hati-hati, baby... Nanti jatuh," Ariff menggenggam tangan Meesya dan mereka turun ke bawah.

Semua orang memandang ke arah Ariff dan Meesya yang sedang menuruni tangga. Meesya mengundur ke belakang badan Ariff apabila semua orang memandangnya.

"Meesya marilah duduk sini" Syazwani bersuara.

Meesya mengintai sedikit dengan mengeluarkan kepalanya, tangannya menggenggam erat baju Ariff.

"Takut ke?" Ariff menunduk melihat Meesya yang bersembunyi dibelakang badannya.

"Saya malu," bisik Meesya.

Ariff tersenyum tipis, tidak pernah Meesya seperti ini dengan orang yang sudah dia kenal.

"Aku ada, mi amor." Ariff melangkah ke arah sofa membuatkan Meesya turun mengikuti langkah Ariff. Mereka duduk di sofa.

"Meesya macam mana? Dah okey? Ada sakit-sakit lagi ke?" tanya tuan Addy.

"Meesya dah okey," Meesya memandang makanan yang banyak di atas meja.

Laparlah pula bila tengok makanan...

Meesya lihat pula ke arah lain. Han dan Rey juga turut ada, tetapi sejak bila Han ada dekat Spain ni?

Meesya memandang pula ke arah suaminya di sebelah, Ariff juga turut memandangnya, tangan suaminya mula bergerak dan melilitkan pinggangnya.

"Tahniah Meesya. Jaga kandungan tu elok-elok. Jangan makan buah nanas lagi eh," kata tuan Addy.

"Memang tak boleh makan buah nanas ke?" polos Meesya bertanya.

"Tak boleh, adik" jawab Syazwani bagi pihak tuan Addy, tuan Addy pula hanya menggeleng kepalanya.

Meesya mencebik.

Tuan Addy ketawa sedikit dengan gelagat Meesya. Meesya masih muda, banyak lagi yang dia tidak tahu tentang ibu mengandung.

"Akak pun nak ucap tahniah. Ariff, jaga dia baik-baik" ujar Syazwani, dia mungkin tidak akan bersama dengan Meesya sepanjang Meesya mengandung.

"Hm," itu sahaja yang terkeluar daripada mulut Ariff. Meesya pula tersenyum lebar.

"Meesya dah mengandung. akak bila nak kahwin?" tanya Meesya.

"Uhuk! Uhuk!" tersedak Syazwani. Boleh pula Meesya bertanya tentang itu semasa dia sedang minum air. nasib baik tidak tersembur air.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now