AWISHMICA • 51

22.7K 1.1K 138
                                    

KAKI PENDEK Meesya melangkah laju mengejar anak kembarnya yang sudah berlari laju, sejak Arash dan Aryan sudah pandai berjalan, kaki mereka asyik nak berlari.

"Arash! Aryan! Tunggulah mama...." termengah-mengah Meesya mencari nafas. Mesti ikut perangai aku time pregnant!

Manakala bodyguard anaknya juga turut mengejar anak kembar Ariff, boleh tahan buas anak ketua mereka.

"Mama! Tepat lah, mama, ayan nak aceyem!" Aryan berlari ke arah Meesya semula.

Tangan mamanya dipegang dan ditarik ke gerai tidak jauh dari mereka.

"Sabar, sayang." Meesya mengikut sahaja langkah anaknya.

Arash mencapai tangannya Meesya yang satu lagi, berkedek-kedek mereka bertiga berjalan.

"Mama... Up!" Aryan mengangkat tangannya, ingin didukung oleh Meesya.

Tubuh Aryan diangkat oleh Meesya, mata bulat Aryan liar melihat perbagai jenis ice cream di hadapannya.

"Mama... Aceyem..." Arash menyentuh gambar ice cream di sebelahnya.

"Arash nak tu?" tanya Meesya.

Arash mengangguk laju.

"Aryan nak apa?"

"Toberi!" jerit Aryan.

Pak cik yang menjaga kedai itu ketawa kecil mendengar sebutan Aryan. Bodyguard Arash dan Aryan turut ketawa namun hanya sekejap.

"Bagi saya ice cream strawberry dua, coklat satu." kata Meesya.

Sementara menunggu, Meesya duduk di atas kerusi yang tersedia di situ, Aryan masih lagi berada di dalam dukungan.

"Arash jangan pergi mana-mana tau, duduk sini je." pesan Meesya kepada Arash.

Arash dan Aryan tidak boleh lepas pandang, tahu-tahu dah hilang pergi merayap. Sebab itu Ariff mengupah bodyguard untuk anak mereka.

Bodyguard pula bukan satu orang tapi cukup untuk buat team bola sepak.

"Mama-" Arash memeluk peha mamanya, kepalanya disandarkan di situ.

"Nak Wayid..." Arash mencebik, air matanya bertakung di dalam kelopak mata tapi satu pun tidak jatuh.

Meesya cepat-cepat mengangkat tubuh Arash dan diletakkan di sebelah, dia mengusap lembut wajah anaknya.

"Walid dah nak sampai, sikit je lagi okey?" tutur Meesya lembut.

"Dik... Nah," pak cik yang menjual ice cream tadi menghulurkan bekas kecil yang sudah diletakkan ice cream di dalam.

"Nak!" laju tangan kecil Aryan mencapai.

"Cakap apa, Aryan?" tanya Meesya.

"Time aceh, uncle!" sebut Aryan.

Pak cik itu tersenyum dan menghulurkan satu bekas lagi kepada Arash. Nak aje dia cubit-cubit mulut budak tu.

"Terima kasih, pak cik. Berapa ni?" tanya Meesya, tangannya sudah bersedia ingin mengambil duit di dalam beg.

"Tak ada harga."

"Huh?" Meesya terkebil-kebil.

Pak cik itu ketawa memandang riaksi Meesya.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now