AWISHMICA • 39

28.3K 1K 181
                                    

MATA COKLAT KEHITAHAM Ariff fokus merenung MacBook di atas meja, tangannya tidak berhenti mencatat nota-nota penting.

"Abang."

Terhenti serta-merta perbuatan Ariff setelah mendengar suara milik isterinya, dia berpaling memandang Meesya yang melangkah mendekati dirinya dengan baby bump yang sudah mula kelihatan.

"Yes, mi amor... You want something?"

"Atau little baby walid want?" tebak Ariff.

Ariff mengusap perut besar isterinya, kandungan isterinya sudah mencecah lima bulan, hanya menunggu empat bulan lagi untuk bersalin.

"Abang sayang Mica tak?" tanya Meesya.

"Of course, babypau. Abang mestilah sayang baby abang ni, baby bidadari tanpa sayap abang." balas Ariff lalu tubuh Meesya didudukkan di atas peha Ariff.

Mica. panggilan yang diberikan oleh Ariff dan sekarang Meesya membahasakan dirinya dengan nama Mica.

Meesya memandang ke arah MacBook milik Ariff, matanya terus membulat.

"Eh! Abang tengok apa tu?" Meesya menyembunyikan wajahnya pada dada Ariff, merah wajahnya memandang gambar yang terpapar pada MacBook Ariff.

Ariff tersenyum tipis, MacBook miliknya dimatikan.

"I'm doctor, baby... Abang tengah belajar cara nak sambut little baby, abang sendiri yang akan buat bila mi amor nak bersalin nanti." kata Ariff.

Sejak kandungan Meesya masih lagi dua bulan, Ariff sudah lama mempelajari tentang cara menyambut bayi, banyak yang dia pelajari dengan bantuan Bella.

Meesya mengangkat kepalanya, MacBook susah dimatikan oleh Ariff. Terpegun dia mendengar kata-kata suaminya, suaminya sendiri yang akan sambut anak mereka nanti.

Bibir digigit oleh Meesya, tangannya bermain-main di dada suaminya, dia datang kepada Ariff bersebab, nak minta sesuatu kenalah goda Ariff dulu.

"What you doing, naughty baby?" Ariff menelan perit saliva akibat tangan kecil isterinya sudah bermain-main dengan halkumnya.

Ariff tersenyum sinis, pasti Meesya ingin meminta sesuatu.

"Abanggg..." meleret suara Meesya.

"Mica nak naik UFO yang ada dalam tv tu" minta Meesya.

Ariff dah agak pasti mahu meminta sesuatu, kali ini nak naik UFO... Kejap!

UFO?!

"Allah... Babypau." Ariff menggaru kening, terpinga dia mendengar permintaan isterinya.

Nak naik UFO weh!

Meesya mencebik, anak matanya merenung mata koko Ariff. Nak naik UFO jugak!

"I'm sorry, wife... Mana ada UFO, baby." kata Ariff.

Dengan itu mata bulat isterinya mula berair.

Ah sudah!

"Huwaaa! Abang, nak juga!" air mata palsunya mula mengalir di pipi Meesya.

"UFO memang tak ada, baby... Naik flight abang, nak? Kereta api ke? Kereta kebal? Kereta sorong? Kereta lumba? Kereta mainan?" pujuk Ariff.

Habis jenis kereta Ariff sebut.

"Kalau Mica naik roket?" tanya Meesya.

Ariff memejamkan matanya, banyak-banyak pilihan, yang tidak ada dalam pilihan jugak isterinya pilih.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now