AWISHMICA • 08

48.3K 1.8K 187
                                    

KELOPAK MATA Ariff dibuka dan berasa berat dadanya, dia menunduk ke bawah, senyum dia melihat tangan kepala Meesya berada di atas dadanya.

Perlahan-lahan Ariff mengalihkan tangan Meesya, dia turun daripada katil dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Selepas selesai solat subuh, Ariff turun ke bawah dan menuju ke dapur lalu dia mengambil hot water bag dan mengisi air panas. Sesudah itu, dia naik semula ke bilik tidur.

Hot water bag itu diletakkan atas perut isterinya, dia tidak mahu mengganggu tidur isterinya kerana dia tahu jika isterinya bangun, sakitnya akan kembali.

"Hmm..." Meesya mengiringkan badannya ke tepi, hot water bag yang diletakkan tadi pun terjatuh.

"Baby, pusing balik," Ariff membaiki kedudukan Meesya seperti tadi, hot water bag diletakkan semula diatas perut Meesya.

Mata Meesya perlahan-lahan terbuka.

"Tidurlah balik, nanti aku kejut," ujar Ariff dengan senyuman kecil.

Meesya melihat ke arah hot water bag yang berada di atas perutnya sebelum memandang wajah Ariff semula.

"Awak tak pergi kerja?" tanya Meesya.

"Masuk petang," jawab Ariff.

Meesya mengangguk kecil sebelum bertanya lagi. "Awak pergi mana semalam?"

"Aku pergi markas, ada kerja mengejut," jawab Ariff.

"Awak ada banyak jenis kerja ke?" tanya Meesya, hairan. Setahunya, Ariff hanya berkerja sebagai doktor, tak akan ada temujanji tengah-tengah malam?

"Aku ada 3 kerja," jawab Ariff.

"Apa 2 lagi?" tanya Meesya.

"Business" jawab Ariff ,dia masih belum lagi bersedia untuk berterus terang tentang kerjanya itu, dia dengan Meesya baru sahaja berkahwin dan bimbang Meesya akan takut dengannya nanti.

"Satu lagi?" tanya Meesya, tak sangka pula Ariff ada perniagaan. Patutlah sibuk sangat!

"Hmm... Cubit pipi kau, gomol pipi kau dan gigit pipi kau?" jawab Ariff.

Ketawa Ariff melihat wajah Meesya menahan geram. Sengaja dia mengusik Meesya, lagi-lagi sekarang Meesya period.

"Pipi saya bukan mainan!" marah Meesya.

"Dah jadi mainan aku sejak malam kita kahwin," jawab Ariff, tangannya naik mencubit pipi bulat Meesya.

Pasti waktu Meesya kecil, ibunya memberi dia makan kuih pau banyak sangat.

"Janganlah!" marah Meesya, dia mengalihkan tangan Ariff yang masih mencubit pipinya.

"Semalam bukan main kau manja, hari ni dah jadi singa jadian," kata Ariff.

Tidak kisah jika Meesya ingin memarahinya, lagi dia suka kerana setiap kali marah atau senyum, pipi Meesya akan naik mengembang. Ariff suka!

"Mana ada!" jawab Meesya. Baru dia sedar yang dia menangis depan Bella dan Ariff semasa dia ditinggalkan semalam.

Bercakap pasal Bella, siapa dia?

"Tak mengaku pula, semalam aku tanya kenapa, jawab nak aku." semakin kuat Ariff mengusik Meesya.

Dah naik merah wajah Meesya terutama dekat pipi. Ni lagi dia suka!

"Awak, siapa kak Bella? Macam mana dia ada dalam rumah semalam" tanya Meesya, menukar topik.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now