AWISHMICA • 27

31.4K 1.2K 149
                                    

KANDUNGAN MEESYA sudah mencecah tiga bulan. Perutnya masih belum lagi kelihatan sangat kerana tubuhnya yang kecil itu. Semakin bertambah bilangan hari, semakin bertambah perangai pelik Meesya.

"Abang... Tolong!" Meesya mendepakan tangannya selepas pintu kereta dibuka oleh Ariff.

"Ingat tak apa yang abang pesan?" tanya Ariff sambil itu juga Ariff membantu Meesya untuk keluar.

"Jangan berlari, jangan menjerit, jangan hentak kaki," jawab Meesya dalam satu nafas.

"Satu lagi, my love?" Ariff angkat kening.

"Jangan menangis." Meesya tersengih seperti kerang busuk.

Semua yang dilarang oleh Ariff itu adalah aktiviti Meesya setiap hari. Tidak kira waktu dan tempat.

"Good girl, behave okay?" Ariff mengusap kepala Meesya.

"Okay, abang. Baby abang ni memang good girl!" ucap Meesya dengan yakin.

Ariff tersenyum sinis.

Mereka berada hospital sekarang. Hari ini Meesya ada temujanji dengan doktor mengenai kandungannya dan juga hari ini temu janji terakhir Meesya sebagai pesakit Ariff. Meesya sudah 100% sihat.

Walaupun Meesya asyik nak berkepit dengannya 24 jam tak nak renggang, Meesya masih lagi tidak duduk diam di tempat awam. tahu-tahu dah hilang entah ke mana.

Ariff masuk ke dalam hospital dengan memimpin tangan Meesya, hospital sama yang dia bekerja. Ariff dan Meesya menuju ke bahagian ibu mengandung. Satu hospital sudah tahu mereka sudah berkahwin dan akan menerima cahaya mata. Itu pun gara-gara Hariz.

Tidak menunggu lama, nama Meesya sudah dipanggil untuk masuk ke dalam bilik nombor 2. Ariff merangkul pinggang Meesya dan mereka melangkah masuk ke dalam bilik.

"Doktor Ariff, puan Meesya." doktor Hana tersenyum kepada suami isteri itu.

"Hai doktor!" Meesya tersengih.

Meesya dan Ariff duduk berhadapan dengan dengan doktor Hana.

"Kandungan awak macam mana sekarang? Ada rasa sakit tak?" tanya doktor Hana.

Meesya menggeleng "tak ada."

"Alahan dia dah semakin kuat, asyik nak muntah." kata Ariff.

"Oh... Itu perkara biasa. Kebiasaannya dalam empat atau lima bulan, alahan itu akan hilang, tengok atas ibu mengandung itu juga." kata doktor Hana.

Ariff mengangguk, walaupun dia seorang doktor tetapi dia bukan doktor untuk ibu mengandung, doktor psikiatri sahaja.

Satu jam berlalu, Ariff dan Meesya keluar daripada bilik doktor Hana. seperti biasa Meesya akan memegang tangan Ariff. bahagian ibu mengandung berada di tingkat bawah, mereka berdua naik ke tingkat atas, ke bahagian psikiatri.

Sampai sahaja di depan bilik Ariff, mereka masuk ke sana. ke mana Ariff pergi ke situ juga Meesya mengikut.

"Mi amor, duduk diam-diam dekat kerusi abang tu dulu," kata Ariff lembut.

"Nak abang!"

Ariff mengangkat tubuh Meesya dan di bawa ke meja kerjanya. Tubuh isterinya di letakkan di atas kerusi.

"Abang nak ambil fail je, mi amor. Fail kesihatan baby juga, ini hari terakhir baby jadi pesakit abang." ujar Ariff, tangan Ariff mengusap kepala Meesya.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now