AWISHMICA • 54

21.8K 1K 71
                                    

SAMBIL KENING terangkat berkali-kali, lengan Hariz menyiku lengan Han. Apabila Han memandang dirinya, Hariz bermuncung mulut ke arah Ariff.

Han hanya mengangkat bahu, dia memberi isyarat kepada Hariz untuk bercakap dengan Ariff.

Hariz menggeleng kepala, dia memandang Aid dan Aisy yang berada di meja sebelah Ariff. Pasangan kembar itu laju sahaja menggeleng kepala.

"Pergilah," bisik Han.

Dah penat berdiri di hadapan Ariff yang asyik termenung daripada tadi. Jika boleh Han mahu membelah kepala Ariff dan melihat apa yang berada di fikiran Ariff.

"Kau lah," kata Hariz.

"Kau lah, aku orang bawahan je." Han bermuncung mulut.

Hariz menjeling, orang bawahan konon. Malas mahu bergaduh dengan Han, Hariz mengetuk permukaan meja dua kali.

"Ariff,"

TOK! TOK!

Sekali lagi Hariz mengetuk meja.

"Ha?" Ariff memandang Hariz dan Han yang berdiri di hadapannya.

Ariff bagaikan baru sahaja masuk ke alam nyata, dah lama mereka tunggu Ariff.

"Kau dah kenapa? Aku tengok dari tadi lagi kau termenung je,"

"Aku nak minta tolong sikit," kata Ariff.

Permintaannya ini pasti akan menjatuhkan maruah Ariff. Lagi pun, dia terpaksa.

"Apa?" tanya Han dan Hariz serentak.

Ariff berdehem dan tangannya naik memeluk tubuh.

"macam mana tak nak takut dengan kucing? ajar aku" kata Ariff.

Han tercengang, mulutnya ternganga luas, biar betik?

"Tuan takut kucing?" tanya Han. Tidak pernah dia tahu Ariff takut dengan haiwan yang comel itu, walhal Han sudah bertahun-tahun bekerja dengan Ariff.

"HAHAHAHA! kau ni sejak dah kahwin berubah terus" geli hati Hariz mendengar permintaan Ariff. Ariff memang takut dengan kucing hanya kerana memori waktu kecil.

Aid tersenyum sinis, sepertinya dia tahu kenapa Ariff bersifat seperti ini. Aisy turut ketawakan abangnya.

"Gelaklah, gelak. Gaging korang berlubang malam ni aku kerjakan," kata Ariff.

Hariz memegang perutnya yang berasa senak selepas terlalu banyak ketawa, sahabatnya itu benar-benar berubah.

"Pegang je la, kau bayang je lah yang kau pegang Doni, Doni pun berbulu juga," kata Hariz.

"Kau cakap senanglah, geli!" kata Ariff.

Aid tersenyum senget, dia patut ajar Ariff kali ini. Aid terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat mereka.

"Eh kau nak pergi mana?!" jerit Aisy dan dia turut mengejar langkah Aid.

Selepas pintu bilik itu ditutup, tidak lama itu ia terbuka semula dan Rey melangkah masuk bersama laptop yang sentiasa di tangannya.

"Kalau macam tu, kau ada kucing?" tanya Hariz.

Hariz berfikir sejenak, soalan pelik. ada ke orang takut kucing nak bela kucing?

"Mummy aku adalah," jawab Ariff.

Oyen si diva, musuh Ariff.

"Kau jangan nak suruh aku pegang dia, aku benci dia." pesan Ariff awal-awal.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now