AWISHMICA • 18

32.9K 1.4K 244
                                    

TANGAN MEESYA naik menggosok matanya apabila dia tersedar daripada tidur. Sambil-sambil dia menggosok mata, tangannya ditepis.

"Jangan gosok mata, baby."

Meesya membuka matanya dan melihat Ariff yang duduk bersandar di kepala katil dengan laptop di atas pehanya.

"Dah pukul berapa awak?" tanya Meesya.

"11 malam, baby." jawab Ariff.

Membulat mata Meesya mendengar jawapan Ariff. Lamanya dia tidur!

"Kenapa awak tak kejutkan saya?" tanya Meesya.

"Aku tak nak kacau," jawab Ariff.

Meesya mengemam bibir, rasa bersalah pula Meesya tidur lama sangat.

"Awak dah makan?" tanya Meesya.

"Belum, ingat nak tunggu kau."

Sekali lagi Meesya berasa bersalah dengan Ariff. Suami belum menjamah makanan daripada tadi semata-mata nak tunggu dia.

"Awak ni, lain kali kejutkan je saya... Jom kita turun makan," ajar Meesya.

Ariff menutup laptopnya dan diletakkan di atas meja, dia tersenyum kecil melihat Meesya yang sedang menyarungkan tudung.

Mereka turun daripada katil dan melangkah keluar daripada bilik lalu terus turun ke dapur.

"Semua orang dah tidur ke?" bisik Meesya.

"Dah tidur, baby. Aid dan Aisy aje la, tak tahulah ada dekat rumah ke keluar." jawab Ariff, dia turun berbisik mengikuti cara Meesya.

Meesya mengangguk faham dan mereka masuk ke ruang makan.

"Duduk dekat situ dulu, aku nak ambil pinggan," kata Ariff.

"Tak nak, awak yang sepatutnya duduk dulu, biar saya yang buat" balas Meesya. Takkan nak suruh Ariff pula? dah lah dia buat Ariff kelaparan.

"Duduk, baby." arah Ariff.

"Tak boleh, awak yang duduk, saya rasa bersalah sebab biarkan awak lapar, tahu tak?"

Berperang mulut pula mereka.

"Ye la baby, aku duduk." Ariff mengalah.

Ariff duduk di atas kerusi dan Meesya pergi mengambil 2 pinggan untuk digunakan lalu pergi ke arah meja semula.

Nasi dicedok dan diletakkan di atas pinggan.

"Pakai satu pinggan je lah baby, jimat." kata Ariff sebelum Meesya mencedok nasi ke pinggan lagi satu.

"Kenapa pulak?"

"Aku boleh suap kau, guna satu je." sambil dia menjawab, Ariff mengenyitkan mata kepada Meesya.

Kali ini Meesya pula yang mengalah, akur dengan kehendak suaminya. Meesya pun tak kisah kerana dia memang lagi suka kalau Ariff yang suap dia makan.

Dasar si cengeng!

Pinggan kosong itu diletakkan di tepi dan Meesya menarik kerusi di sebelah Ariff.

"My lap, pau." Ariff menarik badan Meesya sehingga isterinya jatuh di atas pehanya.

Meesya tersengih, dia membetulkan sedikit kedudukan. Meesya duduk berhadapan dengan Ariff supaya senang Ariff ingin menyuapkan nasi itu.

Usai membaca doa Ariff mula menyuapkan nasi kepada Meesya dan juga kepada dirinya. Tidak lama kemudian, kedengaran satu suara mencelah.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now