° SPECIAL CHAPTER 3 °

20K 1K 102
                                    

MEESYA berlari kecil ke arah bilik kerja Ariff, sekarang Ariff tiada di rumah, jadi Meesya boleh masuk ke dalam sesuka hati, masuk je ke dalam Meesya terus berjalan ke arah meja Ariff.

"abang letak dekat mana kalendar dia?" tanya Meesya. setiap ruang yang ada di atas meja dia cari.

"jumpa!" Meesya tersenyum lebar lalu dia duduk di atas kerusi beroda Ariff dengan kalender di tangannya.

Meesya tahu yang suaminya menulis semunya aktiviti yang harus dilakukan di kalender itu. anak mata Meesya terus bergerak mencari tarikh untuk hari ini.

"abang tak lupa" ucap Meesya, jarinya mengusap di tarikh 20 Disember.

tarikh itu tarikh yang sangat penting dan bermakna bagi Ariff dan Meesya.

20 Disember ialah tarikh mereka berkahwin, walaupun hari itu paling menyakitkan bagi Meesya tetapi dia tetap bahagia.

klik!

"mama!" Aryan masuk ke dalam bilik kerja Ariff dan berlari ke arah Meesya.

"kenapa ni, Aryan?" tanya Meesya. kalender tadi diletakkan semula di atas meja dan dia turun daripada kerusi.

"ada hantu!" jawab Aryan dia memeluk kaki Meesya dengan erat.

berkerut dahi Meesya. hantu apa sekarang waktu siang? Meesya menjatuhkan tubuhnya lalu dia memeluk tubuh Aryan.

"mana ada hantulah, Aryan" kata Meesya.

"ada, mama. cini, ayan unjuk!" Aryan mencapai tangan Meesya lalu mereka berdua berjalan keluar daripada bilik kerja Ariff.

Meesya hanya mengikut jejak langkah Aryan. Aryan membawanya ke bilik Aryan dan Arash.

"tu, mama! hantu!" jerit Aryan sambil tangannya menunjukkan ke arah sesuatu.

Meesya menolak sedikit pintu bilik anaknya, apa yang dia nampak ialah ada satu benda yang ditutup dengan kain berwarna putih.

teragak-agak Meesya ingin masuk, dia pula yang berasa takut.

"tu, mama. Ayan akut!"

perlahan-lahan Meesya mendekati benda itu, bila Meesya hampir dekat benda itu terus bergerak ke arah Meesya seperti sedang merangkak.

"ARGH!" jerit Meesya.

"HAHAHA!" kuat Aryan ketawakan mamanya.

benda yang Meesya lihat itu mula berdiri dan barulah Meesya tahu apa benda itu.

"Ya Allah! budak-budak ni kan? main-main dengan mama ye" kata Meesya.

rupanya Arash yang menakutkan dirinya, anaknya meletakkan kain berwarna putih itu di atas kepala dengan melilit kepala Arash, kain itu pula besar daripada Arash.

"adi tak Arash buat, mama?" tanya Arash.

"siapa ajar ni?" tanya Meesya balik.

"wayid!" jawab Arash Aryan secara serentak.

Meesya mengetap gigi. dirinya terkena dengan suaminya hari ini. biasanya Meesya yang selalu takutkan Ariff bila Ariff pulang daripada kerja.

"mama nak merajuk, jangan bercakap dengan mama" kata Meesya melangkah keluar daripada bilik Arash dan Aryan.

"mama!"

Meesya mengabai sahaja panggilan Arash dan Arash. bila Meesya sampai di tangga, dia ketawa kecil. Meesya sengaja buat-buat merajuk.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now