AWISHMICA • 13

37.7K 1.4K 59
                                    

TUBUH MEESYA yang sedang tidur digendong oleh Ariff dan dibawa masuk ke dalam rumah agam milik tuan Addy.

"Awal balik? Tadi Hariz kata Ariff nak pergi lain?" puan Kylie memandang Ariff yang sedang menuju ke arah tangga. Semua orang sedang berada diruang tamu sekarang ini.

"Meesya tak sihat, aunty." Ariff terus naik ke tingkat atas selepas menjawap soalan puan Kylie.

"Tadi okey je lagi" kata Bella, dia sudah bersiap sedia untuk dipanggil oleh Ariff, nanti Ariff akan memerlukan bantuannya juga.

Sampai sahaja di bilik, Ariff meletakkan tubuh Meesya pelahan-lahan di atas katil. Baju sejuk isterinya ditanggalkan serta tudung yang tersarung di kepala Meesya. Selepas itu, selimut ditarik untuk menutupi badan isterinya.

Ariff juga menanggalkan kot yang tersarung dibadannya dan beg tangan Meesya yang tergantung di lehernya.

"Awak..." Meesya bangun dan duduk bersila di atas katil, selimut yang jatuh ke bawah ditarik semula kerana sejuk.

"Kenapa bangun, hm? Baring balik..." Ariff melangkah semula ke arah Meesya dan tubuh Meesya ditolak untuk membaringkan semula tubuh isterinya.

"Sejuk..." adu Meesya. Meesya menarik tangan Ariff agar suaminya duduk disebelah baringanya dan tangan suaminya dipeluk.

"Badan kau tak boleh nak sesuaikan diri dengan salji lagi, mesti terkejut." Ariff meletakkan tangannya di atas dahi Meeeya.

"Dah panas, nanti pasti kau demam." Ariff ingin melangkah pergi tetapi ditahan oleh Meesya. Lupa budak ni tak boleh ditinggalkan.

"Aku nak panggil Bella, kejap je" Ariff menarik semula tangannya apabila Meesya melepaskan dan kepala Meesya diusap.

Ariff melangkah keluar daripada bilik dan turun ke bawah untuk memanggil Bella.

"Bel-"

"Tahu..." Bella sudah melangkah ke atas sebelum Ariff habis bercakap. Ariff menjeling tajam Bella dan kaki melangkah naik semula ke atas.

Bella menunggu Ariff masuk ke biliknya terlebih dahulu sebelum Ariff menyuruhnya untuk masuk, dia tidak akan masuk sesuka hati walaupun dia tahu Meesya sakit.

"Lepas habis periksa, panggil aku. Aku nak jumpa Rey sekejap," kata Ariff dan turun semula ke bawah. Dia dah boleh masuk pertandingan naik turun tangga macam ni, di dalam mansion tuan Addy ada sahaja lif tetapi dia malas nak guna.

"Okey..." Bella masuk ke dalam bilik dan pintu bilik ditutup, dia melangkah ke arah Meesya yang sedang memandang dirinya.

"Dah bangun rupanya," kata Bella, tadi dia lihat semasa Ariff menggendong Meesya, dia masih tidur.

"Ariff ada dekat bawah nanti dia naik." kata Bella kerana dia melihat Meesya seperti mencari sesuatu.

"Kak Bella, Meesya okey je la." Meesya bangun dan duduk bersila. Dia dah bosan dengan rawatan. dekat Malaysia dia kena rawat, dekat sini pun nak kena rawat.

"Tak payah nak mengada, nanti yang kena marah akak tau bukan Meesya," Bella mengeluarkan Termometer Digital yang berada di dalam beg rawatannya, dia memang sentiasa membawa beg itu ke mana sahaja, bimbang jika ada berlaku apa-apa.

Meesya hanya mampu mencebikkan bibirnya, dia relakan sahaja Bella yang sedang mengambil suhu badannya. Termometer tadi diletakkan di telinga Meesya.

Ketawa Bella melihat wajah Meesya sekarang, comellah budak ni!

"Kalau Meesya nak marah, lepas dekat Ariff nanti." Termometer itu dikeluarkan selepas ia berbunyi. Suhu yang terpapar disitu dilihat.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now