AWISHMICA • 15

35.1K 1.3K 270
                                    

SEPANJANG perjalanan mereka tidak banyak bercakap sehinggalah sampai di markas milik Ariff. Hanya Meesya yang bersuara tetapi apabila Meesya bertanya 'hm' sahaja yang dijawab oleh Ariff.

"A-Awak marah saya lagi ke?" tanya Meesya.

"Hm."

Meesya bangun daripada sofa dan melangkah ke arah meja kerja Ariff, dia berdiri betul-betul di sebelah Ariff. "Awak."

"Duduk diam-diam, Amanda... Aku takut aku sakitkan kau nanti," Ariff hanya memberikan tumpuan terhadap kertas kerjanya untuk dia join perjumpaan nanti, sengaja dia abaikan Meesya yang berada disebelah.

"Hrmm... Kalau saya nak main memanah boleh tak?" Meesya ingin memegang tangan Ariff tapi dia takut Ariff akan lebih marahkan dia nanti.

Ariff menghentikan kerjanya dan memusingkan sedikit badannya untuk menghadap isterinya yang sangat degil itu. Dia memang betul-betul marah dengan Meesya sekarang, suruh duduk rumah tak nak.

"Tadi janji apa?" tanya Ariff, wajah Meesya ditenung dengan muka ketat.

"D-Dengar cakap awak" Meesya menundukkan kepalanya apabila Ariff merenungnya begitu.

"Jadi dengar cakap aku, duduk sini diam-diam. Tak ada orang nak tolong tengokkan kau nanti" Ariff menghadap kertas kerjanya semula, kertas-kertas itu disusun kemas sebelum dia berdiri.

"Aku nak pergi sekejap ni, jangan keluar, mi amor." Ariff melangkah keluar meninggalkan Meesya berseorangan di dalam bilik itu.

Meesya hanya memandang sayu ke arah Ariff yang sedang menutup pintu.

"Kenapa buat Meesya macam ni?" laju sahaja air matanya mengalir di pipi.

Meesya melabuhkan dirinya di kerusi milik Ariff dan menyembamkan kepalanya di atas meja. Dia melepaskan tangisannya di situ, terhinjut-hinjut bahunya kerana kuat menangis.

Ariff mengeluh selepas pintu bilik ditutup, dia melangkah turun ke ruang bawah tanah lalu arah kawan-kawannya yang lain. Perbincangan ini melibatkan semua anak-anak buahnya sebab itulah dia tidak membenarkan Meesya untuk pergi ke mana-mana seorang diri.

"Semua dah ada?" tanya Ariff, dia menuju ke tempat khas miliknya dan dirinya dilabuhkan di situ.

"Semua ada!"

"Semua dah tahu apa mission kita malam ni?!" Ariff menguatkan suaranya, bergema markas Ariff dengan suara lantangnya.

"Tahu, tuan!" jawab kesemua anak-anak buah Ariff.

"Pastikan mission ni berjalan dengan lancar, mission ni Hariz yang akan ketuai!" wajah anak-anak buahnya ditenung seorang demi seorang.

"Baik, tuan Darwish!"

"Tahu apa yang jadi kalau mission ni gagal?!" kini giliran Hariz pula yang akan bersuara.

"Tahu!"

"Hariz" panggil Ariff.

Hariz memandang ke arah Ariff yang berada di sebelahnya.

"Mission satu lagi tengah beroperasi, mungkin sedang berjalan dengan lancar." jawab Hariz.

Malam ini ada dua misi yang akan dijalankan, kebiasaannya Ariff yang akan turun padang tetapi ada perkara lagi penting yang perlu dia selesaikan.

"Jangan bebal tu buat hal sudahlah," kata Ariff dan kembali menghadap anak-anak buahnya untuk memberi arahan yang lain.

"Bersiap sedia! Bila yang lain balik terus bergerak! Jangan ada yang silap!" usai berkata Ariff dan Hariz terus keluar daripada kawasan itu dan naik ke atas semula.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now