AWISHMICA • 57

20.6K 1K 69
                                    

PAGI-PAGI lagi suaminya sudah bersiap, bila bertanya hendak ke mana Ariff tidak mahu menjawab. Penat mulut bertanya.

"Baby kenapa tak siap lagi?" tanya Ariff, kaki melangkah ke arah isterinya yang masih berbaju tidur di atas katil.

"Kita nak pergi mana? Kalau abang tak nak jawab Mica tak nak mandi," ugut Meesya.

Ariff tersenyum sinis, main ugut-ugut pula budak kecil ini.

"Pergi macam ni je, tak payah mandi," kata Ariff.

Membulat mata Meesya, gila ke nak keluar dengan baju tidur, dengan tak mandi lagi. "Mana boleh!"

Ariff melabuhkan punggung di sebelah Meesya lalu bahu isterinya dipeluk.

"Kita nak pergi klinik, baby." kata Ariff.

Wajah Meesya berpaling ke arah Ariff, riak wajahnya terkejut.

"Siapa sakit?" tanya Meesya.

Ketawa kecil dilepaskan oleh Ariff, Meesya memandang suaminya dengan polos.

"Tak faham lagi rupanya." ucap Ariff.

Ariff meletakkan tangannya di perut Meesya, tangan besar Ariff mampu menutup seluruh perut Meesya.

"Abang nak tahu ada baby tak dalam ni." ujar Ariff.

Meesya nampak seperti terkejut, riaksi Meesya seperti semalamN matanya membesar dan tangannya menekup mulutnya.

"baby mana? macam mana dia masuk?" tanya Meesya.

sekali lagi tawa Ariff pecah, ya Allah polosnya isteri aku ni!

Ariff masih lagi tidak berhenti, Meesya hanya mencebik sambil menunggu suaminya. tangan suaminya dialihkan daripada perutnya. merajuk!

Air mata yang terkeluar dilap, senak rasa perut Ariff akibat terlalu kuat ketawa.

"I'm sorry baby, you're so cute, very cute!" ucap Ariff.

Meesya mengalih pandangannya, dia tetap mahu merajuk.

"Baby, janganlah merajuk." pujuk Ariff.

"Nak jugak!"

Ariff senyum lebar, tubuh isterinya diangkat dengan mudah. Seperti biasa isterinya akan menjerit bila Ariff bertindak melulu.

Tangan Meesya sudah memeluk leher Ariff. mata mereka bertembung.

"Baby happy tak kalau pregnant lagi?" tanya Ariff.

Meesya sekadar mengangguk, mestilah dia gembira.

"Kita pergi klinik, okey?" tanya Ariff.

Kali ini Meesya menggeleng, wajahnya laju sahaja menyembamkan di dada Ariff.

"Macam mana kalau Mica tak mengandung pun?" tanya Meesya.

"It's okay, baby. Kita boleh usaha lagi."

Meesya mendongak ke atas. apa yang dia nampak adalah bibir merah Ariff. satu yang dia suka tentang suaminya, Ariff tidak pernah merokok.

"Tapi Mica tak nak pergi klinik," Meesya bermuncung, seolah-olah memujuk Ariff.

Ariff nampak seperti sedang berfikir hendak membuat apa. tidak lama, bibir Ariff menarik senyum.

"Abang pergi beli pregnant test." kata Ariff.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now