AWISHMICA • 53

22.3K 1.1K 70
                                    

ARAH DAN ARYAN tidak berhenti melompat keriangan, mereka sudah tidak sabar ingin terjun ke dalam sungai.

"Wayid! Jom lah tita mandi, ayan tak syabar ni!"

Ariff tersenyum tipis, tuduh direndahkan sedikit dan tangannya memegang bahu Aryan untuk menghentikan Aryan dari melompat. Ini belum mamanya lagi.

"Sabar, okey? Kita tunggu tok ma dengan tok pa dulu, nanti kita mandi sama-sama." kata Ariff.

"Tok ma dengan tok pa pun datang ke, wayid?"

Ariff mengangguk, rambut anaknya yang sudah panjang diusap lembut, dari dekat rumah lagi Aryan sudah gembira apabila dia mengatakan mereka akan berkelah di sungai hari ini.

"Arash dengan Aryan tak boleh jauh dari walid tau," pesan Meesya.

"Okey, mama!" Arash dan Aryan berlari ke arah puan Dilla apabila nama mereka dipanggil. Ariff memerhatikan anaknya sehingga mereka berada dengan puan Dilla lalu Ariff mendekati Meesya.

"Baby..." panggil Ariff.

"Ye, abang?"

"Baby nak mandi jugak ke?" tanya Ariff, tangannya melingkar pada bahu Meesya.

"Mestilah nak, Mica yang nak datang sini." Meesya tersengih.

Ye, berkelah di tepi sungai ini adalah idea daripada Meesya, ianya kerana mereka sekeluarga akan berkumpul pada hari ini.

"Abang risau... Baby tu pendek, air sungai tu dalam." kata Ariff.

Meesya memandang Ariff dengan tajam, peha suaminya dipukul berkali-kali.

"Anak abang boleh je, kenapa Mica abang tak bagi?" Meesya merengek, bibirnya turut bermuncung ke depan.

Ariff ketawa sakan, dia tidak maksudkan kata-katanya, dia yang sengaja ingin mengusik Meesya.

"Tak payahlah, baby duduk dengan mummy dekat atas." kata Ariff.

"Hmph! Nak juga!" Meesya menolak tangan Ariff yang memeluk bahunya lalu Meesya berpeluk tubuh. Meesya yang pendek sikit sahaja tidak izinkan, anak Ariff yang lagi pendek itu boleh pula.

Senyuman mekar di wajah Ariff, dia lebih suka Meesya seperti ini, manja dan cengeng. Isterinya sudah mengelipkan mata berulang kali, itu tandanya Meesya mahu menangis.

"Abang tak bagi seba-"

"Mica nak jugak! Mica ada abang, abang boleh jaga Mica! Nak mandi juga!" jerit Meesya.

Tangan Ariff naik memeluk tubuh, Ariff kurang suka bila Meesya naikkan suara. Jarang isterinya berkelakuan begitu kecuali dia betul-betul marah.

"Babypau, jangan tinggikan suara," berlembut sahaja suara Ariff menasihati Meesya.

"Abang tu... M-Mica nak mandi juga," air mata Meesya sudah keluar membasahi pipinya.

Ariff memandang sekeliling, puan Dilla dan anaknya sedang melangkah ke arah mereka, mungkin kerana mereka mendengar Meesya menjerit tadi.

"Kenapa ni?" tanya puan Dilla, menantunya sedang menangis teresak-esak.

"Mama kenapa?" tanya Aryan, dirinya turut mencebik ingin menangis bila melihat Meesya menangis.

"Sorry mummy, salah Ariff." ujar Ariff.

Tubuh isterinya dibawa ke dalam pelukan. Ariff memberi isyarat kepada puan Dilla agar membawa anaknya ke lain.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now