bab 1

349 16 0
                                    

Aku berlari masuk ke dalam butik dengan sepantas kilat. Biasalah dulu dekat sekolah atlet, bila dah habis sekolah pun tetap nak berlari. Lari dengan aku dah macam adik beradik yang tak boleh dipisahkan. Sebenarnya aku dah lambat masuk kerja weh... Sesampai sahaja di dalam butik aku meletakkan barang-barang aku di dalam loker setelah itu aku terdengar namaku dipanggil.

"Farhana!!" Aku memandang tuan empunya suara yang memanggil namaku. Aku tersengih lalu menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Kenapa lambat sangat datang kerja ah? Kau reti tengok jam tak sekarang pukul berapa?" Tanya tuan punya kedai yang mesra dipanggil Kak Dania. Aku memandang jam yang tergantung di dinding yang berada di belakangnya.

"Saya dah keluar awal dah tadi Kak, tapi sampai je dekat simpang rumah saya tu boleh pula jalan jem tu yang sampai lambat. Dan saya reti tengok jam. Yang saya nampak dekat jam belakang akak tu sekarang pukul 10:20 pagi kak" kataku dengan yakin dan riak wajahku diseriuskan. Jarang seorang Farhana nak seserius ini ye.

"Menjawab je kerja kau ya. Esok aku tak nak nampak muka kau dekat sini lagi. Kau tahu tak aku ada banyak tempahan tapi kau selalu datang lambat, lepastu aku nak jawab apa dengan customer yang kau lambat semua?" Luahnya. Dia meluah dekat aku? Dia meluah pada orang yang salah la der.

"Kak kenapa akak tak cakap awal-awal sekarang pun boleh saya tak tunjuk muka saya dekat sini. Akak tak ingin nak tengok muka saya? Saya sepuluh kali ganda tak nak tengok muka akak" kataku sambil mengambil beg aku yang berada di loker.

"Saya gerak dulu pape roger. Duit gaji saya nanti jangan lupa bayar. Assalamualaikum" kataku lagi lalu melangkah pergi ke arah motor.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now