bab 3

145 6 1
                                    

Aku membuka mataku perlahan-lahan dan aku melihat sekitar seperti bukan bilikku. Aku bangun perlahan-lahan dan cuba mengingat kembali kenapa aku boleh berada di... Hospital?

"Cik dah sedar?" Tanya nurse yang mungkin menjagaku selama aku berada disini.

"Macam mana saya boleh berada di sini nurse?" Nampak seperti soalan bodoh tapi biasalah orang yang mamai tak tahu apa-apa tiba-tiba berada di hospital.

"Cik Farhana berada di sini kerana ada bom meletup di salah satu club yang tidak berlesen" terang nurse itu yang aku nampak dari name tag nya tulis "Aira".

"Club?" Tanya ku ingin kepastian.

"Iya, club. Ada orang kata club tu untuk pelacur... Cik Farhana salah seorang dari mereka ke?" Tanya nurse itu takut-takut. Apa nampak aku macam pelacur ke? Jadi... Abang Aiman hantar aku pergi sana untuk aku jadi pelacur? Oh sebut pasal abang Aiman.

"Kak boleh tak saya nak tanya dalam club ada siapa-siapa tak yang selamat selain saya?" Tanyaku. Mana tahu ada orang lain yang selamat kan?

"Setahu saya Cik Farhana sahaja yang selamat" kata nurse itu lalu mengemaskan barangnya.

"Cik Farhana semuanya okay kalau tak ada apa-apa esok dah boleh keluar" kata nurse itu lalu keluar meninggalkan ku keseorangan. Abang Aiman dah tak ada. Tinggal aku sorang-sorang di dunia ni. Jadi apa gunanya aku hidup?

Tanpa aku sedar aku mengeluh. Tak reti bersyukur betul aku. Allah dah bagi aku peluang yang kedua kira elokla. Banyak betul pahala aku nak bawa kat akhirat nanti uhh.

"Ya allah bosannya kat hospital ni!!!" Sekarang baru aku tahu kenapa ramai tak nak duduk dekat hospital ini. Bosan dia lain macam.

Sekarang ni aku tengok dinding, dinding tengok aku. Aik??? Dinding boleh tengok orang ke??? HAHAHA betul kata orang kalau kita dah bosan, kita boleh jadi gila HAHAHA. Tanpa aku sedar aku sudah terlelap.

______________________________________

Aku tersedar setelah terdengar bunyi di luar yang riuh. Aku bangun perlahan-lahan dan pergi ke arah pintu. Dengan perlahan-lahan aku menarik pintu itu dan melihat ada beberapa orang menutup muka menggunakan mask hitam dan menunjukkan pistol ke beberapa nurse di kaunter itu.

Aku terkejut lalu aku terjerit. Aku melihat mereka memandang ke bilik ku... Tak ke arah aku... Aku terus menutup pintu bilikku dan menyorok ke bilik air. Tawakal sahaja la kalau mereka jumpa aku.

"Hello girl  you see me, Farhana???" Aku terkejut selepas mendengar seorang suara garau menyebut namaku.

"Get out girl. I promise I not hurt yourself. Just get out girl" pujuknya. Dia fikir aku makan dengan pujuk rayunya? Silap orang brader.

"Aku kata keluar!!!!" Katanya lalu gegarkan pintu bilik air. Aku menekup mulutku. Dan aku nampak mereka seperti mahu memecahkan pintu bilik air ini.

"Ya aku keluar!!! Tapi korang ke belakang sikit" jeritku di dalam bilik air. Lalu aku membuka pintu bilik air itu perlahan-lahan dan berjalan kedepan. Mereka memandangku lalu menarik tanganku dan menyuruh aku duduk di atas katil.

"Farhana... It's your name? Wahhh so pretty like you, girl" katanya lalu jalan kehulur kehilir di depanku. Aku memandang lelaki yang berbadan padat yang berada di depanku.

"Korang senanya nak apa dari aku? Aku tak kenal korang pun" tanyaku lebih kepada marah.

Gila tak marah... Tiba-tiba terus masuk dalam bilik aku pastu panggil nama aku. Ke dulu aku artis? Wahhh famous betul aku sampai dah besar orang boleh kenal aku.

"Kita orang sebenarnya nak kau mati!!!" Katanya lalu memegang pistol dan mendekatkannya ke arah dahiku.

"Sebelum nak bunuh dia langkah mayat aku dulu la bab*" ada satu suara yang tiba-tiba bersuara dan kemudian aku nampak lelaki yang nak bunuh aku tu terbaring di atas riba ku. Aku menolaknya ketepi kemudian aku kejutkan dia sikit. Mana tahu dia pengsan, kita tak tahu.

"Awak??? Dah mati ke?" Tanyaku lalu memandang dua orang yang dari tadi jadi saksi aku dengan terbaring itu mengelabah dan lari keluar.

"Periksa dia" arah orang yang menembak si baring itu dan aku nampak ada seorang lelaki berjalan ke arah si baring itu dan periksanya.

"Dia dah mati la. Korang tembak dia dekat kepala dia, berkecai la otak dia" kataku. Aku nampak lelaki yang berada disebelahku itu melihatku. Mungkin dia melihat riak wajahku ketika itu. Apa? Fikir aku tak takut ke? Aku takut la sebab dah lama tak nampak tembak menembak ni.

"Angkut mayat ni lepastu angkut perempuan ni sekali" arah lelaki yang berada di depan pintuku. Lelaki itu seperti ada mix. Muka macam chinese. Aku melihat lelaki itu hanya menurut arahan lelaki yang berada dipintu itu.

"Jap korang ni siapa pula? Kita pernah kenal ke?" Tanyaku pada lelaki yang berada di pintu itu.

"Kau nak mati ke nak selamat?" Balasnya. Aku menundukkan pandanganku.

"Siap sekarang" katanya lagi lalu mengambil pakaian ku di dalam almari. Aku mengambilnya dan dengan malasnya aku pergi ke dalam bilik air untuk menukar baju.

Selepas siap menukar baju, aku keluar dan lelaki yang check mayat tadi menyuruh aku mengikutnya. Aku memandangnya, mana tahu dapat jawapan pada soalan aku tadi.

"Just call me Farhan" katanya tiba-tiba lalu mengenyitkan matanya ke arahku. Tersentak aku seketika. Handsome. HAHAHA

"Kau ada sakit mata ke? Nak ubat tak? Sekarang kau kat hospital, ubat banyak kat hospital ni, aku boleh belikan" tanyaku lalu terus berjalan ke depan tanpa menghiraukannya yang berada di belakang.

Sebaik sahaja sampai di depan kereta, aku betul-betul jakun melihat jenama kereta itu.

"Wahhhh merc la mat" kataku lalu meneliti kereta tersebut. Maklum la aku tak pernah naik kereta mercedes ni kalau setakat bmw tu pernah dah.

"Kau nak jakun sampai bila?" Tanya lelaki yang beku dari tadi. Aku mengeluh lalu aku duduk di belakang dengannya. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri sahaja.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now