bab 15

106 5 0
                                    

Seperti yang dijanjikan olehnya. Ya! Dia seorang yang berpegang pada janjinya. Minggu depan kita buat dan masa selama minggu depan tu juga dia dah siapkan semuanya.

Kami buat majlis kecil-kecil sahaja, hanya ahli keluarga belah Tuan sahaja yang datang. Aku duduk di dalam bilik sementara menunggu majlis tersebut bermula.

Fuhhh nervous ya. Macam nak pergi berperang woo. Aku terdengar pintu itu diketuk dari luar, kemudian aku melihat Cik som di bilik pintu masuk.

"Cik Farhana dah boleh bersiap sedia turun ke bawah, Tok kadi dah sampai" kata Cik Som sambil tersenyum melihatku.

"Cantik Cik Farhana pakai tudung" puji Cik Som membuatkan aku bertambah malu.

"Ada-ada je la Cik Som ni" kataku dalam keadaan malu-malu. Aku bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah Cik Som. Cik Som membawa aku sampai ke bawah. Aku melihat semua memandang aku.

"Cik Som kalau batalkan tak boleh ke?" Tanya ku tiba-tiba. Takut dia tu mengalahkan aku jumpa hantu dan hantu-hantu tu tengah tengok aku. Seram!

"Eh Cik Farhana ni. Dah nak mula dah tu" balas Cik Som sambil memukul bahu ku perlahan.

"Kalau saya turun lepas tu saya lari boleh tak?" Tanya ku lagi. Kalau boleh tak nak majlis ni. Sumpah rasa macam nak lari pergi mana-mana asalkan tak jejak kaki untuk majlis ni.

"Astaghfirullah Cik Farhana setapak lagi dah sampai bawah. Tak payah mengada-ngada tu mak Tuan tengah tengok Cik tu" kata Cik Som sambil menunjukkan mak Tuan yang akan berada di sebelah aku nanti. Lagi la buatkan aku berdebar. Rasa macam nak gugur jantung aku sekarang ni.

"Dah Cik Farhana tarik nafas lepas tu hembus perlahan-lahan" tips Dari Cik Som. Aku buat beberapa kali lalu aku meyakinkan diri ku dan terus duduk di sebelah mak Tuan. Tak berani aku nak tengok muka mak Tuan. Takut nanti aku berdebar lagi.

"Farhana dah sedia?" Tanya mak Tuan yang berada di sebelahku itu. Mungkin juga dia sedang melihatku tetapi aku tak berani nak melihat wajahnya lalu aku hanya mengangguk dalam keadaan muka ku melihat kaki sendiri.

Dengan tiba-tiba aku terasa tangan ku digenggam. Aku memandang wajah yang mengenggam tangan ku malah terkejutnya aku melihat muka mak Tuan.

"Aunty!" Dia...

"Ya kenapa macam terkejut sangat ni?" Tanya dia lalu tergelak.

"Kejap aunty mak Tuan?" Tanya ku tak percaya. Aku melihat dia sambung gelaknya lalu mengangguk.

"Jadi... Tuan tu..."

"Tuan Afiq bin Tuan Akalil aku nikahkan dikau dengan Farhana Ianira binti Faruq Irsyad dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai"

"Aku terima Tuan..."

"Allahu nak kahwin dengan diri sendiri ke pengantin lelaki?" Kata tok kadi sambil tergelak-gelak. Yang berada di majlis itu terikut gelak sekali.

"Maaf tok kita cuba lagi sekali" kata Tuan sambil membetulkan songkoknya.

"Tuan kalau takut sangat, aku boleh gantikan tempat kau" celah Farhan. Tuan memandang Farhan seperti mahu makan sahaja aku lihat.

"Tuan Afiq bin Tuan Akalil aku nikahkan dikau dengan Farhana Ianira binti Faruq Irsyad dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Farhana Ianira binti Faruq Irsyad dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai"

"Sah"

"Sah"

Dan secara automatik aku telah menjadi isteri yang sah kepada Tuan Afiq. Aku melihat dia bangun dan berjalan ke arah aku.

"Assalamualaikum my beautiful angel" dia mendongak kan kepala ku untuk memandangnya. Dia tersentak sedikit.

"Kenapa nangis?" Tanya dia dengan muka cuak nya.

"Penipu" kata ku sambil memukul dada bidangnya. Dia memandang ku tidak faham. Seketika kemudian dia gelak. Aku terkejut melihat dia yang sedang gelak itu. Dia gelak dengan mata sepet nya. Comel! Nasib dah jadi suami aku hehehe.

"Oh pasal tu ke" okay kali ni aku yang tak faham.

"Aku bukan saja-saja tak nak kasi tahu yang aku Afiq kau" katanya sambil mengenyit mata. Auch nampak comel dia begitu. Harap dia akan kekal macam tu sampai bila-bila.

"Dah pengantin kalau nak berasmara tunggu dalam bilik. Hormat sikit orang single ni" celah Farhan. Ya! Dia daripada tadi asyik mencelah geram pula aku!!

Aku dan dia mula mengambil gambar seperti pengantin diluar sana. Bezanya kami hanya menikah. Tapi itu tak buat aku kecil hati asalkan suami aku orang yang aku kenal dan orang yang pernah aku suka hehehe.
______________________________________

Selepas sahaja selesai semuanya, aku dan suami aku terus masuk ke dalam bilik. Aku terus baring dan selesakan badan ku.

"HUWAAAAA" aku menggeliat kecil.

"Kau tak nak mandi ke sebelum tidur?" Aku bangun dan memandang dia yang sedang hendak membuka baju melayu miliknya.

"Kalau ya pun nak buka baju, tak boleh ke buka dekat dalam bilik air? Kenapa dekat sini juga nak buka" dia berpusing lalu memandang ku. Aku mengangkat kening ku.

"Salah ke nak buka baju dekat sini?" Tanya dia pelik.

"Tak salah tapi kau macam nak menunjuk-nunjuk je depan aku" kata ku lalu memandang ke tempat lain. Aku nampak dia seolah sedang berjalan menuju ke arah ku. Aku menelan air liur.

"Ke... Sebenarnya... Kau tergugat dengan aku?" Katanya tepat pada muka aku. Damn sangkaan dia memang tepat!

"Mana ada! Dah la pergi mandi, bau busuk" dalih ku sambil menolaknya jauh daripada ku. Aku nampak dia tersenyum nakal lalu dia terus masuk ke dalam bilik air tanpa banyak cakap. Aku menarik nafas panjang.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now