bab 41

64 5 0
                                    

"Nama kau siapa?" Aku berjalan mendekatinya dan melihat mukanya yang beku. Tiada balasan darinya.

"Engkau miskin ke sampai kerja macam ni? Isy, isy tak patut. Muka macam kau ni aku rasa pandai, kenapa tak cari kerja yang halal?" Tanya ku lagi tanpa putus asa.

"Oh kau rasa bila suami aku nak datang eh? Dia tak sayang aku ke?"

"Engkau dah makan?"

"Engkau handsome tapi sayang kerja penyangak"

"Engkau..."

"BOLEH DIAM TAK?!!!!" Lelaki itu dah mula marah... Bagus! Lagi sikit je...

"Maaf la mulut aku ni tak reti duk diam. Mungkin waktu aku dalam perut aku suka makan bontot ayam tu yang mulut aku tak reti duduk diam" kata ku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Engkau umur berapa?"

"Engkau dah ada isteri? Aku rasa tak sebabnya mestilah orang macam kau ni tak ada siapa yang nak kan? Lain la suami aku tu, walaupun dia raja segala setan suka bunuh orang, tapi aku tetap suka dia" kata ku dengan wajah bangga ditunjuk.

Tiba-tiba lelaki itu bangun dan jalan ke arah pintu lalu membuka pintu itu. Aku lihat ada beberapa lelaki yang berada di hadapan pintu itu.

"Tolong jaga perempuan tu, aku rasa aku nak berhenti dari kerja macam ni kalau dapat perempuan mulut tak reti duduk diam" kata lelaki itu dengan kuat sekali...

Mungkin dia tengah menahan geram pada ku HAHAHAHA ya itu yang aku nak kan. Lelaki itu keluar dengan relanya bukan kerana terpaksa. Mereka melihat aku dengan wajah gerun.

"Engkau jaga dia" suruh lelaki yang tidak jauh dari tempat aku itu.

"Kenapa pula aku jaga? Kau tak dengar ke si Khai cakap dia banyak mulut. Tak nak aku" aku tergelak kecil melihat mereka berdua begitu. Aku bangun ke arah mereka dengan keadaan senyap.

Sampai sahaja di belakang mereka aku mula keluarkan pistol kemudian aku memukul mereka menggunakan pistol di tangan ku ini. Kemudian aku mematahkan tengkuk mereka berdua. Selesai sahaja aku terus berjalan perlahan-lahan untuk keluar.

Di luar aku terdengar bunyi tembak-menembak. Mungkin itu Tuan! Lalu aku berjalan sehinggakan aku ternampak sesi tembak-menembak itu. Aku menyorok ke bahagian tersorok.

Kemudian aku lihat ada seseorang terpacak di hadapanku tetapi aku tahu orang itu tak nampak aku. Aku lihat ke atas dan itu...

"Afiq..." Aku bisik kepadanya supaya tiada sesiapa yang dengar selain dia. Syukur dia tak pekak.

"Sweety pie" dia terus menunduk ke arah ku lalu dia mencium aku tidak henti.

"Syukur kau selamat" katanya dan itu ciuman terakhir darinya. Dia duduk di sebelah aku beberapa minit kemudian dia bangun.

"Dah tak ada bunyi jom keluar cepat" arahnya lalu dia memapah aku dengan penuh berhati-hati tetapi aku teringat sesuatu benda.

"Afiq, Anas dia masih hidup. Tolong selamatkan dia" kata ku dengan yakin sebabnya dia hanya terkena lengan dan di badannya pula dia mengenakan baju kalis peluru jadi tak logik kalau dia mati.

"Anak buah aku dah hantarkan dia dekat hospital, jangan risau" katanya lalu menggosok kepala ku yang dialas kan dengan tudung. Sampai sahaja di depan Farhan dan Syah, Afiq memberikan aku kepada mereka supaya mereka membawa aku keluar dengan cepat dan selamat.

PANG

satu tembakan yang terkena besi itu membuatkan aku, Afiq, Farhan dan Syah terkejut lalu melihat siapakah orang itu.

"Serahkan Farhana sekarang!" Kata orang itu dengan tegas. Aku tak dapat mengecam orang itu kerana dia duduk di tempat yang tiada lampu.

PANG

Pistol itu diacukan lalu ditembak sekali lagi pada besi yang sama kemudian kami berempat menyorok pada tempat yang berbeza tetapi tidak jauh pada masing-masing. Masih dekat.

"Kenapa korang penakut sangat ni ah?! Keluar sekarang cepat!" Orang itu memukul besi menggunakan pistol sambil memanggil kami berempat.

"Farhana... Mana kau??? Tak nak keluar ke tengok siapa aku?" Kata-kata orang itu membuatkan rasa ingin tahu aku makin membuak.

Aku memandang mereka bertiga tetapi mereka menggelengkan kepala supaya aku jangan keluar.

Aku tidak menghiraukan mereka lalu aku bangun dan berdiri betul-betul menghadap lelaki itu malah ia membuatkan aku hampir pengsan apabila lelaki itu...

Tuan Afiq Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang