bab 4

136 6 0
                                    

Sebaik sahaja kereta berhenti aku tengok keliling dahulu sebelum memandang orang yang beku daripada tadi kami berjumpa.

"Ini bukan rumah aku ni" kataku pada sesiapa sahaja la yang mendengarnya. Kalau aku cakap dengan orang yang beku tu, aku yakin memang aku tak akan dapat jawapan la.

"Kau nak keluar ke nak duduk dalam kereta ni lemas, mati?" Tanya orang yang beku itu. Aku apa lagi mengelabah keluar dari kereta tersebut.

"Ikut aku" katanya lagi. Aku hanya menurut dan berjalan ke belakangnya. Sampai sahaja di depan pintu rumah itu. Kami disambut oleh makcik mungkin orang gaji dalam rumah ini.

"Cik Som ni Farhana, mulai sekarang dia duduk dalam rumah ni" kata orang depan aku. Aku tersentak seketika. Aku duduk dalam rumah ni? Habis tu rumah aku macam mana? Pakaian aku? Tak kan aku nak kena pakai baju lelaki dan pakai kain pelikat? Gilo ko?

Aku nampak makcik itu senyum ke arah ku, aku apa lagi senyum la balik. Bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa... Aik macam lain je tu HAHAHA maaf la aku melayu gagal sikit. Maaf bukan sikit tapi banyak HAHAHA.

"Masuk la kau tercegat apa lagi kat luar tu?" Katanya. Aku membuka kasut lalu menghulurkan salam kepada makcik itu.

Aku melihat mereka bertiga membawa ku ke sebuah bilik.

"Ini bilik kau, lepas ni tidur dekat sini. Dah jom ikut aku" Kata si pembeku. Kemudian aku mengikut belakang mereka bertiga ke sebuah bilik yang agak tersembunyi.

"Aku sebenarnya dekat mana ni? Kenapa korang bawa aku kat sini?" Tanyaku sebaik sahaja dia membawa aku masuk ke dalam bilik itu.

"Boleh tak chill je" marah lelaki yang mengatal denganku di hospital tadi.

"Macam mana aku nak chill kalau aku tak kenal korang bertiga" balasku lalu aku duduk di depan mereka dan memeluk diriku.

"DIAM!!!!" marah orang beku itu. Aku tergamam lalu aku bermain dengan jari-jari ku.

"Okay la nama aku Farhan, ini driver kita orang nama Syah dan ini..." Aku menunggu Farhan menghabiskan ayatnya kerana aku memang nak tahu siapakah nama orang beku itu.

Aku melihat Farhan melihat orang beku itu mungkin menyuruh orang beku itu sendiri mengenalkan dirinya tetapi aku tengok orang beku itu tiada apa-apa untuk mahu mengenalkan dirinya kepadaku.

"Kau panggil je la dia ni Tuan" kata Farhan lalu mengambil rokok di poket seluarnya dan lighter dan menghisapnya didepan ku.

"Nak hisap rokok pergi keluar" kata orang beku itu. Aku melihat wajah Farhan seperti sedang maki orang beku itu lalu aku melihat Farhan matikan rokok itu di dalam sebuah bekas.

"Sebenarnya tugas kita orang untuk memastikan keselamatan kau" kata orang beku itu. Aku terus tegakkan badanku untuk mendengar perkataan yang akan dikeluarkan oleh orang beku itu.

"Kita orang sebenarnya diarahkan untuk..."

"Untuk aku selamat dari musuh-musuh papa aku?" Tanyaku terus. Bak kata orang kita kena tanya terus jangan selok-belok. Aku melihat mereka berdua terkejut kecuali Tuan.

"Begitu... Tapi yang nak bunuh kau tadi bukan musuh papa kau" jawabnya dengan tenang.

"Habis tu musuh siapa? Musuh aku? Aku mana ada musuh" tanyaku. Setahu aku, aku tiada musuh sebab aku memang tak suka nak buat jahat dengan orang. Walaupun mulut aku menyakitkan hati orang tapi, orang tak berdendam denganku... Kot hahaha ye la kot.

"Musuh aku" balas Tuan. Aku tergamam.

"Kenapa? Kita bukannya kenal pun kenapa dia nak bunuh aku?" Ya saya tahu saya banyak tanya. Kalau tak banyak tanya tu bukan Farhana la ye.

"Kau yang tak kenal aku, tapi aku kenal kau" jawabnya lalu dia memandangku terus. Aku dapat merasakan auranya tersendiri.

"Dah tu korang nak aku buat apa sekarang?" Tanyaku lagi.

"Tinggal sini, selamat" jawabnya mudah bukan? Gila ke apa nak suruh aku tinggal sini dengan... Lelaki?!!!!

"Setuju?" Tanya dia. Aku menggeleng.

"Tak... Gila ke nak suruh aku tinggal dekat sini dengan korang? Habis tu aku nak pakai baju apa? Rumah aku macam mana?" Tanya ku dengan nada marah.

"Sekarang ni kau nak tidur sini dengan selamat atau balik rumah kau dengan bermacam-macam gangguan?" Tanya Tuan. Aku memandang wajahnya dan kemudian aku mengalihkan pandanganku.

"Kalau aku tidur sini macam mana dengan..."

"Dengan pakaian?" Potong Tuan. Aku hanya menundukkan pandangan ke bawah. Aku melihat farhan mengambil sesuatu dari belakang kerusi yang diduduki oleh Tuan. Kemudian aku nampak sebuah beg yang sangat aku kenali.

"Itu beg aku kan? Macam mana ada dekat korang?" Tanyaku.

"Kita orang tadi pecah masuk rumah kau sebabnya kita orang tahu yang musuh-musuh kita orang akan menyerang kau dekat hospital" kata Farhan yang sedang berada di tengah diantara Tuan dan Syah.

"Dan sebenarnya musuh Tuan adalah musuh papa kau juga... Jadi kau kena faham itu sa..ha..ja!" Kata Syah

"Sebenarnya yang dekat club tu bukannya satu benda yang kebetulan, ianya dirancang kerana mereka dah dapat lokasi rumah kau itu sebab lah mereka bom tempat itu. Dengan cara itu la mereka bunuh kau tapi sayang sekali... Kau terselamat" sambung Syah. Aku tergamam... Disebabkan aku... Semuanya terkorban. Disebabkan aku... Abang Aiman...

"Takkan aku sorang je terselamat? Habis tu abang Aiman?" Tanyaku lagi... Aku tak boleh kalau sebab aku abang Aiman mati.

"Dah pihak polis dapat kau je hidup, maknanya yang hidup kau sorang je la" balas Tuan. Tak... Tak mungkin... Aku bangun dan terus masuk ke dalam bilik ku.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now