bab 39

66 5 0
                                    

Aku membuka mata dengan perlahan lalu aku melihat persekitaran sekeliling aku. Kenapa rasa macam tak pernah nampak sekeliling ni? Aku bangun perlahan-lahan lalu cuba untuk mengingat kembali kenapa aku disini.

Beberapa minit otak aku baru berfungsi... Oh! Laki tu! Aku cuba mencari sesuatu... Mana Farhan?

"Cari apa tu beauty sleeping?" Tanya seorang yang sedang berada di atas kerusi pusing. Aku cuba untuk mengecam orang itu tetapi hampa kemudian aku cuba untuk mengangkat tangan ku tetap hampa apabila tangan aku diikat dengan kuat.

"Engkau siapa ah!!!" Marah ku sambil memandang lelaki itu. Aku nampak dia bangun dari kerusi dan berjalan ke arah aku. Aku mengundur ke belakang sedikit.

"Kau mungkin tak kenal aku, tapi bos aku kenal kau" katanya sambil memegang pipi aku.

"Lembut pipi kau..." Katanya lalu tangan dia bergerak ke arah bibir aku.

"Merah..." Dari bibir turun ke dada kemudian aku terus hantukkan kepala aku ke kepala dia. Auch sakit! Kepala dia batu ke apa?

"F*ck!!!" Dia terus mencengkam dagu aku dengan kuat sekali. Aku mengerang kesakitan yang aku rasa.

"Engkau dengan suami kau boleh pergi mampus!!!!" Dia terus menampar muka aku dan ia membuatkan bibir aku mengeluarkan darah. Aku memandang dia kemudian aku lihat matanya memandang perut aku.

"Wahhhh amazing dah mengandung" dia mengesot ke arah aku dengan lebih dekat kemudian dia mendekatkan mukanya ke telinga aku.

"Apa kata aku cuba kau dulu sebelum tunggu suami kau datang selamatkan engkau" bisiknya dan terdengar gelakan halusnya membuatkan bulu roma aku menegak. Aku menelan air liur.

KRIKK

Dengan tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu dibuka dari luar tetapi aku tidak dapat lihat siapakah orang itu.

"Tak payah buat kerja gila Tom bos tahu bos hancurkan kau" kata orang itu kemudian aku melihat Tom mendengus dengan kuat sekali.

"Kalau engkau tak bagitahu, dia tak kan tahu bahl*l" Tom bangun terus keluar meninggalkan aku dan orang tersebut. Aku tak dapat kesan siapakah orang itu kerana mata aku kabur tak tahu kenapa.

"Kak..." Dia memanggil aku dan suara tu seperti fimiliar. Aku cuba untuk mengenal pasti siapakah orang itu. Dia datang menghampiri ku. Semakin dia dekat, semakin aku boleh nampak dia. Sampai sahaja dia di depan mata aku, aku terkejut...

"Anas?" Ya Anas orangnya. Tapi macam mana dia kenal lelaki tadi? Dia kerja dengan dorang ke? Maknanya... Anas pengkhianat??

"Kau buat apa dekat sini ah pengkhianat!!!!" Jerit ku betul-betul di depan muka dia.

"Maaf tapi saya dipaksa untuk keselamatan keluarga saya kak... Saya minta maaf kak" katanya lalu aku lihat ada air mata mula mengalir di pipinya.

"Kalau kau bagitahu dekat Tuan, Tuan boleh tolong engkau la. Tak payah nak jadi pengkhianat sangat" kata ku kemudian aku datang mendekatinya dan memandang dia.

"Kau buat apa masuk dalam ni?" Tanya ku... Entahlah saya ni susah nak marah orang sebenarnya... Tapi dalam kes Afiq khianat aku tu, aku terus marah sampai lari rumah. Mungkin sebab aku sayang dia sangat kot.

"Saya kenal Tom tu macam mana. Dia tak boleh nampak perempuan sikit mesti nak rasa... Jadi saya datang nak selamatkan akak biar akak dapat keluar dari sini" katanya kemudian dia membuka ikatan tali di tangan aku.

"Saya pun dah bagitahu dekat Tuan pasal tempat akak sekarang ni. Mereka dalam perjalanan. Akak selamat, saya gembira asalkan akak dengan anak akak ni tak ada apa-apa" katanya lagi...

"Habis tu engkau macam mana?" Dia memandang aku kemudian dia mengeluarkan pistol yang berada di belakangnya lalu dia memberikan pada aku.

"Ambik pistol ni... Dalam ni ada banyak peluru, akak guna untuk lepaskan diri akak dari tempat ni sebelum bos dorang datang" katanya dan aku mengambil jua pistol itu.

"Habis tu engkau?" Tanya ku. Dia membuka bajunya lalu aku lihat dia memakai baju kalis peluru.

"Saya tolong akak la" katanya kemudian dia memakai kembali baju kembali.

BUSH 

Tuan Afiq Where stories live. Discover now