bab 43

67 6 0
                                    

"Pen drive tu sebenarnya kosong, tak ada apa-apa pun sebab yang betul ada dekat..." Afiq mendekatkan mulutnya ke telinga ku.

"Ada dekat bawah bantal kau..." Bisiknya lalu aku terkedu.

"Maksudnya..."

"Yup aku ambik letak bawah bantal kau lepas tu ganti dengan pen drive yang kosong" kata Afiq lalu mata kami berdua bersambung. Kemudian dia cium dahi aku lama sekali.

"Aku punya risau dekat kau sampai hampir tercabut nyawa aku" kata Afiq lalu aku dapat rasakan genggaman tangan Afiq begitu erat. Aku tersenyum kemudian kami berempat keluar bersama-sama.

Tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati aku menoleh ke belakang kemudian aku lihat Aiman sedang bangun dan mengacukan pistol ke arah... Afiq!

Aku memusingkan badan kami maka aku ke depan dan Afiq kebelakang kemudian aku melompat sedikit sehinggakan aku dapat rasakan dada aku seperti terkena benda yang begitu perit.

"NIRA!!!"

"FARHANA!!!"

Aku dengar mereka sebut nama aku.

"Nira bangun Nira..."

BANG

Aku dengar bunyi tembakan tetapi aku tidak tahu siapakah orang itu. Aku harap bukan Syah ataupun Farhan.

"Afiq..." Aku menyentuh wajah Afiq yang begitu dekat dengan aku. Aku dapat rasakan air mata di pipinya.

"Ja...ngan nangis..."

"Please Nira please keep strong!!! Bertahan..." Afiq mengangkat aku dan berlari sehingga ke kereta kemudian dia bawa masuk aku ke dalam kereta tersebut.

"Farhan please I begging you to bring the car as fast as possible" arahnya dengan nada nangis.

"Afiq... Aku nak cakap ya...ng aku sayang kau sangat-sangat... Aku gem...bira deng...an kau Afiq"

"Please Nira don't leave me alone" mata aku makin layu... Aku memandang Afiq sambil tersenyum lebar lalu aku mengusap wajahnya...

Aku tak dapat menahan lagi... Mungkin ini tugas terakhir aku untuk Afiq... Dengan relanya aku menutup mata dengan sendiri... Aku dah tak kuat...
______________________________________

Ehem actually saya senanya bknlah nk buat pov utk farhana sahaja... Saya pun senanya nk buat pov utk tuan jugk tpi tu la first² tu saya hanya terfikir nk buat pov utk farhana lepstu tibe² otak berkembang sgt... Tu yg wujudnya pov utk tuan hehehe peace yoo ✌🏻

Btw ehem... Again pov tuan okeh? Xpe jgn risau insyaallah cerita akn dtg, saya buat utk semua pov... Pov farhan, syah, tuan dan farhana sekali. Insyaallah x jnji nk buat ke x sbbnya saya nie pemalas sikit bknnya rjin sgt huehuehue 

Tuan Afiq Where stories live. Discover now