bab 24

76 4 0
                                    

"Apa maksud Afqih tadi? Hak? Hak apa?" Pertanyaan aku tadi membuatkan Afiq berhentikan kereta serta-merta. Nasib aku pakai tali keledar, kalau tak mahu muka aku tersembab.

Aku lihat muka dia berubah... Pucat? Kenapa muka dia pucat? Aku ada salah tanya ke?

"Da... Dah sampai" dia terus keluar masuk ke dalam rumah tanpa menunggu aku.

"Na... Kenapa dengan Tuan?" Tanya Farhan yang berada di dapur itu sambil minum air.

"Entah" dia mengerutkan dahinya.

"Korang dari mana?" Tanya Farhan kemudian dia menghirup airnya.

"Jumpa keluarga dia, terserempak la dengan Afiqah"

BRUHHH

Tidak semena-mena air yang diminum oleh Farhan tersembuh terkena aku. Aku membeliakkan mata ku.

"Farhan Fauzi..." Aku mengetap mulut aku.

"Maaf Hana aku tak sengaja sumpah" katanya sambil mengangkat tangannya.

"Engkau..."

"Alamak" Farhan sudah sediakan langkah untuk lari.

"Farhan engkau nak lari mana" aku buat suara yang mengerun sekali.

"Mama... Eh mak aku dah mampus ya allah tolong!!!!!" Farhan berlari sekeliling rumah. Aku? Memang dah kejar dia la sebab tu dia lari. Kalau dia tunggu tempat asal, memang dah mampus dia aku kerjakan.

"Korang ni kenapa?" Tanya Afiq yang baru keluar dari bilik. Farhan nampak Afiq, terus meluru pergi ke arah Afiq tetapi langkahnya terhenti kerana apa? Kerana aku dah tarik rambut dia. HUAHAHAHAHA Farhana lebih bijak daripada Farhan okay!

"Sa... Sakit Hana le... Pas... Kan" kata Farhan yang sedang menahan sakit di kepala.

"Oh sakit? Habis tu kau sembur aku dengan air tu aku tak sakit?" Balas ku lalu aku menarik rambut Farhan lebih kuat.

"Farhana Ianira" aku lepaskan Farhan lalu Farhan cepat-cepat pergi ke belakang Afiq. Ceh menyorok belakang Afiq konon. Ingatkan berani sangat. Aku menjelingkan mata ku.

"Kau tengok member kau ni! Dia sembur air dekat aku!!!" Bentak aku.

"Aku tak sengaja sumpah. Aku cuma terkejut je" kata Farhan sambil mengangkat tangannya. Aku berlari ke arah Afiq. Eh bukan, lebih terang lagi aku pergi ke belakang Afiq.

"Farhana Ianira sudah!" Afiq menarik aku untuk aku berhenti sakitkan Farhan. Ceh sayang sangat, kenapa tak kahwin terus!

"Naik atas Nira. Engkau pergi balik" Farhan menundukkan badannya sedikit kemudian terus berlalu pergi. Aku memandang Farhan sehingga hilang kelibatnya.

"Dah, dah tengok dia macam nak makan" Lalu Afiq terus mendukung aku dan terus masuk ke dalam bilik.

Sampai sahaja di dalam bilik, dia meletakkan aku perlahan-lahan di atas katil. Dia berjalan ke arah almari kemudian dia membuka bajunya. Garisan di belakangnya jelas kenampakan.

"Afiq..."

"Garis ni sebab terkena parang Afqih" aku membesarkan biji mata ku. Afqih? Abang kepada Afiq? Kenapa? Tapi aku tak tanya, aku hanya lebihkan diam dan membiarkan Afiq sahaja meneruskan. Dia terus berpaling ke arah ku, kemudian duduk disampingku sambil memandangku.

"Kita orang waktu tu nak pergi serang kumpulan Hin Jin" aku masih fokus pada Afiq tanpa mengalihkan pandangan.

"Engkau ingat tak waktu dekat club yang kau hampir kena jual tu?" Aku hanya mengangguk.

"Kumpulan tu la kita orang nak serang, aku, Farhan, Syah dengan Afqih dah rancang elok-elok. Sampai sahaja di tempat kejadian semuanya elok. Kami tumpaskan anak-anak buah Hin Jin semuanya"

"Sampai ke masa akhir, kami semua ada betul-betul dihadapan Hin Jin, tetapi kami tersilap" aku mengerutkan kening aku.

"Afqih... Dia kerjasama dengan Hin Jin. Kita orang tak sangka. Betul-betul tak sangka. Dia... Sanggup tikam belakang kami, aku... Aku rasa tertipu dengan abang aku sendiri, darah daging aku sendiri" aku lihat Afiq sedang menahan nangis kemudian aku mengambil tangan Afiq untuk menyalurkan semangat untuknya.

"Waktu tu Farhan dan Syah dorang dengan Hin Jin, aku dengan Afqih. Kami bergaduh bersama sehinggakan parang dia terkena aku. Disebabkan itu, kami dah tak serapat dulu. Kami dah macam orang asing bila berjumpa" akhirnya air mata yang ditahan olehnya gugur jua. Aku melihat kesian kepadanya. Tak sangka...

"Daddy tahu pasal benda ni tapi daddy tak ambil kisah sedangkan yang suruh kami serang kumpulan Hin Jin tu daddy sendiri. Waktu tu juga aku rasa macam dikhianati oleh keluarga aku sendiri dan disebabkan itu aku jarang balik rumah keluarga aku"

"Aku balik pun sebab mummy. Kalau tak disebabkan mummy aku tak kan jejak kaki dalam rumah tu malah... Aku tak ingin nak tengok muka dorang" aku memeluk Afiq lalu air matanya makin laju. Pertama kali aku tengok Afiq selemah ini.

Beberapa minit kemudian dia lap mukanya dan memandang aku lalu memegang tangan aku.

"Ada satu hal yang engkau perlu tahu"

Tuan Afiq Where stories live. Discover now