bab 42

72 5 0
                                    

"Abang Aiman?" Tak... Tak mungkin... Bukan ke Abang Aiman dah mati di tempat kejadian?

"Terkejut?" Tanya dia sambil mendepakan tangannya seperti mahu terbang.

"Bukan ke..."

"Bukan ke aku dah mati dekat tempat kejadian?" Aku lihat dia senyum sinis.

"Sebenarnya aku rancang nak jual kau dekat abang aku sendiri tapi sayang abang aku dah gone sebab suami engkau..."

"Dan waktu club tu kena bom aku ingatkan engkau dah mampus tapi liat juga eh nyawa kau nak mampus..."

"Dan engkau nak tahu siapa bom tempat tu?"

"Aku..." Aku tersentak seketika. Jadi tak ada benda yang perlu terkejut jikalau sekarang dia ada dihadapan aku. Tapi kenapa dia nak bunuh aku?

"Kenapa engkau nak bunuh aku?" Soalan itu terluah jua namun soalan aku itu dibalas dengan gelak yang penuh sinis.

"Tanya soalan bod*h la kau ni... Aku nak engkau mati sebab senang aku nak ambil pen drive tu... Kau ingat aku tak tahu dekat mana pen drive tu?" Dia senyum sinis kemudian dia mengambil sesuatu pada poketnya dan menunjukkan pada ku.

"Bapak kau jenis yang tak reti nak simpan elok-elok kan. Patutlah anak dia ikut bod*h dia. Rupanya keturunan" katanya lalu gelak besar.

"BAPAK AKU KAU JANGAN SESEKALI SEBUT LA SI*L!!!!" aku terus mengacukan pistol itu kearahnya namun disebabkan cuai aku, aku terjatuh kerana Aiman menghalang aku menggunakan kakinya. Tetapi dia sempat menangkap aku.

"Engkau memang tak guna daripada dulu kan?!!! Suka buat aku marah! Suka buat aku rasa nak bunuh kau!"

"Lepaskan Nira!!!!" Afiq terus bangun dan mengacukan pistol pada Aiman.

"Wah hero dah tak nak jadi pengecut ke menyorok dekat meja?" Perli Aiman lalu aku lihat rahang Afiq bergerak.

"Aku kata lepaskan Nira" arah Afiq dengan tegas.

"Kalau aku tak lepaskan dia?" Cabar Aiman.

"Tak nak lepaskan aku kasi kau lepaskan!" Kata Farhan yang memukul Aiman menggunakan pistolnya dengan tiba-tiba yang sudah berada di belakang. Kemudian Afiq menyuruh aku datang ke arah dia.

Aku berjalan lalu terus pergi ke arahnya. Syah yang berada di sebelah sudah bersalaman dengan Farhan.

"Kau okay kan? Kau tak apa-apa kan? Baby dalam ni okay kan?"

"Afiq... Aku okay la" kata ku sambil tergelak melihat dia yang terlampau risaukan aku. Tetapi aku pelik macam mana Aiman boleh dapatkan pen drive itu?

Sedangkan secara jujurnya arwah papa tak akan letakkan barang yang penting di tempat di mana orang senang untuk mencarinya.

"Macam mana Aiman boleh dapatkan pen drive tu?" Soalan yang berada difikiran ku akhirnya terluah jua.

Tuan Afiq Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon