bab 47

178 6 0
                                    

Aqif berada di pangkuan aku ini yang sedang menyusu sudahpun terlelap... Aqif sebiji macam Nira waktu kecil dulu. Wajah putih... Hidung mancung... Bulu mata melentik... Kalau Nira ada mesti lagi seronok lagi-lagi dia memang tidak sabar untuk menantikan kelahiran Aqif.

"Kau rasakan nanti anak kita ikut muka siapa?" Tanya Nira yang sedang mengusap perut.

"Nira?" Aku terkedu...

Flashback

"Mestilah ikut aku handsome macam aku" aku menunjukkan diri ku dengan riak bangga.

"Ceh... Nanti kalau dia keluar muka sebiji macam aku jangan marah" balas dia dengan gelak besarnya.

"Aku tak kisah sweety pie dia ikut siapa asalkan dia keluar dengan selamat, engkau pun selamat" kata ku lalu mencium tangannya.

End flashback

Tidak semena-mena air mata aku mengalir dengan deras. Nira... Aku rindukan engkau... Aku rindu gelak ketawa engkau... Aku rindu nak layan manja kau... Aku rindu semuanya pada kau Nira... Allahu tolong hamba mu ini ya allah.

Aku melihat Aqif yang sedang diulit mimpi kemudian aku cium pipinya dengan penuh kasih sayang.

Tanpa aku sedar allah dah aturkan segalanya untuk aku dengan cantik. Aku kehilangan Nira tetapi aku ada Aqif. Allah tahu aku akan hilang akal fikiran jikalau aku kehilangan semuanya... Dan allah tahu aku akan teruskan hidup demi Aqif.

Aku bangun pergi ke arah cermin dimana Nira selalu duduk. Aku menarik kerusi kecil itu lalu aku duduk. Melihat benda ini juga dapat membuatkan rindu aku pada dia membuak tetapi aku dah janji pada diri bahawa aku akan lepaskan dia walaupun susah.

Aku membuka laci di meja itu kemudian aku melihat sepucuk surat lalu aku mengambilnya dan membaca. Dari Nira?

"Ha selongkar laci la tu... Cari apa ha? Hehehe aku tulis surat ni untuk kau sebenarnya tapi aku ingat nak bagi engkau surat ni waktu birthday kau. Mana tahu kalau-kalau kau selongkar laci lepas tu terbaca surat ni kan?

Aku ni bukannya pandai sweet sangat kalau setakat nak cakap aku sayang kau boleh je tapi kali ni ehem aku cuba jadi sweet juga la boleh kan? But the way happy birthday semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu

Afiq aku cuma nak kau tahu aku sayang kau sangat-sangat... Aku dapat rasakan kasih sayang seorang lelaki daripada engkau lepas arwah ayah aku meninggal...

Terima kasih sebab sudi menerima aku seadanya... Terima kasih sebab beri aku kasih sayang tanpa jemu... Terima kasih juga kerana sudi menyinari hidup aku Afiq... 

Afiq... Kau tahu benda paling bahagia bagi aku? Kau... Kau benda paling bahagia dan berharga untuk aku. Aku sayang kau daripada kecil Afiq... Dan sejak daripada itu aku nekad nak genggam tangan kau sampai bila-bila

Tapi andai kata aku pergi dulu sebelum kau aku nak engkau jaga anak kita... Kalau anak kita pun ikut bersama dengan aku, aku harap kita dapat bersama-sama di syurga. Insyaallah aku akan menunggu engkau disana.

Isy tulis surat je pun aku dah nangis macam mana kalau aku cakap depan-depan dengan engkau? Mesti makin lebat nangis aku.

Hehehe okay la aku rasa geli pula bila tulis surat ni sebab terlampau sweet sangat bagi aku tapi insyaallah selagi aku bernyawa aku akan sentiasa berada disisi kau Afiq.

Salam sayang Nira Afiq...

Menitis air mata aku jatuh kerana membaca surat itu. Aku meronyok kan kertas itu kemudian bawa ke dada ku.

Nira mulai daripada hari ini aku lepaskan kau... Tenang la engkau di sana dengan aman aku akan teruskan hidup aku dengan Aqif untuk engkau... Walau apa cara sekalipun engkau tetap di hati aku, dan engkau tetap takkan terganti kerana engkau Nira aku...

TOK TOK

Aku memandang ke arah pintu kemudian aku menyeka air mata aku dan terus berdiri dan berjalan ke arah pintu. Aku membuka pintu sedikit kemudian aku lihat Farhan seperti sedang cemas.

"Engkau kenapa?" Tanya ku sambil mengerutkan dahi.

"Tolong aku Tuan dekat luar..." Dia seperti baru lepas berlari.

"Kenapa dekat luar?" Melihat Farhan tiada jawapan aku terus berjalan menuju ke bawah dan menuju ke arah luar tetapi gelap hanya diterangai dengan cahaya bulan.

"Sumpah tak kelakar, kenapa gelap sangat ni?" Tanya ku sambil berjalan dengan penuh berhati-hati. Sampai betul-betul dihadapan kolam tiba-tiba aku lihat lampu semuanya terbuka dan...

"Surprise!!!!" Kata mereka dengan serentak. La ini rupanya dekat luar. Isy! 

"Kena tipu dengan Farhan ya" sindir ku kemudian mereka gelak.

Aku dapat lihat bagaimana meriahnya majlis hari jadi aku hari ini... Ada mama, ada Afiqah, ada Farhan, ada Qaniqa, ada Syah dan Shira. Aku pun hampir lupa mereka semua sentiasa berada bersama dengan aku.

Mereka sayang aku walaupun aku hanya orang luar pada mereka. Jadi untuk apa aku hendak bunuh diri? Untuk membuat mereka sedih? Allahu syukurlah aku masih berfikir dengan betul.

Aku dah rasa bersyukur sangat-sangat apabila mereka sentiasa ada dengan aku untuk bangunkan aku daripada benda yang menyakitkan. Aku sayang mereka semua...

Tamat....

Tuan Afiq Where stories live. Discover now