bab 25

73 3 0
                                    

"Ada satu hal yang engkau perlu tahu" aku mengerutkan dahi ku.

"Tapi janji dengan aku kalau aku bagitahu ni, kau jangan sesekali marah aku" aku hanya mengangguk sahaja.

"Hak" okay ini memang aku nanti-nantikan. Tak sabar betul... Cepatlah!!! Afiq menarik nafas sedalamnya sebelum meneruskan ayatnya yang selanjutnya.

"Sebenarnya hak itu ialah pen drive. Dalam pen drive tu ada segala-galanya hal pasal syarikat bapak kau"

"Aku, Afqih dan daddy dah lama rancang untuk ambil pen drive tu dari kau. Sebab kami tahu kau tahu dimana pen drive tu. Kemudian aku, Farhan dan Syah rancang sesuatu" dia memandang aku sebelum meneruskan ayat seterusnya.

"Kita orang rancang nak berkawan dengan kau dengan sangat rapat lepas dah rapat kami nak dapat maklumat pasal pen drive tu dari kau. Lepas dah dapat kami nak tinggalkan engkau" aku besarkan mataku... Tak... Percaya... Tak kan...

"Tapi aku terlupa satu benda... Engkau Nira aku. Engkau kawan aku waktu aku kecil. Kita nangis sama-sama, kita gembira sama-sama waktu kecil" ada tawa dari Afiq.

"Waktu aku jumpa engkau dekat hospital tu, aku memang ada niat jahat dekat kau. Sumpah aku tak ada niat baik langsung waktu tu. Tapi waktu engkau berborak dengan Farhan waktu dekat kolam tu aku tersedar sesuatu"

"Engkau masih harap dapat jumpa aku. Engkau masih sayangkan aku dan secara tiba-tiba aku teringat waktu kecil yang engkau kata engkau suka aku" dia memandang aku yang sedang menunduk. Bukan menunduk sebab menahan malu tetapi menahan tangisan keluar.

"Engkau kata engkau nak kahwin dengan aku waktu dah besar nanti. And now see... Impian engkau tercapai. Waktu tu aku tersedar dan aku cakap dalam diri aku, aku tak nak ambil hak kau. Aku nak jaga kau"

"Aku pergi Rusian pun sebab nak tahu berapa ramai orang yang nak pen drive tu? Dorang tengah rancang macam mana untuk dapatkan benda tu? Bila orang dekat Rusian tu cakap engkau dalam masalah, aku terus rasa nak kahwin dengan engkau sebab nak jaga engkau"

"Tapi..."

"Sampai ke Malaysia fikiran aku lain pula. Aku fikir bila dah kahwin dengan engkau aku boleh ambil pen drive tu dari kau. Ya la dah jadi suami nantikan of course la engkau akan kongsi semua benda dengan aku. Aku terpesong lagi"

"Tapi bila yang malam dimana kita tu... Sumpah aku dah betulkan niat aku, aku dah tak nak terpesong lagi. Sumpah Nira, mula-mula je niat aku lain tapi sekarang niat aku betul-betul nak jaga engkau" dia memegang dagu ku tetapi aku pantas menolaknya lalu aku lihat mukanya.

Dia terkedu seketika kerana lihat muka aku yang penuh dengan air mata. Ya! Aku menangis. Tak sangka... Orang yang selama ini aku anggap seperti penyelamat aku sanggup buat macam ni dekat aku.

"Nira..."

"Don't ever you call me that the name!!!" Marah ku lalu aku terus keluar dari bilik itu. Aku tak sanggup nak berlama dengan... Orang penipu!!!

"Nira!" Afiq menggenggam tangan aku erat supaya aku tak terlepas darinya.

"Aku benci kau Afiq. Sanggup engkau buat aku macam ni!!! Aku percaya kau Afiq. Aku percaya Farhan. Aku percaya orang dalam rumah ni! Tapi apa aku dapat?! Khianat daripada korang!!!" Aku menumbuk dada Afiq dengan kuat sekali. Aku nampak dia sedang menahan sakit itu. Peduli apa aku, aku lebih sakit daripada dia!

Aku turun dari tangga itu kemudian aku lihat Farhan dan Syah sedang melihat kami.

"Korang!" Aku pergi ke arah mereka berdua.

"Korang pun pengkhianat tak guna! Aku benci korang! Aku benci orang dalam rumah ni!" Aku terus keluar daripada rumah itu tanpa menghiraukan mereka yang memanggil ku. Aku dah tak peduli, kalau aku duduk lama sikit dalam rumah tu, aku akan bertambah sakit hati.
______________________________________

Bab yang seterusnya mungkin saya akan buat pov untuk Tuan Afiq. Ya la asyik pov Farhana je sekali sekala saya buat lain sikit okay?

Tuan Afiq Where stories live. Discover now