bab 12

88 5 0
                                    

Aku termenung peti sejuk yang berada di hadapanku. Tengah memikirkan lauk untuk dimasak untuk tiga lelaki didalam rumah ni. Cik Som tiada dirumah, mengambil cuti untuk beberapa bulan.

"Bruhhh nak masak apa ni ya allah" ngeluh ku.

"Tak payah masak la Hana jom ikut aku pergi makan. Yang dua ekor tu kau biarkan je, biar dorang cari makan sendiri. Nak hidup pandai-pandai la" kata Farhan yang muncul secara tiba-tiba. Aku memandang dia sambil fikir sesuatu.

"Tak apa la Han, aku dah tahu nak masak apa" kata ku sambil tersengih lalu mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak.

"Kau nak masak apa?" Tanya dia sambil menongkat dagu.

"Aku ingat nak masak asam pedas hehehe dah lama tak masak asam pedas ni" jawabku sambil tersengih.

"Wah... Dengar macam sedap. Nak aku tolong?" Tanya dia. Aku memandang dia lalu mengenggam tangannya duduk di sisi ku.
______________________________________

"Sejak bila kau rajin nak masak ni?" Tanya Syah yang baru sahaja balik dari tempat kerjanya. Aku melihat Tuan yang baru jejak kaki masuk ke dalam rumah dan melonggarkan tali lehernya.

"Aku tak ada kerja, aku tolong la Hana" jawab dia sambil memotong cili.

"Pandai kau masak" kata Tuan yang jalan menghampiri dapur.

"Belajar la, kalau tak belajar sampai bila-bila tak pandai" jawab Farhan.

"Han dah siap ke potong cili?" Tanya ku. Aku melihat dia memberi cili yang dipotongnya maka aku terus mulakan memasak.
______________________________________

"Perghhh bau asam pedas dia, sedap gila weh" kata Farhan sambil mengambil bau asam pedas tersebut.

"Dah makan la" kataku lalu Tuan membaca doa dan terus masukkan nasi ke dalam mulutnya.

"Hana aku rasa kau boleh buka kedai sendiri la. Sedap sangat ni" komen Farhan, aku tersenyum memandang dia.

"Lepas ni Cik Som dah tak ada job la. Sebab Hana dah ambik kerja dia yang satu ni" kata Farhan lalu gelak. Semua memandang Farhan.

"Kau ni Han boleh tak makan tu tutup mulut. Bising je kerja" kata Syah. Mungkin dia dah feed up dengan perangai Farhan. Tapi bagi aku perangai Farhan macam aku hehehe.

"Lepas makan masuk bilik aku" kata Tuan yang tiba-tiba bersuara. Lalu aku melihat dia bangun dan berjalan ke arah singki.

"Apahal dengan Tuan tu?" Tanya Syah. Ye soalan dia sama dengan soalan yang bermain difikiran ku.

"Oh hmm Мальчик сказал, что Хана в опасности (Budak tu kata Hana dalam bahaya)" kata Farhan dan aku memandang Syah.

"Apa dia cakap tu?" Tanya ku sambil memandang Syah manakala Syah dan Farhan memandangku balik.

"тогда мы должны хорошо позаботиться о Хане (jadi kita perlu jaga Hana dengan baik)" kata Syah. Dan sah dorang taknak aku faham apa yang dorang tengah bincangkan.

"Ye memang aku ni hantu untuk tak payah faham apa yang korang cakap pun" kata ku lalu aku bangun dan membasuh tangan dan naik ke atas bilik.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now