bab 38

65 7 0
                                    

Beberapa jam habis makan tiba-tiba perut aku buat hal... Aduhhh aku dah la malas nak bangun tapi kalau tak bangun siapa pula nak cucikan? Farhan? Mahu dia maki aku... Aihhhh nasib, nasib.

"Han aku nak pergi tandas la, sakit perut" kataku sambil memegang perut yang meragam ini. Sakit dia tak boleh bawa bincang uh! Farhan bangun dari duduk kemudian pusing ke arah aku.

"Jom aku teman kau dekat depan tandas" katanya lalu ingin berjalan tetapi aku halang dia.

"Teman aku... Buat apa? Aku nak pergi tandas bod*h" maki aku. Aduhhhh orang tengah sakit perut, dia boleh pula buat perangai dia dekat sini.

"Aku teman sebab takut something happen jadi dekat engkau. Kan aku duduk dengan engkau dekat meja ni, buatnya something happen jadi dekat engkau dalam tandas tu siapa yang kena marah dengan Tuan? Aku kan?" Aku mengheret tangannya supaya jalan cepat sikit.

Tak kisah la orang tengok aku. Si Farhan ni kalau dah mula membebel tak reti diam asyik nak bercakap je. Daripada aku dengar dia membebel dan aku buat masalah dekat majlis orang, lebih baik aku tarik Farhan.

Sampai sahaja di depan tandas aku berhentikan langkah.

"Tunggu sini, jangan masuk dalam pula!" Kata ku dengan tegas.

"Tak ingin aku nak masuk tandas. Masuk tandas tengok orang kencing buat apa. Aku pun boleh kencing" katanya yang sedang bermain telefonnya tanpa memandang aku.

Kecil besar je aku tengok Farhan ni la. Tanpa membuang masa aku terus masuk ke dalam tandas. Nasib tak ramai orang hanya ada aku sahaja.

Selesai sahaja membuang hajat yang tak sabar-sabar nak terkeluar ni aku terus membuka pintu tandas dan ingin pergi ke arah singki tetapi langkah aku tiba-tiba dihalang oleh seseorang... Lelaki!

"Farhana Ianira... Fuhhh susah betul nak dapatkan engkau ya" kata seorang lelaki itu dengan memandang aku sinis sekali.

"Eng... Engkau buat apa dekat sini ah!" Jerit aku. Aku menjerit supaya Farhan dapat mendengarnya tetapi hampa Farhan tidak muncul-muncul lagi.

"Engkau tanya aku buat apa dekat sini? Aku datang nak bawa kau balik sayang..." Dia cuba untuk menyentuh ku tetapi aku menghalangnya kemudian aku sepak orang yang berada di belakang ku.

"Wah tak takut gugur ke?" Tanya dia sambil memandang perutku. Aku senyum dengan penuh sinis.

"Aku lagi takut kalau nyawa kau melayang depan mata anak aku!" Aku menapak sedikit ke hadapan kemudian aku mengangkat sedikit kain lalu aku menyepak badan lelaki itu sehinggakan dia terjatuh masuk ke dalam salah satu tandas itu.

Disebabkan pintu tandas itu tertutup jadi pintu tandas itu habis pecah.

"Kurang ajar!" Lelaki di belakang aku sebentar tadi bangun lalu berjalan ke arah ku kemudian aku sepak ke belakang membuatkan dia mendorong ke belakang kembali.

"Tak guna!" Serta merta aku rasa pipi aku sakit dan menyebabkan aku mendorong ke arah singki.

"Arghhh!!!" Aku menjerit kesakitan. Sakit bila perut aku terkena singki tandas tersebut.

"Goodnight princess" bisik seorang lelaki dan dalam beberapa minit aku rasa berpinar dan mata aku dengan segeranya rasa layu lalu aku rasa gelap dunia aku...

Tuan Afiq Where stories live. Discover now