bab 5

115 8 0
                                    

Aku hanya duduk di dalam bilik dan tidak keluar sejak daripada aku masuk ke bilik disebabkan tadi... Bruhh...

TOK TOK

Aku mendengar bunyi ketukan dari luar tapi aku hanya membuat seolah-olah aku tidak mendengarnya...

"Cik Farhana keluar la makan, Cik Som dah masak dekat bawah" panggil Cik Som dengan penuh harapan. Peduli apa aku... Dah la duduk dekat rumah tah siapa lepastu buat berita palsu. Aku hanya pekakkan telinga ku sahaja.

Setelah beberapa minit aku tidak mendengar lagi suara untuk menyuruhku keluar. Hehehe aman sikit hidup aku, sekarang aku cuma fikir macam mana nak keluar dari sini tanpa pengetahuan orang dalam rumah ni. Hmmm...

TOK TOK

ARGHHHH ketukan lagi!!!! Aku fikirkan dah aman...

"FARHANA IANIRA KAU KELUAR SEKARANG SEBELUM AKU PECAH PINTU NI!!!!" aku sedang mengecam suara itu. Nak kata Farhan bukan suara dia soft nak kata suara Syah, suara dia garau kasar ini tak lain tak bukan... Alamak... Aku menepuk dahiku Tuan besar dah mengamuk... Aku bangun daripada katil dan menuju ke arah pintu bilik.

"AKU KIRA SAMPAI TIGA NIRA KALAU KAU TAK KELUAR AKU PECAHKAN!!!!" Wait aku salah dengar ke yang dia panggil aku Nira? Aku rasa aku baru berapa hari kosongkan bendasing dalam telinga aku...

"SATU!!!"

"NAK APA!!!" aku nampak dia yang hendak mengambil posisi untuk pecahkan pintu bilik ini terus berubah ke bentuk "acah" dia menyampah aku...

"La dengar rupanya ingatkan dah pekak bila Cik Som panggil tadi. Ke... Kau memang gatal nak suruh aku panggil kau?" Dia bertanya dengan riak wajah yang tidak bersalah... Aku? Gatal? Aku gatal? Hehehe tunggu nasib kau Tuan... Satu... Dua... Tiga

AIHYAAA

Aku memijak kakinya yang betul-betul berada dekat dengan kakiku hehehe ini Farhana la.

"ADUHHH SAKIT BANG*AT"

"Balasan sebab panggil aku gatal" kataku lalu menggosok tapak kakiku dan berjalan ke arah dapur. Aku sampai sahaja di meja makan aku nampak semua mata melihat aku. Kenapa? Dia orang tengok macam aku tengah bogel je seram aku... Aku naikkan keningku tanda aku sedang menanya mereka.

Aku melihat Tuan sedang turun dari tangga. Aku melihat matanya tidak lepas dari pandang ke arahku... Hehehe tu mesti tak puas hati sebab tadi.

Aku mengambil tempat disebelah Farhan dan dia duduk jauh sedikit dari kami. Maklumlah meja makan ada 6 kerusi tapi yang makan sekarang cuma 4 orang sahaja... Bruhh buat apa dengan banyak-banyak kerusi aku pun tak faham.

Farhan disebelahku seperti ingin menanyakan ku sesuatu tetapi seperti ada yang menghalangnya untuk teruskan percakapannya.

"Dah habis marah ke kau?" Soalan pertama yang keluar dari mulut dia. Hahaha ingatkan dah tak nak tanya.

"Dah Tuan kau suruh aku keluar kalau tak dia pecahkan pintu tu" kataku lalu memuncungkan bibirku yang seksi ini HAHAHAHAHA

"Tuan sakit tak kaki kau?" Soalan yang keluar dari mulut Syah. Aku memandang Farhan, Farhan memandangku maka...

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHA" tercetuslah gelak kami bertiga.

"Gelak la korang gelak selagi boleh nanti kalau dah lepak underground dah tak mampu nak gelak dah. Silakan sambung gelak HAHA" sindir Tuan membuatkan kami bertiga diam tapi dalam masa yang sama kami masih menahan gelak.

Entahlah aku rasa aku selesa dengan dia orang walaupun baru fisrt time aku jumpa.

"Ala Tuan kita orang gurau sikit je tu pun tak boleh" kata Farhan sambil menguis makanan di dalam pinggannya. Seperti perempuan yang sedang memujuk lelaki belikan something. Geli pula aku tengok erk...

"Makan!" Kata Tuan lalu meneruskan makananya. Kami bertiga hanya mampu berdiam diri sahaja. Kalau lebih-lebih karang dia hantar kami betul-betul kat underground. Ngeri...

Tuan Afiq Where stories live. Discover now