bab 9

96 6 0
                                    

Bosannya duduk rumah bila tak ada Farhan. Kalau ada dia, dia la yang selalu buat aku gelak.

"ARGHHHH!!!!"

"Woi gila ke?!!" Kata Syah yang tiba-tiba muncul.

"Bosanlah. Farhan balik bila?" Tanyaku.

"Dia baru pergi kau dah tanya dia? Aik ada apa-apa ke?" Tanya Syah dengan syak was sangka dia.

"Mana ada cuma kalau dia ada aku selalu gelak, bila dia tak ada tu yang aku bosan tu" kata ku lalu membuat bibir muncung ku.

"Oh" katanya lalu meninggalkan ku seorang diri di ruang tamu. Wait itu je dia punya respons? Uhhh sakitnya hati!!!! Aku melihat dia hendak keluar.

"Eh Syah nak pergi mana?" Tanyaku lalu bergerak ke arahnya.

"Nak pergi office la kau pikir aku nak pergi mana?" Jawab Syah.

"Tak mana tahu nak jumpa awek ke" nyakat aku. Hehehe maafla Farhana memang suka menyakat.

"Tak ada masa la nak ada awek" jawab Syah yang sedang memakai kasut itu.

"Kalau macam tu aku nak ikut kau pergi office boleh?" Tanyaku. Dia menoleh ke arahku.

"Ahhh kalau kau rasa takut aku bosan, aku boleh tolong kau buat apa-apa sahaja" kataku lagi.

"Mana kau tahu aku nak cakap macam tu?" Tanya dia pelik.

"Aku selalu tengok dekat drama bila orang nak ikut dia pergi office mesti dia akan cakap 'nanti kau bosan' jadi sebab tulah aku tahu apa yang kau nak cakap" kataku dengan bangga.

"Bolehlah" kataku dengan separuh merayu. Dia memandang aku dengan penuh tajam.

"Jawapan dia is no" jawab dia lalu berjalan ke arah kereta. Aku mengejarnya.

"Ala Syah boleh la aku tak tahu nak buat apa dekat rumah ni" pujuk ku lagi. Aku harap la kali ni Syah makan pujuk rayu ku.

"Jawapan tetap sama" jawabnya dengan gelengan.

"Patut kau tak ada awek rupanya ni sebab ni la" kataku tidak puas hati.

"Apa kena mengena aku tak ada awek dengan kau?" Tanya dia penuh pelik.

"Ye la kau tak ada awek sebab kau tak boleh penuhi permintaan aku" kataku lagi.

"Kalau awek aku lain la... Eh dah la aku dah lewat ni" kata dia lalu masuk ke dalam keretanya.

"Bruhhh cakap tak reti nak penuh ke!" Bentak ku lalu tutup pintu dengan kuat.
______________________________________

"Cik Som tak sunyi ke sorang-sorang?" Tanya ku yang sedang duduk melihat Cik som tengah membuat makan malam.

"Sunyi la juga tapi dah terbiasa" balas Cik Som sambil tersenyum.

"Cik Som dah kerja berapa lama dah dengan Tuan?" Tanya aku dengan penuh teruja. Hehehe saja je nak sibuk hal orang.

"Sejak dia umur 18 lagi Cik Som dah kerja dengan dia sekarang umur dia 29 jadi dah 11 tahun la" jawab Cik Som yang baru kira-kira itu. Jadi umur Tuan dan aku beza setahun je la tuanya. Aku 28. Aku hanya mengangguk.

"Sikitnya Cik Som masak" kata ku sambil melihat lauk-pauk yang disediakan oleh Cik Som.

"Kita je makan, kalau Tuan dengan Farhan ada baru la Cik Som masak banyak" balas Cik Som.

"Kenapa macam tu pula?" Tanyaku. Ye la kejap lagi Syah balik mestilah dia nak makan.

"Encik Syah kalau Tuan dengan Farhan tak ada, dia takkan balik makan dekat sini, dia akan makan dekat rumah mak dia" balas Cik Som. Aku mengangguk lagi.

"Oh ye Cik Som Tuan tak ada family ke?" Tanya ku lagi.

"Eh la budak ni banyak tanya pula dah nak makan ambil pinggan" kata Cik Som yang sedang berlalu untuk masuk ke dalam biliknya.

"Eh Cik Som tak nak makan sekali ke?" Tanyaku pelik.

"Cik Som dah makan la tadi. Yang tadi tu Cik Som panaskan untuk Farhana je" jelas Cik Som.

"Lah baru nak makan sama-sama dengan Cik Som" cebik ku.

"Makan dengan aku la" ada satu suara yang tiba-tiba muncul. Aku melihat di muka pintu ternampak Syah yang sedang berjalan ke arah dapur.

"Eh Syah?"

"Engkau kenapa? Nampak aku macam nampak hantu" kata Syah yang mengambil pinggan lalu duduk di hadapanku.

"Bukan tapi Cik Som kata kau kalau Tuan dengan Farhan tak ada, kau balik rumah family kau tu yang aku terkejut bila kau balik sini" terangku.

"Oh" katanya sepatah.

"Eh la kau ni memang suka jawab sepatah-sepatah ke macam mana?" Marah ku bila aku penat bebel tapi jawapannya 'oh' ya allah sakitnya hati!!!!!

"Ha" jawabnya lagi. Uhhh sabar Farhana sabar kataku dalam hati. Ini kalau tak sabar ni mahu ada yang mati dekat sini karang.

"Aku balik sebab aku nak pastikan keselamatan kau" kata Syah dengan tiba-tiba. Aku memandangnya dengan wajah terpinga-pinga.

"Anak buah Tuan memang boleh harap tapi kalau sesuatu terjadi dalam rumah ni yang membuatkan anak buah Tuan tumpas, keselamatan kau pun dah tak terjamin" jelas Syah tanpa memandang aku. Aku hanya mengangguk tanda faham.

"Makan lepas tu naik atas bilik tidur jangan duduk lama-lama dekat bawah ni takut apa aku cakap akan jadi kenyataan" kata Syah yang sudah membasuh tangan dan berlalu meninggalkan aku seorang diri di bawah. Aku menelan air liur. Menakutkan. Aku terus makan tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now