bab 8

100 5 0
                                    

Setelah keluar sahaja dari tempat itu, mereka membawa aku balik ke rumah. Sampai sahaja dirumah aku terus duduk dihadapan kolam mencari ketenangan. Aku masih keliru betul ke Tuan tu sama dengan budak lelaki yang 19 tahun lalu ataupun itu hanya bayangan aku sahaja.

Flashback

"Hana ni anak kawan papa nama dia Tuan, Tuan ni anak uncle nama dia Farhana" papa memperkenalkan dia kepadaku. Aku melambaikan tangan lalu aku melihat dia teragak-agak mahu melambaikan balik.

Dia senyum lalu melambaikan tangannya. Aku tergelak lalu aku mengheret tangannya untuk bermain bersama.
______________________________________

Di taman kami bermain pasir dan membina istana yang besar.

"Hana apa nama penuh Hana?" Tanya dia yang sedang melihatku. Aku memandangnya lalu tersenyum.

"Farhana Ianira" jawabku sepatah.

"Ramai orang panggil Hana, Farhana jadi Tuan nak panggil Hana, Nira la nama yang tak ada orang panggil" balasnya lalu tersenyum. Aku tersenyum riang.

"Jadi apa nama penuh Tuan?" Tanyaku pula.

"Tuan Afiq" jawabnya

"Okay kalau macam tu Nira panggil Tuan, Afiq nama yang tak ada orang panggil" kataku sambil tersenyum. Dia gelak.

"Okay tapi janji tak ada siapa-siapa pun boleh panggil nama yang kita panggil sekarang, kalau ada tak nak kawan Nira" katanya lalu mengenggam pasir yang berada di tangannya.

End flashback
______________________________________

"Hahaha mana la kau sekarang ni Afiq" tanpa sedar aku merindui budak lelaki yang selalu bermain bersamaku pada waktu kecil.

"Aih mengeluh apa tu?" Tanya Farhan yang tiba-tiba berada di belakangku.

"Ush terkejut" kataku sambil mengurut dada ku.

"Hahaha maaf but the way tadi terdengar nama Afiq? Siapa pakwe ke?" Tanya Farhan sambil tersenyum.

"Jauh bebenor kau pikir. Selama aku hidup, tak pernah ada pakwe okay. Siapa la yang nak perempuan macam lelaki ni" jawabku lalu tergelak kecil.

"Okay kalau tak ada pakwe asal kau duduk sini macam tengah broken? Tanya Farhan hairan.

"Tak bukan aku cuma tengah keliru. Kau ingat tak waktu si lelaki tu panggil aku Nira, Tuan marah gila dekat lelaki tu"

"And then?"

"Bila Tuan cakap yang nama Nira ni dia sorang je boleh panggil, aku teringat dekat sorang budak lelaki waktu aku kecil. Budak tu tak kasi orang lain panggil aku Nira, dia sorang je boleh panggil nama tu. Bila ada orang panggil nama tu dia marah gila" kataku sambil teringat muka budak tu.

"Dua serupa kot. Kau ingat tak nama budak tu?" Tanya Farhan.

"Ingat! Nama budak tu Tu..."

"Ehem" belum sempat aku menyebut nama budak tu, terdengar ada yang berdehem dari belakang kami. Aku nampak Farhan tersenyum lalu berdiri dan memberi ruang kepada Tuan.

"Buat apa kat sini?" Tanya Tuan. Aku memandangnya tanda seperti itu bukan Tuan yang aku kenal sebelum ni. Tuan ni berbeza dengan Tuan yang beku itu.

"Ambik angin" jawabku sepatah.

"Nira..."

"Stop nama tu orang lain tak boleh panggil, hanya sorang je boleh panggil" kataku sambil memandangnya. Aku melihat dia mengangguk.

"Tadi aku tak sengaja dengar perbualan kau dengan Farhan" katanya setelah lama berdiam. Aku melihatnya lalu memandang ke arah air kolam kembali.

"Kau rindu budak lelaki tu ke?" Tanya dia lagi. Aku angguk sahaja.

"Kau nak aku cari budak tu?" Tanya dia lagi. Aku memandangnya dengan wajah bersinar.

"Serius la kau boleh cari budak lelaki tu?" Tanyaku dengan senyuman lebar.

"Yup kalau kau nak aku boleh carikan" katanya lalu memandang aku.

"Nak!!! Aku memang tengah cari dia weh, tapi dengan keadaan yang membahaya ni aku kena tergendalakan la misi aku" jawab ku separuh mengeluh.

"Tak apa aku, Farhan, Syah akan tolong" katanya lalu bangun.

"Masuklah dalam dah nak maghrib ni" katanya lalu aku bangun dan terus masuk ke dalam rumah.

Aku melihat Cik Som tengah mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Aku mendekatinya.

"Cik Som nak masak apa?" Tanyaku.

"Cik Som ingat nak masak tomyam dengan kailan sayur" jawab Cik Som sambil mengambil papan memotong.

"Cik Som apa kata Cik Som duduk saya yang masak" cadanganku. Sebenarnya aku tak boleh duduk diam jadi daripada aku duduk dalam bilik, lebih baik aku masak.

"Tapi nanti Tuan marah macam mana?" Tanya dia risau. Hehehe ini Farhana la.

"Ala saya ada kan, nanti pandai-pandai la saya bagi jawapan. Cik Som duduk je dekat kerusi tu" kataku lalu meneruskan untuk menyiapkan makan malam.
______________________________________

"Wahhh banyaknya makanan, Cik som selalunya masak dua lauk je ni kenapa tiba-tiba ada tomyam, kailan sayur, paprik, udang tepung? Wah dah macam makan dekat kedai makan ni" kata Farhan yang sudah duduk di atas kerusi.

Aku menceduk nasi dan memberikan kepada mereka bertiga.

"Tu la tu lain macam Cik Som hari ni" kata Syah pula.

"Cik Som siapa masak sebenarnya?" Tanya Tuan. Mungkin dia tak puas hati kot.

"Aku" jawab aku ringkas. Aku melihat mereka bertiga memandang aku dengan terkejut. Masing-masing cepat-cepat mengambil lauk lalu membaca doa dan terus masukkan makanan ke dalam mulut dia orang.

"Wah sedap gila kau masak ni" kata Farhan sambil menikmati.

"Ye do boleh bukak kedai ni" kata Syah pula. Aku tersenyum lalu melihat Tuan yang senyap. Makanan aku tak kena tekak dia ke? Aku meneruskan makan.

Tengah sedap makan tiba-tiba aku melihat satu pinggan lalu aku melihat gerangan yang memberi pinggan kepadaku. Aku tergamam dan begitu juga Farhan, Syah dan Cik Som.

"Nak... Nak nasi lagi" kata dia lalu menunjuk periuk nasi yang berada disebelahku. Aku mengangguk lalu menceduk kan nasi kedalam pinggan dia.

"Terima kasih" katanya kepada aku lalu dia cepat-cepat mengambil lauk.
______________________________________

"Uhhh kenyangnya" kata Farhan dan Syah serentak.

"Itu la tu sampai ada orang tu tambah 4 kali la" perli Farhan. Syah dan aku tergelak kecil takut nanti kecil hati orang tu.

"Han kau dah sediakan apa-apa yang patut untuk esok?" Tanya Tuan tiba-tiba.

"Semua sudah siap. Kau cuma perlu flight sahaja" balas Farhan.

"Korang nak pergi mana?" Tanyaku.

"Oh Tuan dengan aku nak pergi Russian, jadi kau duduk rumah dengan Syah dan Cik Som" balas Farhan sambil menonton televisyen. Aku hanya mengangguk lalu meminta diri untuk naik ke dalam bilik.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now