bab 37

60 6 0
                                    

Beberapa jam selepas sahaja kami sampai dan menyiapkan sedikit pada majlis Afiqah, satu persatu tetamu datang untuk memeriahkan lagi majlis. Aku? Awal-awal lagi mummy dah suruh aku duduk dan jangan buat apa-apa kerja langsung.

Yang boleh untuk aku bangun hanya pergi ke tandas sahaja. Tapi tak apa best tau sebab duduk sahaja, makanan sampai depan mata.

Siapa lagi yang bagi aku makan kalau bukan suami aku dan yang paling penting aku dapat...

"Manggaaaaaa!!!!!" Aku mendepakan tangan ku untuk mengambil mangga daripada Syah. Ya Afiq yang suruh Syah cari mangga sampai jumpa, kalau tak jumpa dia tembak kepala Syah. Hehehehe ni mesti sebab tak nak aku merajuk lama sangat dengan dia.

"Makan perlahan-lahan sweety pie nanti tercekek" katanya sambil menggeleng kepala melihat aku seperti tak pernah makan.

"Huk huk"

"Ya allah sweety pie kan aku dah kata makan elok-elok isy kan dah tercekek" katanya dengan gelabah lalu dia mengambil air mineral dan beri pada aku.

"Prank!!!!!" Kataku dengan wajah seronok. Hehehe saja je nak usik Afiq HUAHAHAHA nak tengok muka dia bila dia gelabah, nampak comel!

"Isy babap kang, pandai nak prank orang eh" marahnya dengan manja kemudian aku tersengih.

"Afiq mana Farhan? Tak datang pun" tanya mummy yang daripada tadi asyik risaukan Farhan.

"Dia kata dia datang lepas je kita orang pergi. Isy ni mesti tidur dekat rumah ni" kata Afiq kemudian berdiri dan berjalan ke arah Syah yang tidak jauh dari kami.

Kini tinggal aku sorang-sorang di meja makan sambil tak berhenti mengunyah mangga. Pandai Syah cari mangga... Manis pula tu!

"Heyyo Farhana" sapa seseorang yang cukup aku kenal siapa tanpa aku menoleh ke belakang.

"Farhan!" Ya orang tu la yang membuatkan mummy risau sebab tak nampak orang ni. Aku mengangkat buah mangga yang belum dipotong lalu mengetuk kepalanya

"Aduhhh sakitlah!!!!" Jeritnya sedikit kuat.

"Rasakan! Pahal datang lambat? Buat mummy risau je" marah ku padanya.

"Sesak jalan" katanya dengan ringkas kemudian mengambil mangga yang berada di hadapan ku.

"Ya allah sedaplah Hana mana Tuan beli?" Tanya dia dengan muka teruja. 

"Afiq suruh Syah belikan, jadi maksudnya Syah beli bukan Afiq" kata ku kemudian mengalihkan jauh sedikit daripada Farhan malah dia masih mengambilnya. Uhhhh Farhan kan tak boleh buat apa la...

Sedang sedap mengunyah mangga dengan Farhan tiba-tiba kompang didendangkan di luar dewan. Itu maksudnya pengantin perempuan dan lelaki nak masuk ke dalam dewan.

Masuk sahaja anak buah Tuan, pemain kompang pun masuk lalu serta merta nampak la pasangan mempelai itu. Cantik dan secocok bila sekali pandang.

"Farhan tengok tu Han cantik gila Afiqah hari ni" aku menepuk Farhan namun apakan daya dia melihat telefon bimbitnya.

Orang lagi nak tengok hari bersejarah dalam hidup adik dia tapi dia lagi tak nak. Abang angkat jenis apakah ini? Oh mungkin dia tak nak nangis. Cehhh tak nak tunjuk dekat orang la tu yang dia nangis. Comel sungguh perangai!

Jadi maknanya waktu yang lepas Afiqah beri kad kahwin tu dia nangis sebab gembira la sebab adik dia nak kahwin wahhh tak pasal-pasal Syah jadi mangsa.

Secara jujurnya aku cemburu dengan Afiqah... Majlis dia besar-besaran cantik lagi. Aku... Hanya menikah sahaja tapi aku sedar, aku tak ada ahli keluarga yang lain malah kawan pun tak ramai. Sekarang ni anak buah Afiq, Syah, Farhan serta Afiq dorang la keluarga aku... Aku sayang mereka sangat-sangat.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now