bab 28

65 5 0
                                    

"Assalamualaikum" aku tiba-tiba terdengar orang memberi salam. Siapa agaknya? Dengan perasaan musykil aku pergi jua ke arah pintu.

"Waalaikumussalam" alangkah terkejutnya aku apabila lihat suami aku berada di luar. Suami? Layakkah dia dipanggil suami? Pengkhianat, penipu layakkah dia?

"Engkau nak apa datang sini?" Tanya ku dengan nada marah. Aku lihat muka dia berubah seratus peratus tapi aku perasan sesuatu... Dia... Tak terurus seperti biasa.

"Nira please open a gate. I need talk with you Nira" pintanya. Aku terbelah bahagi sama ada mahu buka atau tidak. Berdosakah aku buat dia macam ni?

"Balik la Afiq, aku tak nak tengok muka penipu, pengkhianat" kata ku lalu terus menutup pintu.

Di luar aku masih mendengar dia seperti merayu padaku supaya aku membuka pintu gate itu tapi aku rasa sakit hati untuk melihat muka dia.
______________________________________

Malam pun menjelma, setelah aku rasa yang Afiq tiada di hadapan rumah, aku terus membuka pintu rumah aku bukan gate yang besar tu eh tapi pintu.

Selesai sahaja membuka pintu aku ternampak satu tubuh yang sedang baring di hadapan gate rumah aku. Aku cepat-cepat keluar daripada rumah tersebut tetapi aku terhenti setengah jalan.

Macam mana kalau orang tu, orang jahat yang pura-pura tidur depan rumah lepas aku dah buka gate dia culik aku. Eh tak nak! Dengan keadaan aku tengah mengandung sekarang ni. Tapi... Kesian pula tengok orang tu dekat situ terbaring. Dia tak ada rumah ke?

Aku memberanikan diri dan terus pergi kearah gate itu. Terkejutnya aku apabila...

"Afiq?!" Aku melihat dia tidur betul-betul dihadapan gate aku dan menggalaskan tangannya sebagai bantal. Alahai kesiannya. Aku masuk kembali ke dalam rumah kemudian mengambil bantal, selimut untuk dirinya.

Kemudian aku mengambil kunci dan membuka gate tersebut lalu membentangkan selimut di atas badannya dan aku ketepikan tangannya dan gantikan dengan bantal. Aku melihat muka polosnya. Nampak sungguh dia penat. Kalau penat kenapa tidur dekat sini?

Aku mengeluh kemudian aku terus masuk ke dalam rumah kembali. Aku duduk di sofa lalu membuka televisyen dan menukar siaran untuk mencari cerita yang menarik. Mungkin mata aku pada screen tv tapi otak aku melayang jauh dari realiti.

Aku masih memikirkan Afiq yang berada di luar. Macam mana kalau dia tiba-tiba kena serang dengan anjing? Tak pun macam mana kalau dia kesejukan lepas tu demam? Ya allah...

Aku bangun kemudian melihat di luar, Afiq masih disitu dengan keadaan yang sama. Tidak beralih. Aku mengambil kunci, buka pintu rumah lalu aku membuka gate yang menghalang Afiq untuk masuk.

"Fiq..." Aku mengejut Afiq yang sedang lena tidur itu. Berapa hari dia tak tidur ni?

"Fiq..." Aku cuba mengejutnya lagi tapi nasih sama tiada reaspon darinya.

"TUAN AFIQ BANGUN!" Aku kejutnya secara kasar kemudian dia bangun dengan keadaan tergopoh-gapah.

"Bangun la sejuk dekat luar ni" kata ku tanpa memandang dia.

"Aku ada selimut yang kau bagi ni aku dah okay dah" katanya sambil tersenyum. Macam mana dia tahu selimut tu aku yang bagi? Eh la bodohnya aku memang sah-sah la aku yang bagi, dia tidur depan rumah siapa? Aku kan?

"Bangun tidur dekat dalam" kata ku kemudian aku bangun dan berjalan ke arah rumah.

"Tak apa aku tidur dekat luar ni pun tak apa asalkan dekat dengan kau" katanya dengan nada suara yang aku tak boleh tafsir. Allahu... Luluh hati aku bila mendengar dia berkata begitu. Kejamkah diriku ini buat dia macam tu?

"Aku kira sampai tiga, engkau tak bangun dari situ aku tutup gate tu biar engkau tidur dekat luar. Kau kena serang dengan anjing pun aku tak kisah" aku dah membuka selipar ku kemudian aku dengar pintu gate itu tertutup maknanya dia sudah masuk dalam kawasan rumah aku.

"Teri..."

PANG

Dengan pantasnya aku menampar mukanya.

"Balasan orang yang menipu, mengkhianat aku" kataku kemudian aku terus meninggalkan dia disitu. Baru puas hati aku. 

Beberapa minit kemudian aku turun ke bawah dengan membawa baju. Baju untuk Afiq menukar baju. Baju yang dia pakai sekarang ni baju yang dimana dia datang rumah aku, merayu suruh aku buka pintu. Baju kerja dia agaknya.

"Nah" aku berikan baju itu betul-betul dihadapan mukanya. Waktu itu dia sedang menonton televisyen. Dia memandang aku kemudian dengan teragak-agak dia mengambil juga baju itu.

"Pergi mandi, tukar baju tak payah nampak macam miskin sangat tak tukar baju. Kalau rasa nak mengemis sangat jangan sampai tidur depan rumah orang. Orang ingat engkau ni pencuri. Kalau nak mengemis, mengemis dekat surau ke masjid ke insyaallah ramai orang akan kes..."

Dengan secara tiba-tiba mulut aku terasa hangat. Aku meraba mulutku.

"Terima kasih" katanya sambil tersenyum.

KRIUK KRIUK

Aku terkejut bila terdengar bunyi daripada perut Afiq itu. Mak aihhh dah boleh buat band dah bunyi perut dia tu.

"Mandi lepas tu makan" aku terus berlalu ke arah dapur untuk menyiapkan makanan untuk dia.
______________________________________

Selesai sahaja dia mandi, dia terus duduk di meja makan. Aku menceduk makanan untuk dia dan guess what? Dia makan macam dah 10 hari tak makan. Baru dua hari aku tinggalkan dia kalau selamanya? Mahu dia mati kelaparan ni.

"Engkau dah dua hari tak makan ke?" Tanya ku walaupun aku dah boleh agak cuma nak kepastian sahaja tetapi apabila dia mengangguk kepastian aku itu menjadi sahih. Aku menggelengkan kepala sahaja.

"Lepas ni makan. Buatnya aku tinggalkan kau selamanya siapa nak jaga kau?" Kata ku. Hek walaupun marah tapi ayat aku masih terselit kerisauan okay!

"Engkau nak tinggalkan aku selamanya ke?" Tanya dia yang sedang memandang aku. Isy dia buat aku jadi sebersalah pula.

"Bukanlah aku cuma kata je" kemudian dengan tiba-tibanya dia memeluk aku.

"Please jangan tinggalkan aku lagi. Aku tak sanggup nak berjauhan dari kau Nira. Aku minta maaf atas segala perbuatan aku pada kau. Aku tahu aku salah sebab niat aku pada mulanya tapi sekarang tak Nira, niat aku memang baik sekarang Nira. Niat aku nak jaga kau, nak jaga anak kita"

Aihhh manja betul dia ni. Aku mengusap kepalanya dengan perlahan. Biarlah dia begitu. Hati aku pun dah mula baik semula.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now