bab 21

83 3 0
                                    

"Orang tu bakal jadi ibu... Woooo..." Kata Farhan sambil senyum nakal.

"Wooo... Nanti Farhan jadi pakcik... Woooo...." Balas ku. Aku lihat dia muncungkan mulutnya.

"Apa pakcik pula, don't ever, ever call me pakcik. Panggil abang Farhan or panggil brother Farhan. Baru glamor gitu" katanya dengan gaya-gaya pondannya. Aku tergelak besar lihat perangainya begitu.

"Kalau dah pakcik, pakcik juga" sampuk Syah yang baru sahaja keluar dari bilik kerja suami aku.

Oh ye bilik dalam rumah ni ada 7 satu bilik tidur aku dengan suami aku, satu bilik Cik Som dekat dengan dapur, satu bilik kerjanya lagi empat itu jangan tanya buat apa. Itu mungkin tempat hantu membiak. Rumah besar-besar tapi yang duduk dua orang je. Anak-anak buah dia pula disediakan rumah lain. Aihhh kaya betul!

"Eleh jeles la tu. Kau nak juga ke nama glamor? Boleh je aku tolongkan. Syah..."

"Tak payah. Buang masa" katanya yang baru lepas ambil makanan daripada peti sejuk. Farhan menjeling Syah.

"Farhan" aku, Syah dan Farhan memandang suara yang memanggil Farhan itu.

"Siap sedia malam ni aku hantar kau pergi Rusia" kata Afiq sambil memberi fail tebal kepada Farhan.

"Again?" Afiq hanya mengangguk sahaja.

"Kenapa tak suruh Syah? Asyik aku je. Aku nak juga main dengan anak kau"

"Anak aku dalam perut"

"Benda boleh sentuh perut Hana"

"Engkau nak kena senapang jepun aku ke?" Kata Afiq sambil menjongketkan keningnya. Farhan mengeluh lalu mengalihkan pandangan kepada aku.

"Fiq, suruh la Syah sian Farhan aku tengok asyik dia je kena pergi sana sini. Bagi la dia rehat pula" pujuk ku. Kesian pula tengok muka Farhan macam anak hilang patung kesayangan.

"Tak apa la, aku pergi" kata Syah lalu mengambil fail tebal itu ditangan Farhan. Farhan tersenyum lebar lalu mencium Syah.

"Muah, muah, muah sayang kau Syah. Engkau la sahabat sejati ku... Yang aku sayang..." Kata Farhan dengan nada nyanyi sambil mencium Syah tidak henti-henti.

"Eeeee Farhan stop it!" Syah menolak kepala Farhan untuk menyuruh berhenti perlakuan tersebut. Aku dan Afiq tergelak besar melihat mereka begitu.

Telefon bimbit Afiq tiba-tiba menyala. Dia membuka telefonnya kemudian dia melihat gerangan yang menghantar mesej kepadanya.

Unknow

(Gambar)

Seronok betul ya.
Tak apa, pada hari yang
sesuai aku akan pastikan
apa yang kau rasa ini hanya
dalam kenangan engkau

Afiq melihat ke arah luar dengan wajah pelik.

"Kenapa ni?" Tanya ku yang sedang memerhatikan dirinya. Seperti mencari sesuatu.

"Nira hari tu kau bagitahu dekat Farhan dengan Syah anak buah aku, kau macam kenal kan?" Aku hanya mengangguk. Farhan dan Syah memandang kami dengan pandangan yang serius.

"Tunjukkan aku orang tu" aku melihat Afiq dengan wajah seriusnya. Aku dengan takut-takut melangkah keluar. Sampai sahaja depan orang tersebut. Farhan, Syah dan Afiq memandang aku.

"Ni la orangnya"

"Oh ni orang yang Farhan cium hari tu" kata Syah dengan muka tiada perasaan. Kepala Syah diketuk.

"Itu bukan aku yang cium bab*, itu engkau yang buatkan aku cium dia!!" Marah Farhan.

"Oh" jawab Syah sepatah.

"Hm benci aku macam ni" aku tergelak.

"Nira..." Aku memandang suami aku itu. Kemudian dia tarik aku masuk ke dalam rumah. Kemudian dia menyuruh aku duduk di kerusi di dapur.

"Cuba kau ingat, dekat mana engkau nampak dia?" Tanya Afiq dengan lembut. Aku memandang mata sepet Afiq kemudian aku berfikir.

"Aku tak ingat, sumpah" kata ku jujur.

"Just think Farhana Ianira" tegasnya. Aku terkejut kemudian aku fikirkan balik. Beberapa minit kemudian aku baru teringat.

"Ah..." Mereka bertiga melihat aku dengan serentak.

"Aku nampak dia dekat hospital yang waktu kau tembak sorang laki tu. Waktu tu dia ada dekat belakang kau. Aku ingat itu member kau lepas tu waktu balik aku bukan nampak dia tapi nampak Syah" terang ku satu persatu. Aku lihat mereka melihat sesama sendiri.

"Kau fikir tak apa aku fikir?" Tanya Farhan pada mereka berdua. Mereka berdua hanya diam sahaja.

"Han..." Farhan memandang Afiq kemudian mereka bertiga terus keluar pergi ke arah belakang.

Kemudian mereka menuju ke arah lelaki tersebut. Afiq, Syah dan Farhan memandang sesama sendiri kemudian secara tiba-tiba Farhan menumbuk perut lelaki itu. Kemudian Syah mengangkat lelaki itu.

"Engkau tunggu dekat sini, jangan pergi mana-mana" kata Afiq kemudian mencium dahi aku lalu dia hilangkan diri masuk ke dalam lift.

Selepas sahaja Afiq hilangkan diri bersama dengan lelaki itu, aku terus berjalan menuju ke belakang rumah.

"Akak" aku menoleh melihat gerangan tersebut.

"Kenapa bos angkut budak tu?" Tanya dia dengan wajah pelik. Aku hanya mengangkat bahu sahaja.

"Oh ya apa nama kau? Hari tu aku lupa nak tanya nama kau" tanya ku sambil membuat muka annoying aku.

"Nama saya Anas kak" katanya dengan lemah lembut. Baik budak ni. Kalau aku ada anak dara sebaya dengan dia memang aku jodohkan dia dengan anak aku hehehehe.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now