bab 6

104 5 0
                                    

Waktu malam sudah tiba. Sementara aku tengah fikir cara untuk keluar dari sini, aku menunggu lampu di ruang tamu tutup.

Tik tok tik tok bunyi jam di dalam bilik aku. Lagi berapa minit nak pukul 1 pagi tapi lampu tak tutup lagi.

"ARGHHH STRESS LA MACAM NI!!!" jerit ku tiba-tiba. Aku duduk menghampiri pintu bilikku dan membuka pintu bilik itu sedikit untuk melihat ke bawah. Aku melihat anak  buah Tuan pergi ke arah suiz lampu dan...

PAP...

aku melihat lampu di bahagian bawah tertutup.

"YES!" Hehehe ini la masanya. Aku memulakan langkah untuk mengikut perancangan yang telah aku rancang dengan elok. Aku pun menarik selimut yang elok tersarung di atas katil lalu aku mengikatnya di tiang katil.

Aku melihat dibawah takut-takut ada anak buah Tuan yang sedang meronda mahu kantoi aku tengah jalan. Okay cun tak ada sesiapa. Aku pun mula memanjat dinding dan turun mengikut selimut yang aku ikat tadi dengan perlahan.

Sampai dibawah rumah aku berjalan dengan penuh berhati-hati sehingga sampai ke dinding diantara dalam rumah dan diluar rumah. Aku merancang secepat mungkin sebelum seseorang jumpa aku disini. Aku mendapat idea terus aku memanjat dinding itu dengan kudrat yang aku ada.

Akhirnya berjaya juga aku untuk keluar dari rumah tersebut. Aku berlari sehinggalah aku ternampak sebuah teksi di bus stop. Aku terus menuju ke arah pakcik itu.

"Assalamualaikum pakcik" sapa ku dan pakcik itu menoleh ke arahku.

"Waalaikumussalam ye nak boleh pakcik bantu?" Tanya pakcik tu sambil memandangku dari atas hingga ke bawah.

"Pakcik boleh tak tolong saya hantar ke rumah saya?" Tanyaku... Aku tak kira aku tetap nak balik rumah aku juga.

"Rumah anak dekat mana?" Tanya pakcik tu lalu berdiri menghampiri ku. Aku ke belakang sedikit.

"Sekarang ni saya tak tahu saya dekat mana jadi kalau pakcik jalan nanti mungkin saya tahu dekat mana rumah saya" terangku sambil memandang pakcik itu dengan penuh harapan yang pakcik itu boleh bantu aku.

"Baiklah anak masuk la dalam teksi pakcik. Pakcik bawa anak pulang" kata pakcik itu lalu masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin keretanya. Aku membuka pintu belakang lalu duduk di tepi tingkap.

"Terima kasih pakcik" ucap ku. Aku melihat pakcik itu tersenyum ke arah cermin pandang belakang. Lalu dia mulakan perjalanan. Tanpa aku sedar aku terlelap di dalam teksi itu.

______________________________________

Aku tersentak bila teksi yang dipandu oleh pakcik itu seperti hilang kawalan sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Aku bangun dari tidur ku lalu memandang ke arah pakcik itu.

"Pakcik kenapa ni?" Tanya ku dengan nada risau.

"Ada orang tadi langgar kereta ni nak sekarang mereka berada di belakang kereta kita. Dia orang seperti mengikut kita" jelas pakcik itu. Aku melihat di belakang ternyata benar kata pakcik tu ada sebuah kereta Hilux sedang mengejar kami dari belakang dengan kelajuan yang sangat laju.

"Pakcik cepat sikit pakcik mereka dah hampir dengan kita" kata ku dengan mengelabah sekali.

"Ye nak pakcik dah cuba untuk cepat ni nak" kata pakcik itu sambil memandu dengan kelajuan tiada beza dengan kereta di belakang. Tanpa kami sedar kereta di belakang kami sudah dekat dan melanggar kereta dan kereta kami hilang kawalan buat kali kedua.

Pakcik itu tidak mampu mengawal kereta teksi itu lalu kerata itu berpusing hingga ke arah pokok-pokok...

"ARGHHHH!!!!" Jerit kami berdua. Aku tersentak bila pintu disebelahku dibuka dari luar.

"KELUAR!!!" Arah orang yang membuka pintu disebelahku. Aku tidak berdaya untuk bersuara... Akhirnya aku tidak sedarkan diri

Tuan Afiq Where stories live. Discover now