bab 20

89 7 0
                                    

Aku tersedar tiba-tiba aku rasa macam nak muntah maka cepat-cepat aku turun daripada katil dan terus menuju ke bilik air untuk mengeluarkan segalanya. Tiba-tiba ada satu tangan sedang menggosok belakang aku.

Aku menoleh ke belakang kemudian aku lihat suami aku yang sedang menggosok-gosok matanya. Alahai comel betul laki aku sorang ni. Eh ye la memang laki aku sorang pun tak akan pula dua kan?

"Kenapa ni pretty pie?" Tanya dia tanpa berhenti menggosok belakang ku. Aku menoleh terus memeluknya.

"Penat muntah" kata ku tanpa mengangkat muka memandang dia.

"Kau ada salah makan ke?" Aku hanya menggeleng kepala. Kalau nak kata aku salah makan, apa yang suami aku, farhan, syah makan aku pun makan tapi dia orang pun tak sakit perut, lagi-lagi suami aku elok je aku tengok, tak ada pun muntah-muntah.

"Kalau rasa nak muntah lagi, bagitahu aku terus biar aku bawa kau pergi klinik" katanya. Secara tiba-tiba dia mendukung aku sehingga ke katil lalu dia membaringkan aku dengan perlahan.
______________________________________

Aku muntahkan segalanya sekali lagi. Masuk ni, dah sepuluh kali aku keluar masuk tandas. PENAT!!!!

"Nira jom la pergi klinik, aku nak pergi kerja pun tak senang kalau kau macam ni. At least kalau kau pergi klinik, lepas tu aku boleh lega sikit" katanya dengan wajah bimbang. Tapi wajah bimbang dia tu comel!!! Kalau tiap kali aku sakit dia buat muka bimbang tu, aku nak sakit tiap hari la macam ni hehehehe

"Jom pergi klinik jom" ajaknya tak henti-henti. Aku hanya mengangguk sahaja.
______________________________________

"Tahniah!!! encik, puan bakal menjadi ibu dan ayah" kata doktor itu sambil tersenyum. Aku memandang Afiq untuk melihat reaksinya.

"Oh" kata Afiq sepatah. Wait dia cakap sepatah je? Dia tak suka ke aku mengandung? Sedikit terasa disitu kerana sikap dia.

Selepas ucapkan terima kasih kepada doktor tersebut aku dan Afiq keluar dari bilik itu. Selepas sahaja balik dari klinik aku ingin masuk ke dalam bilik tetapi terbatas kerana tiba-tiba aku terasa tengah terbang.

"Afiq turunkan aku!!!" Jeritku. Kemudian dia mencium pipi aku sangat lama.

"Terima kasih" katanya dan mencium aku sekali lagi.

"Kejap" aku tahan mukanya. Dia hanya memandang aku tetapi dengan wajah pelik.

"Tadi waktu doktor tu sah kan aku mengandung aku tengok muka kau tak gembira pun. Kenapa dah balik rumah kau gembira macam tak ada hari esok?" Tanya ku tanpa mengalihkan pandanganku. Suami aku hensem mestilah aku nak tengok. Korang tak ada suami kan? Padan muka HAHAHAHAHA.

"Tak kan aku nak gembira depan doktor tu? Kalau aku gembira depan doktor tu aku peluk doktor tu. Doktor tu pun aku tengok cantik juga tadi" katanya dengan muka tidak bersalah. Aku mencubit perutnya dengan kuat. Geram!!!

"Tak ada la hahaha aku nak sambut berdua dengan kau, tak nak la orang lain tengok. Tak suka" katanya sambil mencium aku yang berada di dalam dukungan dia. Aku hanya tersenyum. Hari ini hari paling gembira dan hari ini hari yang aku boleh kenangkan kerana suami aku sepanjang hari tu dia asyik tersenyum sahaja.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now