bab 44

73 6 0
                                    

Aku lihat dia sudah menutup mata, terkaku... Aku cuba menggoyangkan badannya tetapi tiada tindak balas.

"Nira..." Aku menepuk pipinya supaya ada tindak balas darinya tetapi hampa.

"Nira please jangan macam ni Nira... Farhan CEPAT SIKIT BOLEH TAK!!!"

"Sabar bro dah nak sampai dah ni" kata Farhan lalu aku merapatkan muka Nira di dada aku. Ya allah tolong aku ya allah...

Beberapa saat kereta diberhentikan lalu aku melihat sekitar... Hospital! Tanpa menunggu Farhan aku membawa Nira keluar dari kereta dan aku melihat beberapa jururawat sedang membawa katil ke arah kami.

Aku meletakkan Nira di atas katil lalu aku memandang muka seorang demi seorang jururawat itu.

"Please save her. I don't want lose her" ucap ku disempitkan dengan nada merayu. Sampai sahaja di wad kecemasan aku berdiri di hadapan pintu itu.

"Kau dah telefon Doktor Shira?" Tanya Syah yang berada di belakang aku.

Kemudian aku memandang mereka berdua menanti jawapan dari Farhan lalu aku melihat Farhan mengangguk membuatkan aku lega.

"Tuan..." Aku memandang doktor Shira yang baru muncul itu kemudian aku berlari ke arahnya.

"Please she is my wife and I don't want lose her Shira" rayu ku... Aku sanggup buang ego aku semata-mata ingin melihat Nira selamat.

"I'm try but i'm sorry if I can't" katanya dengan pandangan kesian.

"Buat je apa-apa Shira aku tak kisah janji Nira selamat... Kalau anak aku tak selamat tak apa janji Nira selamat" tanpa membuang masa Shira terus masuk ke dalam.

Farhan dan Syah mendekati aku lalu mereka menepuk bahu ku.

"Tuan..." Aku terus berpelukan dengan mereka. Aku inginkan kekuatan... Aku tak kuat lihat Nira begitu... Kenapa? Kenapa dia tolong aku? Allahu...

"Doa banyak-banyak supaya Farhana selamat. Doa juga yang dia tak ada apa-apa" kata Farhan membuatkan aku lemah... Aku takut andai terjadi sebaliknya...

"Aku yakin Farhana kuat hadapi semua ini Tuan... Sebab aku tengok dia bukan macam perempuan lain dia kuat dan tabah hadapi semuanya" sambung Farhan.

"Nah ni makanan, engkau tak makan dari lusa semalam lagi" aku melihat Syah yang menghulurkan makanan pada ku.

Ya sejak Farhan beritahu yang Nira hilang aku tidak makan sehinggalah sekarang... Tapi aku tak ada selera untuk masukkan sebarang benda dalam mulut aku. Aku nak menunggu sampai Nira betul-betul bangun. Aku nak makan bersama dengan dia...

Tetapi aku tetap mengambil makanan yang dibelikan oleh Syah lalu aku meletakkan di tepi ku.

"Makan la sikit Tuan nanti perut kau masuk angin" pujuk Farhan lalu aku menggelengkan kepala.

"Aku nak tunggu Nira"

Tuan Afiq Where stories live. Discover now