bab 16

98 5 0
                                    

Bangun pagi itu, aku buka mata dengan perlahan-lahan dan aku melihat mukanya yang sedang tidur. Tak sangka orang yang selama ini aku cari rupanya ada di depan mata ku sahaja, malah sekarang dia dah jadi milik ku.

Dan orang yang pernah aku suka akhirnya menjadi suami ku. Aku mengusap mukanya perlahan-lahan kemudian aku lihat tangan aku digenggam olehnya.

"Dah puas ke tengok muka aku?" Tanya dia dengan suara serak dia. WEHHHH kalau macam ni la hari-hari, makin bertambah sayang aku dekat dia WEHHHH!!!

Aku tersenyum lalu ciumnya dengan penuh kasih sayang.

"ARGHHHH!!!" Aku menjerit terkejut kerana dia tiba-tiba menarik aku. Sekarang aku menindih tubuhnya.

Aku melihat halkum dia bergerak. Kenapa ek aku terminat dengan halkum dia. Dengan secara tiba-tiba aku hendak memegang halkum miliknya tetapi dengan pantas dia menarik tanganku daripada memegang. Aku tersentak lalu memandang mukanya.

"Don't dare you" katanya dengan tegas. Aku memandang dia pelik. Kemudian aku nampak halkum bergerak lagi.

"Kenapa?" Tanya ku dengan muka pelik ku.

"Orang azan" katanya lalu meletakkan aku ketepi dan dia bangun menuju ke bilik air. Aku memandangnya tanpa berkelip.
______________________________________

Selesai sahaja solat subuh, aku turun ke bawah untuk menolong Cik Som. Nanti tak ada la orang kata jadi pengantin baru dah pemalas. Tak duka aku dengar.

"Cik Som ada apa-apa yang boleh Hana bantu?" Tanya ku tanpa memandang Cik Som kerana aku menarik kerusi.

"Hana tak payah la tolong apa-apa. Mesti Hana penat pasal semalam" jap suara tu bukan suara Cik Som. Aku melihat orang itu kemudian dia menoleh ke arah ku.

"Aunty!!!" Kata ku dengan teruja, lalu aku bangun mendekati orang itu dan memeluknya.

"Aip, dah jadi anak mummy pun nak panggil aunty lagi ke?" Katanya sambil mengusap belakang ku.

"Hehehe lupa la mummy maaf" kata ku sambil menggaru kepala ku yang tidak gatal.

"Ni mana Afiq?" Tanya mummy sambil melihat ke atas. 

"Afiq dia tengah siap nak pergi kerja" kata ku.

"Ya allah rindunya dekat mummy" luah ku lalu memeluknya lagi.

"Mummy lagi rindu Hana. Mula-mula bila Afiq kata nak kahwin mummy rasa macam kecewa tapi bila dia kata yang dia nak kahwin dengan Ianira dia mummy punya gembira hanya allah sahaja yang tahu. Hana tahu la mummy daripada korang kecil lagi mummy nak jodohkan korang berdua" luah mummy sambil memegang tangan ku. Aku tersenyum.

"Hello guys wah ada mom in law and daughter in law la kan sini" kata Farhan yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Banyak la. Ni mummy ada masak untuk orang dalam rumah ni. Kejap lagi mummy dah balik" kata mummy sambil menceduk nasi goreng dan beri kepada Farhan dan aku.

"Awal mummy nak balik" kata Afiq yang baru sahaja turun ke bawah. Aku mengambil pinggan lalu menceduk nasi goreng untuknya. Kemudian dia ucap terima kasih sebelum masukkan makanan itu ke dalam mulutnya.

"Buat apa mummy lama-lama dekat sini? Mummy ada rumah mummy sendiri" balas mummy sambil ketawa. Afiq hanya mengangguk sahaja.

Selesai sahaja mereka makan, mereka berdua terus bergerak pergi kerja. Aku menghantar Afiq sampai ke depan pintu.

"Ingat kejap lagi kalau mummy dah balik, kunci pintu, tutup tingkap. Kalau ada orang ketuk pintu atau bagi salam dekat luar tengok dekat bilik CCTV siapa orang tu. Aku gerak dulu" katanya. Aku menghulurkan tangan untuk salam dia kemudian dia mencium ubun-ubun kepala ku.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now