bab 23

83 4 0
                                    

"Malam ni siap-siap mummy ajak makan malam dekat sana. Sambil-sambil tu sambut baby sekali" kata Afiq yang baru keluar daripada balkoni selepas bercakap dengan mummy. Aku hanya mengangguk sahaja. 

Seperti yang dijanjikan malam ini kami datang ke rumah mummy untuk makan malam bersama.

"Assalamualaikum" ucap Afiq dengan nada dingin. Terasa dingin dia. Kenapa tiba-tiba? Tadi dekat rumah elok je.

"Waalaikumussalam wahhhh kak Hana" aku tercengang di depan pintu. Siapa pula ni?!!

"Erk... Hai" aku membalas sapaan itu dalam keadaan kekok.

"Jom la kak masuk" kata perempuan itu lalu mengheret aku masuk ke dalam bersamanya.

Sampai sahaja di dalam rumah, aku di dudukan di sofa panjang itu. Kemudian Afiq mengambil tempat di sebelah ku.

Nampak sahaja mummy aku terus bangun untuk salam dia. Begitu juga dengan Afiq. Aku terus dipeluk oleh mummy dengan erat.

"Nanti mummy dapat cucu. Ya allah bahagianya mummy dengar" kata mummy sambil cium pipi ku dan dahi ku.

"Mummy tak sabar nak dapat cucu. Mesti meriah rumah ni kan" kata mummy dengan muka gembiranya. Aku lihat muka Afiq tetapi dia dingin, beku... Kenapa?

"Hey sister in law how are you" tegur seorang lelaki tiba-tiba muncul itu. Aku lihat wajahnya sangat fimiliar.

"Tak ingat abang ke?" Aku mengerutkan dahi ku. Abang? Siapa? Aku tersenyum kemudian menggeleng kepala.

"Abang Afqih tak ingat? Dulu waktu Hana kecil-kecil abang dengan Afiq selalu datang rumah Hana main sama-sama" terangnya kemudian aku baru teringat lalu aku mengangguk kepala ku.

"Apahal dia ada dekat sini mummy? Ingatkan dah mampus" aku terkedu apabila Afiq cakap begitu. Dorang... Ada apa-apa masalah ke?

"Damn sampai hati kata aku macam tu. But the way ini rumah mummy bukan rumah engkau... Aku rasa engkau kena sedar diri" kata Afqih sambil menunjal dahi Afiq.

Afiq memandang Afqih seperti sedang menahan marah. Kemudian Afqih memandang aku.

"Abang dengar Hana mengandung. Really?" Aku hanya mengangguk sahaja.

"Wahhh nanti abang boleh la main dengan anak Hana"

"Aku haramkan kau sentuh anak aku bila dia dah keluar" kata Afiq dengan dingin sekali. Tiba-tiba rasa panas dekat sini. Dorang tengok sesama sendiri seperti sedang menahan dendam yang membara dalam jiwa.

"Erkk... Afqih, Afiq dah la tu jom makan. Mummy ajak daddy sekali" aku kalihkan pandangan aku memandang mummy yang seperti risau. Nampak gaya dorang bukan baru sahaja jadi begini. Mungkin sudah lama. Kita tak tahu.

Mummy bangun kemudian menolak Afqih jauh sedikit daripada Afiq. Selepas itu mummy memimpin tangan Afqih supaya menyuruh Afqih mengikutnya.

"Akak, akak okay?" Aku kalih pandangan pada perempuan itu pula. Perempuan yang menyambut kami semasa kami datang rumah ini. Lupa pula dia ada dekat sebelah aku. Ini semua gara-gara perang dingin dorang tadi.

"Itu adik bongsu aku. Nama dia Afiqah. Umur dia baya engkau" kata Afiq sambil memandang Afiqah. Aku mengerutkan dahi.

"Ke..."

"Kenapa engkau tak tahu aku ada adik? Sebab waktu aku kecil-kecil Fiqah tak ada dekat sini. Dia duduk Rusia dengan atuk aku" terang Afiq sambil menyuruh adiknya itu duduk disampingnya. Nampak gaya dorang seperti rapat.

"Bila balik" tanya Afiq kepada Afiqah yang sedang melentokkan kepalanya ke bahu Afiq. Kenapa aku rasa cemburu tiba-tiba? Uhhhh Hana ingat itu adik dia!

"Dah lama. Nak pergi rumah angah, Iqa tak tahu" balasnya dengan nada manja. Kenapa Afiq tak geli bila Afiqah manja dengan dia? Tapi kenapa Afiq geli bila aku manja dengan dia? Eh apa ni mana aci!

"La boleh minta tolong Farhan kan. Engkau tak kan tak ada nombor dia" kata Afiq membuatkan Afiqah bangun kemudian dia bermain jarinya. Dah kenapa pula perempuan ni?

"Bukan tak ada tapi takut kacau dia" kata Afiqah sambil memuncung.

"Afiq, Afiqah, Farhana jom makan bersama" aku memandang mummy yang sedang menuruni tangga bersama Afqih dan daddy.

Aku bangun kemudian salam dengan daddy kemudian daddy mengusap kepala ku.

"Dah besar dah Hana. Dulu kecil lagi sekarang dah nak jadi ibu dah" kata daddy membuatkan aku teringat dekat mama dengan papa aku. Secara tiba-tiba air mata aku jatuh dihadapan mereka.

"Eh, eh kenapa nangis ni?" Tanya mummy dengan nada risau.

"Nira..." Afiq mengusap belakang aku kemudian dia merapatkan aku ke dadanya.

"Maaf, aku teringat dekat mama dengan papa aku" kata aku yang berada di dadanya.

"Dah tak malu ke orang tengok?" Pujuk Afiq dengan lembut sekali. Aku mengangkat muka ku kemudian aku lap air mata ku. Aku lihat mummy dan daddy yang sedang memandang aku sambil tersenyum. Malu wooo...

Afiq menarik tangan aku untuk mengikut jejaknya. Aku hanya menurut. Sampai sahaja di meja makan aku lihat wajah Afiq dingin semula. Mana tidaknya kalau dah Afqih duduk dihadapan dia. Risau aku kalau peperangan berlaku.

"Hana look beautiful" kata Afqih secara tiba-tiba membuatkan aku tersedak.

"Ya la waktu kecil dulu comot je, bila dah besar cantik gila. Rasa cam menyesal sebab tak jumpa Hana dulu sebelum Afiq. Kalau tak dah lama kita berdua kahwin" okay aku tiba-tiba rasa janggal.

PAP!

"Engkau kenapa sebenarnya Tuan Afqih?!!! Apa yang engkau tak puas hati sangat dengan aku ah?!!" Aku terkejut malah mereka pun terkejut sekali kecuali Afqih. Dia hanya menayangkan muka tidak bersalahnya sambil tersenyum sinis.

Kemudian dia bangun dan berhadapan dengan Afiq. Aku menelan air liur aku lalu aku menarik Afiq supaya duduk kembali tetapi dia hanya biarkan sahaja.

"Я все еще жду свои права Афик (aku masih menunggu hak aku Afiq)" kata Afqih sambil senyum nakal.

"TUAN AFQIH!!!"

BUSH

Aku dan lain-lain terkedu manakala Afiq pula menahan geram.

"DON'T... YOU... DARE!!!"

"Nira... Jom balik" ajak Afiq sambil memimpin tangan aku.

"Afiq minta maaf bukan niat nak kurang ajar tapi anak mummy dengan daddy ni dah melampau!" Dia menunjuk Afqih yang masih belum bangun daripada duduk atas sebab kena tumbuk tadi.

"Itu hak Nira dan bukan hak engkau... Aku suami dia pun tak pernah minta hak dia walaupun aku rasa aku mampu minta!" Afiq menunjal dahi Afqih. Aku nampak Afiq sedang menahan marah tetapi dia tak nak marah dia terkena pada orang lain.

Afiq terus bersalaman dengan daddy dan mummy kemudian terus keluar dari rumah tersebut tanpa menunggu aku bersalaman dengan mertua ku.

Di dalam kereta, fikiran aku teringat apa yang berlaku di dalam rumah tersebut. Hak. Hak apa yang dimaksudkan? Mula-mula mamat yang culik aku tu. Kemudian Afqih. Apa yang dorang nak sebenarnya?

"Afiq boleh aku tanya?" Aku memandang Afiq yang sedang fokus memandu itu. Dia hanya mendiamkan diri sahaja tetapi aku tahu yang dia izinkan aku bertanya.

"Apa maksud Afqih tadi? Hak? Hak apa?"

Tuan Afiq Where stories live. Discover now