bab 40

73 3 0
                                    

BUSH

Dengan tiba-tiba pintu itu dipecahkan oleh Tom. Aku dan Anas sudah kecut perut.

"Oh... Bos hancurkan aku? Habis tu engkau? Bos bunuh kau?" Kata Tom yang sedang mengacu pistol ke arah Anas. Aku tanpa membuang masa aku terus mengacu pistol pada Tom lalu...

BANG BANG

dua kali aku menembak ke arah Tom.

"Kak..." Anas menegur ku lalu melihat muka aku seperti tidak percaya. Lalu dia bangun dan melihat Tom yang terkaku itu.

"Perghhh headshort tu..." Katanya dengan teruja. Aku? Mestilah malu... Orang puji kot aihhh malu, malu...

"Dah kak jom nanti makin banyak malapetaka" kata Anas lalu memapah aku untuk bangun. Dia membawa aku keluar dari bilik ini. Ada la musuh tapi aku dan Anas berjaya menembak musuh. Aku di belakang manakala Anas di depan.

Tiba-tiba aku rasa Anas berhenti di tengah jalan.

"Well, well Anas... Bagi balik perempuan tu dekat aku" kata orang itu dengan tegas. Aku tak dapat tengok sebabnya Anas tak beri aku ke hadapan.

"Langkah mayat aku dulu baru aku bagi" kata Anas lalu aku dapat rasakan genggaman tangan Anas makin kuat tetapi itu tidak membuatkan aku sakit.

"Boleh no problem bro..."

BANG

"ARGHHHH" aku berura menyambut Anas yang ingin jatuh tetapi dia masih berdiri cuma tertunduk sedikit kerana peluru itu terkena di lengannya.

BANG

Tiba-tiba Anas sudah rebah secara meniarap...

"ANAS!!!" Aku berlari ke arah Anas yang kaku itu.

"Anas bangun Anas..." Aku tampar pipi Anas dengan kuat.

"A... Akak..." Aku memandang Anas yang ingin mengatakan sesuatu.

"Saya na...k ucapkan te...rima kas...ih sebab su...di anggap sa...ya mac...am adik ak...ak"

"Nas tolong simpan tenaga, tunggu sampai Tuan datang aku akan pastikan engkau selamat" kataku dengan air mata mengalir tanpa henti. Dalam hati aku mendoa semoga Tuan dan yang lain cepat sampai.

BANG

Aku menundukkan badan ku sedikit sambil menutup kedua belah telinga ku.

"Dah habis berasmara?" Tanya lelaki itu. Aku memandang lelaki itu dengan tajam sekali. Kemudian aku terkejut lelaki itu...

"Afqih?" Kata ku terkejut.

"Yes it's me Farhana Ianira" balasnya sambil menunduk hormat.

"Engkau memang tak guna!!!!" Aku mengacu pistol itu pada dia.

BANG

Tepat pada sasaran. Peluru itu terkena pada perut dia.

"Sh*t kau perempuan tak guna!!!"  Dia memukul aku menggunakan pistol yang berada di tangannya itu. 

"Bawa perempuan ni masuk dalam" lalu anak buahnya mengangkat aku. Aku meronta-ronta sehinggalah sampai ke dalam bilik itu.

Ya allah kenapa benda begini terjadi ya allah? Bagaimana dengan keadaan Anas? Aku tak mampu nak tolong dia ya allah. Aku memandang pintu yang terbuka sedikit. Kemudian melihat ada seseorang masuk ke dalam bilik ini.

"Kau siapa?" Tanya ku.

"Jaga kau" balasnya sepatah... Jaga aku? Aku rasa aku ada idea... Hehehe

Tuan Afiq Where stories live. Discover now