bab 35

67 5 0
                                    

Malam sebelum majlis kahwin Syafiqah aku menggosok kan baju suami aku dan! Baju sekor beruk terlepas tu. Siapa lagi kalau bukan Farhan.

"Hana dah siap ke baju aku tu?" Tanya dia. Ya memang tangan aku ada sepuluh pun dengan baju aku dengan baju Afiq dengan baju dia aku nak gosok wahhhh ingat boleh siap dalam 5 minit? Lagi-lagi si Afiq tu cerewet nak mampus.

'Aku tak nak ada kedut'

'Aku tak nak dekat bahagian lengan tu ada garisan'

Dan bla, bla, bla uhhh harap anak dalam perut aku ni tak ikut cerewet macam bapak dia. Untuk pengetahuan, perut aku tiba masa nak meletup sahaja... Tak sabar aku nak tengok anak aku keluar, membesar jadi orang yang berguna.

Mesti dia comel macam aku, handsome, cantik macam mak dengan bapak dia. Aku harap sangat dia tak ikut sangat jejak langkah bapak dia sebab aku tak nak anak aku bunuh orang semua biarlah dia hanya sekadar ditakuti oleh orang dan bukan membunuh orang.

"Sweety pie..." Dengar sahaja nama itu dipanggil aku terus menoleh ke arah pintu lalu aku tersenyum melihat Afiq yang sedang berpeluh kerana baru balik daripada gym... Entahlah dia kata dia dah gemuk padahal aku rasa dia gemuk dia comel hehehe this is my baby bear that's why he cute hehehe.

"Ya kenapa baby bear" kata ku tanpa memandang dia. Kalau pandang dia terbakar baju Afiq, aku yang kena marah uhhh.

"Dah la tu gosok baju, biar aku gosokkan" katanya lalu mengambil streka dan mula sambung kerja ku itu.

"Kenapa tiba-tiba rajin nak tolong ni?" Tanya ku sambil tersenyum melihat dia. Sejak aku lari daripada rumah, aku nampak banyak sangat perubahan daripada Afiq. Aku rasa ini bukan Afiq yang aku jumpa dekat hospital dulu.

"Kau tu tengah mengandung, kalau buatnya engkau terberanak siapa susah?" Katanya lalu mencium aku sebentar. Aku terus memeluknya. Tak hirau la dia tengah gosok baju pun aku tetap nak peluk dia.

"Baby bear..." Aku memanggilnya dengan manja sekali.

"Tekak teringin nak makan mangga la" aku mengusap dadanya. Hehehe kelemahan dia antara dua tak dada, halkum hehehe.

"Nak mangga tunggu aku habis gosok baju baru aku belikan" seraya itu aku terus senyum lebar.
______________________________________

Dengar sahaja bunyi enjin kereta Afiq masuk ke perkarangan rumah aku terus berjalan terkedek-kedek lalu tanpa menunggu Afiq masuk ke dalam rumah aku sudah duduk di atas meja makan.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" jawabku dengan wajah teruja.

"Sweety pie.." aku memandang dia kemudian lihat pada tangannya... Kosong?

"Mana mangga?" Tanya ku kemudian dia menggaru kepalanya.

"Maaf... Mangga tak ada" luluh hati aku apabila mendengar ayat yang terkeluar dari mulutnya.

"Ta... Tapi aku ada beli kan buah betik, pisang, nanas, durian..."

"Aku tak nak benda lain! Aku nak mangga!" Betak ku. Kemudian aku lihat muka dia sebersalah. Beberapa minit kemudian aku lihat anak buah dia masuk ke dalam rumah dan meletakkan plastik yang terisi buah. Mungkin buah yang dia beli tadi. Tapi aku nak mangga...

"Sorry sweetie pie I tried to find a mango but I couldn't find it" dia menundukkan mukanya. Aku turun dari kerusi itu.

"Tak apa la" kata ku kemudian terus berjalan ke arah tangga.

"I promised after the wedding, I would try to find mangoes until I got them" katanya yang masih berada di bawah tetapi aku tidak peduli dan terus masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukannya.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now