bab 17

90 6 0
                                    

Mummy dah balik selepas sahaja Afiq pergi kerja sekarang tinggal aku sorang-sorang dalam rumah. Nak buat apa? Aku pun tak tahu. Aihhh kalau ada Cik Som kan bagus, ada kawan berborak.

Aku berjalan satu rumah itu. Anak buah Afiq semuanya jalankan tugas mereka. Aku melihat seorang demi seorang. Tetapi mata aku terhenti di salah seorang anak buah Afiq. Aku memandang dia, dia masih dengan posisinya berdiri tegak.

"Macam pernah tengok kau ni, tapi dekat mana ek?" Tanya ku pada dia. Dia hanya berdiam diri. Cakap dengan dia tak berguna langsung!

Kemudian aku lihat seorang anak buah Afiq sedang berjalan ke arah ku sambil makan?! Tanpa memandang aku.

"PUAN!" Dia terkejut lalu makanan di tangannya pun jatuh ke bawah. Aku tergelak kecil lihat perilaku dia.

"Puan buat apa dekat sini?" Tanya dia lalu menolak makanan dia itu jauh sikit dari pandangan ku. Ceh ingat aku tak nampak ke? HAHAHAHA

"Aku yang sepatutnya tanya kau, kenapa kau tak buat kerja kau?" Tanya ku sambil memandang dia. Aku menahan gelak melihat dia seperti hilang anak.

"Maaf puan, saya bukan tak buat kerja, tapi saya lapar puan. Saya ingat puan ikut Puan Rohaya. Maafkan saya puan. Tolong jangan bagitahu Tuan" katanya sambil merayu pada ku. Aku tergelak besar membuatkan dia memandang aku pelik.

"Kenapa puan gelak?" Tanya dia pelik melihat aku.

"Chill la aku tak marah pun. Aku bukan macam Tuan kau tu 24 jam nak marah je kerja. Meh ikut aku" kata ku sambil masuk ke dalam. Aku lihat dia masih duduk di tempat itu lalu aku pergi ke arahnya dan mengajaknya masuk ke dalam. Dengan perasaan takut dia masuk ke dalam ikut aku.

"Ni aku ada masak sikit. Banyak sangat ni, makanlah jangan segan-segan anggap je aku ni..."

"Umur saya 20" katanya sambil memandang aku. Aku tersenyum.

"Akak"

"Panggil je aku akak" kata ku sambil tersenyum. Dia balas senyum ku tetapi dia lihat makanan yang berada dihadapannya.

"Kak, Tuan tak marah saya ke kalau saya makan ni?" Tanya dia takut. Aihhh takut sangat dengan suami aku tu. Suami aku tu manusia juga cuma perangai je macam syaitan. Itu antara dia dengan syaitan, syaitan pun confuse siapa yang syaitan sebenarnya HAHAHAHA.

Amboi Farhana kalau dah mengata orang memang menjadi-jadi hehehe harap suami aku maafkan aku la HAHAHA.

"Kalau dia marah kau maksudnya dia marah aku sekali. Berani dia nak marah aku bagi orang makan?!" Kata ku lalu menolak makanan itu menyuruhnya makan jangan takut. Dia memandang aku lalu senyum lebar kemudian dia ucapkan terima kasih dan makan sehingga dia kenyang.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now