bab 18

102 6 2
                                    

"Assalamualaikum" seseorang memberi salam lalu aku lihat pintu masuk itu terbuka kemudian aku lihat suami aku sudah balik.

"Waalaikumussalam" aku terus pergi ke arah Afiq lalu salam tangannya. Dia mencium dahi ku lalu duduk di sofa yang berada di sebelah pintu masuk itu.

"Wowowo kalau nak bercium atau buat anak boleh dipersilakan duduk dalam bilik ya. Hormat orang single" kata Farhan yang baru muncul di depan pintu. Syah menolak kepala Farhan.

"Engkau yang tak nak cari jodoh padan la muka" kata Syah tanpa perasaan. Aku hanya tergelak melihat mereka berdua. Farhan sudah buat muka. Aku lihat Afiq berjalan menuju ke dalam bilik, aku pun mengikut dirinya.

Masuk sahaja di dalam bilik, aku lihat dia sedang membuka baju. Nampak segalanya di badannya termasuk... Garisan di belakangnya.

"Afiq, apa benda garisan yang kat belakang kau tu?" Tanya ku sambil sentuh garisan itu. Dia memegang tangan aku kemudian dia menoleh ke belakang.

"Jangan sentuh" katanya tegas sambil memandang aku tajam. Aku menelan air liur. Aku terus lepaskan tangan aku dari genggaman tangannya.

Dia masih melihat aku tidak berkelip. Aku sudah panas punggung, aku terus keluar dari bilik itu.

Aku turun ke bawah kemudian aku lihat Farhan dan Syah berada di ruang tamu menonton televisyen. Aku terus pergi ke arah mereka berdua.

"Farhana" sapa Farhan yang berhenti makan seketika. Kemudian dia sambung balik makan. Syah sudah berdiri bila melihat aku kemudian dia menyuruh aku duduk.

"Kau tak duduk ke?" Tanya ku pada Syah. Syah hanya menggelengkan kepalanya.

"Syah hormat kau la kiranya, sebab kau kan isteri bos dia" kata Farhan sambil melihat Syah yang berdiri itu.

"Dah tu kau tak macam Syah pun" balas ku sambil senyum sinis pada Farhan. Farhan melihat aku dengan wajah tidak puas hati.

"Kiranya kau halau aku la ni?" Kata Farhan seperti jauh hati pada aku. Aku tergelak besar.

"Tak ada la gurau-gurau je" kata ku dengan sisa ketawa ku.

"Oh ya nak bagitahu ni. Tadi kan aku pergi belakang, lepas tu aku perasan sorang anak buah Tuan ni, muka dia macam aku pernah tengok" kata ku pada mereka berdua. Farhan dan Syah memandang aku dengan riak wajah pelik.

"Siapa?" Tanya mereka serentak. Aku memandang mereka berdua dengan wajah terpinga-pinga. Lalu aku bangun menuju ke halaman belakang. Mereka juga mengikut langkah ku.

"Ni orangnya" kata ku sambil menunjuk orang tersebut. Farhan dan Syah mendekati orang tersebut.

Kemudian Farhan mendekatkan mukanya ke orang tersebut. Tiba-tiba Syah menolak kepala Farhan lalu Farhan tanpa sengaja tercium orang tersebut. Aku terus menutup mulut ku kerana terkejut ya amat. Apatah lagi orang tersebut.

"Syahril Mubarak..." Farhan seperti menahan geram. Lalu dia memandang Syah yang buat muka tidak bersalah itu.

"Engkau memang dah melampau!!! TUNGGU KAU!!!!!" maka bermula la kejar-mengejar antara mereka berdua. Aku hanya menggelengkan kepala ku sahaja. Tetapi aku tetap melihat orang tersebut.

"APAHAL KORANG BERDUA NI!!!!" satu suara bergema di dalam rumah tersebut maka aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah kemudian aku lihat Farhan sedang berada di atas Syah dan tengah menarik rambut Syah manakala Syah pula sedang memegang tangan Farhan untuk menyuruh berhenti perbuatan tersebut.

"Kau tahu tak..."

"Tak" kata Afiq yang sedang memandang aku yang berada di depan pintu dapur.

"MEMANG LA KAU TAK TAHU!!!! AKU TAK BAGITAHU KAU LAGI BAHL*L" marah Farhan. Nampak sangat dia geram tu.

"Dah tu?" Tanya Afiq tanpa ada perasaan.

"Eeeee orang dalam rumah ni semuanya macam bangs*t sumpah aku rasa nak tembak sekor, sekor biar korang mati" kata Farhan yang sedang memegang pistol. Aku tergelak kecil melihat Farhan yang mahu bertukar menjadi hulk itu.

"Kalau aku mati, duit gaji kau tak ada la" kata Afiq dengan tenang. Farhan menahan geram kemudian dia terus keluar dan menghidupkan enjin kereta.

"Koyak la tu" kata Syah yang baru bangun dari baring dan membetulkan bajunya.

"Koyak sampai baju, seluar sekali koyak" kata Afiq lalu mereka berdua ketawa. Aku lihat mereka berdua dengan wajah terpinga-pinga.

"Apahal tengok kita orang macam tu?" Tanya Afiq dan kemudian dia menekup wajahku.

"Pelik, ingatkan korang dua puluh empat jam beku sentiasa" jawab ku jujur.

"Kita orang manusia bukan robot" kata Syah kemudian dia berjalan ke pintu keluar.

"Dia nak pergi mana?" Tanya ku pada Afiq. Dia memandang aku kemudian memandang Syah.

"Dia nak balik la kenapa?" Tanya Afiq pelik.

"Bukan dia selalu tidur sini ke?" Tanya ku balik.

"Kita dah kahwin, kita pun perlukan privasi kan" kata Afiq kemudian dia terus mendukung ku. Aku menjerit kecil.

"Piq, Piq turunkan aku, aku gayat!!!" Aku memukul belakang badannya dengan harapan dia menurunkan aku. Ni badan ke batu? Keras semacam!

"Kau tengok muka aku... Do I care?" Katanya bersahaja kemudian dia membuka pintu bilik dan sampai sahaja di katil dia meletakkan aku perlahan-lahan di atas tilam.

Dia menindih kan tubuhnya. Aku menelan air liur.

"Ke... Kenapa?" Tanya ku dengan gagap.

"Kenapa apa?" Tanya dia balik. Aku dah tak keruan, aku memandang ke tempat lain tetapi dia pandai dia kunci pergerakan aku termasuk muka aku.

"Kenapa pandang tempat lain kalau suami kau dekat sini?" Tanya dia dengan senyuman nakal.

"Ma... Mana ada ak... Aku pandang tempat lain" dalih ku. Kau fikir perangai aku macam jantan, aku tak takut dengan situasi macam ni ke?! Takut la gila!!! Lagi-lagi bila dia sedang memandang aku dengan pandangan bermacam-macam.

Dia mengangkat keningnya lalu dia tersenyum lebar.

"Kan tadi aku kata kita berdua pun ada privasi kan?" Tanya dia. Aku hanya mendiamkan diri tak berkata.

"Do you want it?" Tanya dia dengan suara paling membuatkan semua perempuan dengar pun cair.

"Ak... Aku..."

"Faham" katanya lalu turun daripada tindih badanku. Aku memandang dia dengan wajah terpinga.

"Kau tak sedia lagi kan. Aku faham. Aku tak kejam sangat la nak paksa kau" katanya sambil ketawa.

Kemudian dia ingin berjalan ke arah tandas tetapi aku menahan tangannya sehinggakan dia terjatuh ke atas katil. Kali ini aku pula yang menindih badannya. Aku lihat halkum miliknya bergerak.

"Do you want it?" Tanya ku sambil mengusap dadanya dan tersenyum paling menggoda. Dia tersenyum kemudian dia menolak ku ketepi kemudian dia menindih tubuh ku. Kemudian dia merapatkan mukanya ke telinga ku.

"Bismillah allahumma jannibnaad syaithoona wa jannibi syaithoona maarozaqtana" bisiknya ke telinga aku...

(Kalau rasa nak skip baca doa tu dipersilakan, itu doa sebelum bersetubuh bagi suami isteri. Yang belum kahwin tak payah nak baca doa tu. Tak sah lagi! Kau baca pun dapat dosa juga bagi yg blum kahwin 🙄 warning! Jgn mengada² nk melakukan zinar! Dosa besar!)

Tuan Afiq Where stories live. Discover now