bab 26

75 6 0
                                    

Selepas sahaja Ianira keluar dari rumah, aku terduduk. Tak sangka dengan kejujuran aku pada malam ini membuatkan aku kehilangan Ianira aku, anak aku... Anak?

"Farhan" aku bangun lalu pergi ke arah Farhan yang betul-betul berada di belakang aku. Farhan memandang aku dengan wajah kesian.

"To... Tolong aku... Nira dia tengah mengandung tu. Aku tak nak apa-apa jadi dekat dia" merayu ku pada Farhan. Aku lihat muka Farhan sedang bersimpati dengan aku. Tiba-tiba Syah menepuk bahuku.

"Aku dah telefon Calvin dengan Alex, dia orang ikut Farhana. Mana sahaja dia pergi, mereka akan roger aku. Jangan risau dah" aku terus peluk Syah. Tanpa mereka aku tak rasa aku boleh lakukan semua benda ini.

"Dah Tuan, kau pergi rehat dulu. Insyaallah Farhana akan kembali pada kau" aku menggeleng.

"Tak... Aku tak akan rehat selagi Nira tak balik. Dia dalam bahaya Han, macam-macam benda boleh berlaku dekat dia di luar sana. Aku menyesal sangat Han sumpah menyesal" aku dengan mudahnya nangis di hadapan mereka.

TING

Unknown

Nangis ke tu? Kenapa?
Bini lari rumah? HAHAHAHA
tengok betul-betul bini kau tu
takut bini engkau jatuh dekat atas tangan aku je nanti

"ARGHHHHHHH" aku membaling telefon yang berada di tangan aku sebentar tadi. Aku meraup rambut ku lalu aku terduduk. Siapakah orang itu? Aku terus lihat di permukaan pintu rumah tetapi tiada sesiapa.

Kenapa aku rasa macam dia berada dekat sangat dengan keluarga aku? Apa sebenarnya yang dia nak daripada aku? Tak kan dia nak hak dari Nira?

"Tuan kau okay?" Aku baru tersedar yang aku masih berada dihadapan Farhan dan Syah. Aku mengangguk kemudian aku bangun daripada duduk.

"Siapa yang hantar mesej dekat engkau?" Tanya Syah pula. Nak bagitahu ke tak nak? Tapi orang tu macam nak hal ini hanya kami sahaja maka aku hanya menggelengkan kepala lalu meninggalkan mereka berdua yang memerhati aku.
______________________________________

Sudah dua hari Nira tinggalkan aku dan bermakna sudah dua hari juga aku tidak cukup tidur. Mana taknya setiap kali aku tidur mesti Nira ada disebelahku lalu aku memeluknya. Ya allah mana kau Nira... Aku rindu kau

Aku menyesal sangat sebab niat aku jahat untuk kau Nira. Aku minta maaf...

TOK TOK

Bunyi ketukan daripada luar membuatkan aku tersedar kemudian aku meraup wajahku supaya tidak kelihatan serabai lalu aku menyuruh orang itu masuk ke dalam bilik pejabat ku.

Ya! Aku sekarang berada di tempat kerja, di pejabat ku. Walaupun berada di tempat kerja tapi jiwa aku hilang entah ke mana. Tiada langsung tertarik untuk menyiapkan tugasan aku disini.

Aku nampak Calvin dan Alex masuk ke dalam ruangan bilik ku. Calvin dan Alex ialah kawan ku juga cuma dia hanya mengikut arahan aku apabila aku ingin mendapatkan orang tersebut.

Tetapi mereka hanya mengikut orang tersebut dan tidak mengotorkan tangan mereka dengan darah. Seperti situasi sekarang, mereka mengikut arahan aku supaya mengikut Nira dimana sahaja Nira pergi.

"Bro..." Aku bangun lalu berpelukan sebentar dengan mereka. Nak kata dah lama tak jumpa, ya juga.

"Kau okay tak ni bro?" Tanya Alex yang baru sahaja duduk dihadapan ku. Soalan, kalau ya pun tanyalah logik akal sikit. Bini lari dari rumah kot.

"Okay kalau pistol kesayangan aku tu hingap dekat otak kau" jawab ku dengan wajah tiada perasaan.

"Engkau ni pun, tanya la elok sikit. Cuba kalau bini kau lari rumah dalam keadaan mengandung, kau okay ke tak?" Potong Calvin yang sedang berpelukan badan. Aku tersenyum nipis. Padan muka.

"Farhana aku rasa dalam bahaya"

Tuan Afiq Where stories live. Discover now