bab 36

64 4 0
                                    

Pada pagi sebelum majlis itu bermula aku dan suami aku bersiap di rumah sebelum pergi ke rumah mummy.

"Sweety pie boleh tolong tak?" Pinta suami ku dengan tiba-tiba. Aku bangun dari tilam itu dan datang mendekatinya.

Kemudian aku tolong butangkan bajunya. Dia mengenakan baju melayu berwarna biru dan samping sekali. Macam dia pula nak kahwin. Tapi bukan salah dia sebab tema Afiqah kahwin pun warna biru, aku pun pakai warna biru dengan tudung putih.

"Terima kasih sweety pie" dia ingin mencium ku tapi aku terus berpaling dan berjalan ke arah pintu. Entahlah tiba-tiba terasa pasal semalam.

"Farhan engkau tak siap lagi ke?" Tanya ku sebaik sahaja turun ke bawah dan melihat Farhan yang sedang bermain permainan video.

"Aku pergi lepas korang dah pergi" katanya sambil fokus bermain game.

"Pergi jangan tak pergi pula. Engkau pun ahli keluar ni kan. Membesar pun bersama-sama. Adik kau kahwin kena lah pergi kan?" Pujuk ku tapi pujukan ku itu tidak dibalas oleh Farhan kerana sibuk dengan game dia.

"Sweety pie dah siap? Nak gerak dah ni" kata Afiq yang baru sahaja keluar dari bilik. Aku terus berjalan ke arah pintu dan memakai kasut Nike. Saya tak reti nak pakai kasut tumit tinggi ni, karang jatuh aku yang malu.

Selesai sahaja pakai kasut aku terus masuk ke dalam kereta yang akan dipandu oleh Syah. Syah kan driver.

"Dah ke semua? Farhan tak ikut?" Tanya Syah sebaik sahaja Afiq masuk ke dalam.

"Tak dia kata dia pergi kejap lagi. Biarlah dia, pandai dia bawak diri" kata Afiq tanpa memandang Syah kerana sibuk membetulkan butang di tangannya. Aku memegang tangannya kemudian membetulkan baju di pergelangan tangannya. Selesai sahaja aku melepaskan tangannya.

"Kau kenapa ni? Tak ada mood ke?" Tanya dia dengan wajah risau. Aku buat tak tahu sahaja sehinggalah sampai di dewan dimana majlis perkahwinan Afiqah akan berlangsung. Mummy tak kasi datang ke rumah, dia kata terus pergi dewan jumpa dekat sini sahaja.

Tuan Afiq Where stories live. Discover now