𝗣𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴𝘂𝗲 ( edited )

14K 520 13
                                    

"SIR ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SIR ni... gay ke?"

Terbeliak mata Rayyan apabila suara merdu itu mengajukan soalan sebegitu pada dia. Rayyan berpusing wajah ke arah Nadra dengan kening sebelah terjungkit. Gadis itu pula sengih minta penampar macam soalan dia itu sama dengan 'awak dah makan?'. Dalam berpuluh soalan dalam kepala, yang itu juga dia ajukan, macam tanya kawan rapat pun ada.

Rayyan mengalih semula tumpuan pada air laut yang cantik seraya menggaru kepala yang tidak gatal.

Tercengang jejaka itu, mata seksinya terkebil. Keluhan kecil dilepaskan setelah itu. Mata memerhati ombak yang bergelora cantik. Tiupan angin lemah menyentuh seluruh badan, membuatkan rambut Rayyan yang tebal itu berterbangan. Tenang.

Lebih baik dia mengagumi alam semula jadi ciptaan Tuhan daripada tengok gadis yang suka loyar buruk ini. Mahu pandang lama pun tidak boleh. Zina mata.

"Kalau saya gay sekalipun, awak tak perlu risau sebab awak perempuan." Jawab Rayyan, selamba sambil bermain dengan pasir pantai. Kulit sudah melekat dengan pasir halus di situ tetapi dibiarkan. Jemari melukis di atas pasir itu dengan lukisan rawak.

Itu hanya sebuah gurauan serius dari Rayyan tapi Nadra ini terlalu mudah terpedaya dengan kata orang. Rayyan suka akan sikap gadis ini, comel sahaja. Tapi ada bahayanya juga jika mudah mempercayai orang. Nak gelak pun ada sebab terlalu polos. Mesti mata bundar gadis itu semakin membulat.

Firasat Rayyan betul. Mata Nadra membuntang besar sebaik sahaja mendengar jawapan Rayyan yang seperti tidak tahu mana baik dan buruk itu. Anak mata gadis itu memerhati wajah Rayyan yang masih selamba, biar betul mamat ni? Tunggu juga kata gurau daripada lelaki itu tapi tiada. Menyesal pula dia bertanyakan tentang itu, rasa macam nak tarik balik soalan itu tapi benda nak jadi, dia tak mampu nak buat apa.

"Tapi gay kan dosa besar? Sir ni–"
"Saya tau gay tu dosa besar, Nadra–"
"Habistu kenapa sir gay kalau dah tau dosa besar?"

'Ish, budak ni. Cuba bagi aku habiskan ayat dulu. Nasib baik bukan mahram. Kalau tidak, dah lama kena cubit manja dengan aku.' Bebel Rayyan dalam hati sambil berkerut. Dia mengeluarkan keluhan berat pula kali ini. Kalau ada stapler, dah lama dia guna untuk tutup mulut Nadra.

Dia malas nak terangkan perkara yang sama sebab bukan Nadra seorang je yang anggap dia sebagai seorang lelaki yang suka dengan kaum sendiri tetapi orang lain juga, apatah lagi Rayyan ni asyik melekat dengan Ezhar, terutamanya di gim. Mana tak orang fikir lain? Tapi apa dia kisah? Asalkan apa yang dia buat tu bukan dosa dan Tuhan sahaja nampak. Bukan dia berciuman dengan Ezhar pun.

Tangan Rayyan yang basah terkena air laut tadi dipercikkan tepat ke muka Nadra tanpa memandang, membuatkan gadis itu terperanjat. Mulutnya melopong. Mata mencerlung Rayyan sebelum mengelap muka yang basah itu dengan lengan jubah. Selamat tak solek tadi.

"Sir ni–"

"Lain kali dengar orang cakap sampai habis. Tak hormat orang tua betul." Marah Rayyan, muka selamba masih ditayang pada wajah. Nak gelak tapi ditahan, kalau dia lihat reaksi Nadra pasti terhambur juga ketawa sebab itu dia tetap memandang air laut.

Nadra sempat menjeling geram dan mencebik bibir apabila mendengar bebelan jejaka itu. Dah macam kena marah dengan Aisya pula. Tapi, bagus juga dia sedar dah tua! Marah lagi, nanti berkedut muka kacak tu.

Tak baik pula melawan cakap orang tua jadi boleh bercakap dalam hati sajalah jawabnya walaupun raut mukanya sekarang nampak jelas dia sedang mengumpat tanpa mengguna mulut.

"Habis tu sir takut perempuan ke?" Soalnya lagi.

Banyak betul soalan budak kecil ni. Sabar sahaja lah Rayyan, layankan selagi boleh. Kata sayang kan? Kalau tak sayang, memang sekarang juga dia berlalu pergi tanpa menghiraukan perasaan gadis itu seperti yang selalu dia buat pada orang lain. Macam mana lah agaknya kalau dah kahwin nanti? Mesti mulut Nadra tak reti nak tutup.

"Saya takut dengan Allah." Ringkas dan padat, juga menusuk dalam hati.

Jawapan Rayyan membuatkan perasaan ingin tahu Nadra semakin kuat. Dia memandang ke arah Rayyan semula dengan dahi yang berkerut, menunggu jejaka itu untuk jelaskan lebih lagi.

Yelah, kalau menyampuk, kena marah lagi kan? Baik diam dan dengar sahaja.

Angin yang semakin kuat itu membuatkan tudung sarung Nadra yang menutupi dada itu berterbangan tetapi pantas dia menahan dengan tangan. Waktu ini jugalah angin nak tampar.

"I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, and I'll be loyal to her only. Bukannya couple lepastu bahagia dengan dosa sendiri, pegang sana sini, akhirnya putus. Apa guna? Dapat dosa je." Akhirnya, jejaka itu menerangkan perkara yang jarang sekali dia beritahu pada orang lain. Dengan Nadra, dia jujur sahaja.

Sentap.

Tidak terkata si gadis itu. Walaupun dia tidak pernah bercinta seumur hidup dengan lelaki ajnabi, tetapi ayat itu sangat pedas bagi dia. Dia hanya mampu mendiamkan diri kerana apa yang dikatakan oleh Rayyan itu adalah fakta dan tiada yang salah pun dalam ayat dia.

Kalau dia betul sayangkan kita, dia tak akan sesekali mengajak kita untuk buat dosa.

Tapi, ayat Rayyan tadi membuatkan hati dia berbunga tanpa dia sendiri tahu. Senyuman kecil yang mampu membuat sesiapa sahaja jatuh cinta itu terukir di bibir Nadra yang comel, menampakkan sedikit kedua lesung pipitnya. Jemari bermain dengan hujung jubah. Jantung berdetak dengan laju. Sukar pula nak bernafas. Oksigen terasa kurang.

"Have you found your 'someone right' yet?"
Rayyan angguk.
"Who?"

Nadra bertanya dengan hati yang berdegup kencang, boleh meletup bila masa sahaja. Dia mahu tahu siapa tetapi dalam masa yang sama dia takut. Takut apa? Takut kalau orang itu bukan dia.

"She's right beside me."

Tersungging senyuman kecil di bibir Rayyan yang jarang orang lihat itu. Dia tidak pandang langsung ke arah Nadra waktu dia ucapkan ayat itu. Bukan malu tapi kalau dia tahu reaksi gadis itu, makin lebar senyuman nanti. Tak semudah itu dia beri senyuman pada orang lain. Hanya orang tertentu sahaja. Nadra mungkin akan menjadi sebahagian orang tertentu tersebut.

 Nadra mungkin akan menjadi sebahagian orang tertentu tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now