𝟏𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.7K 250 6
                                    

"JOM lepak rumah aku harini—"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"JOM lepak rumah aku harini—"

"Sir Rayyan?"

Belum sempat Nadra menghabiskan ayat, Aisya memotong gadis itu dengan memanggil jejaka itu.

Mata Nadra terus beralih menghadap lelaki yang sedang Aisya pandang. Tetapi dia hanyalah seorang, anak perempuan dan wanita tadi itu sudah tiada. Aik? Dia mimpi ke tadi?

Mata Nadra dan Rayyan bertentangan untuk beberapa saat sebelum Nadra melarikan pandangan. Kepala ditundukkan, mata memandang lantai.

Tak mampu nak tengok Rayyan.

"Sir buat apa dekat sini?" Soal Aisya dengan sopan.

Mata Rayyan tetap memandang ke arah Nadra yang sudah melarikan pandangan itu. Dia memandang Aisya sekilas sebekum melarikan pandangan.

"Saya pergi beli barang kejap tadi." Jawab Rayyan dengan mendatar, kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.

'Eleh, cakap je lah teman bini jalan - jalan' Bisik hati Nadra, mata menjeling ke arah lantai. Marah lantai tu ke?

Nadra setia memandang pantai yang sudah banyak bekas tapak kasut itu. Tak mampu nak mengeluarkan suara, tak tau nak kata apa. Hati gadis itu sedang bercelaru.

Perbualan Aisya dan Rayyan didengar begitu sahaja tanpa fokus. Sibuk melayan perasaan sendiri. Mulut oun dah mula muncung itik.

Korang berdua buat apa dekat sini?" Soal Rayyan kepada Aisya dan Nadra tapi sikit pun Nadra tak mengangkat kepala. Apa yang cantik sangat dengan lantai tu pun tak tahu lah.

Sesekali Nadra memandang ke arah Aisya sebelum memandang kembali ke arah lantai. Rayyan macam tak wujud depan mata.

"Kitaorang tengok wayang je tadi, nak release stress lepas final." Jawab Aisya. Biasanya kalau Rayyan soal, mulit Nadra yang akan bising menjawab.

Sebab tu lah Rayyan asyik menyoal je, nak tunggu Nadra menjawab. Dia rindu nak tengok wajah Nadra yang cantik tu dengan senyuman manis gadis itu! Comel je.

Rayyan menundukkan pandangan sambil mendengar jawapan Aisya tetapi dia mencuri - curi memandang ke arah Nadra yang sedang memuncungkan bibir, kepala ditundukkan.

Hampir je Rayyan tersenyum.

Jemari Nadra bermain dengan hujung bajunya itu. Tak perasan lagnsung akan tatapan Rayyan itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now