𝟓𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.1K 182 4
                                    

"RAY

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RAY."

Suara Ezhar yang menampar gegendang telinga Rayyan membuatkan dia menoleh ke arah sahabatnya dengan kening yang terjungkit. Rayyan memerhati Ezhar yang baru sahaja mengambil tempat duduk di atas kerusi plastik yang berada di sisi katil itu. Terlalu sibuk Ezhar sehinggakan dia tak sempat nak menjenguk Rayyan, dia selalu tanya Nadra sahaja tentang keadaan Rayyan.

"Ingat aku rupanya." Usik Rayyan sebelum mengalihkan pandangan ke dinding putih itu. Merajuk lah tu.

Terlepas tawa Ezhar waktu itu.

"Merajuk? Gedik lah kau!" Bahu Rayyan dipukul oleh Ezhar, tawa jejaka itu masih tidak hilang. Tengah sakit pun Rayyan boleh merajuk ye? Nasib baik kena sikit je pukul, kalau tak sakit memang kuat lagi Rayyan kena.

"Merajuk? Kepala otak kau lah aku merajuk. Aku call pun kau tak jawab, aku ingat kau pun kemalangan sekali. Mana lah tau, kena jemput Ilahi tapi aku tak tahu." Bebel Rayyan, dijelingnya Ezhar sekali. Geram betul. Sibuk memang sibuk tapi nak jawab panggilan pun takkan lah tak boleh.

"Sorry lah, Ray. Aku sibuk lah kebelakangan ni, bukan aku tak nak jenguk kau ke apa. Setiap hari aku tanya bini kau tau pasal kau, jangan cakap aku tak kisah pasal kau. Kalau aku ada kuasa teleport, dah lama aku guna setiap hari semata nak jumpa kau." Bidas Ezhar sambil berkerut. Bukan dia tak mahu temgok sahabatnya yang seorang ni tapi memang kerja belambak nak kena siapkan jadi dia pun tiada masa.

"Alasan. Kau bila je tak sibuk? Ada projek baru ke?" Soal Rayyan dengan kening yang terjungkit. Ezhar dipandang tajam. Ezhar itu memang susah sangat nak jumpa, asyik sibuk aje kerjanya. Kalau dah kahwin tak tahu lah apa jadi.

"Aku ada dua projek baru, Ray. Itu yang sibuk." Balas Ezhar. Suka sangat sibukkan diri dengan kerja.

"Kalau takde projek pun kalau boleh kau nak bermalam dekat ofis kau tu kan?" Marah Rayyan lagi. Bukan sengaja nak marah tapi risau dengan Ezhar. Tak kerja, pergi gim. Dua itu je lah dia buat.

Ezhar sengih sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Sengih minta penampar eh? Aku panggil Aqirah kejap lagi, bagi penampar sekali dekat kau." Sambung Rayyan. Geram betul dia dengan sahabatnya yang seorang ini.

Berkerut terus wajah Ezhar bila disebut nama Aqirah.

"Takde nama orang lain ke nak sebut? Nama budak tu juga kau nak sebut?" Jeling Ezhar sebelum memeluk tubuh. Memang hilang angin dia bila sebut nama tu.

"Budak? Kau beza dengan dia 13 tahun je tau." Balas Rayyan.

"Budak bawah umur lah tu. 18 pun belum lagi. Geli lah!" Ezhar mencebik.

"Kau jangan geli - geli sangat. Kalau kau kahwin dengan dia, aku gelakkan kau." Rayyan tertawa kecil. Suka betul dia kenakan Ezhar. Jangan benci sangat, nanti suka padan muka. Lantak lah beza 13 tahun ke apa, kalau dah jodoh nak buat macam mana? Beza belas tahun pun tapi gaduh mengalahkan sama umur.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now