𝟒𝟖 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.4K 170 12
                                    

KELUARGA Arifah memasuki bilik untuk menjenguk Rayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELUARGA Arifah memasuki bilik untuk menjenguk Rayyan. Wajah mak ngah nampak marah sahaja dengan Nadra. Arifah laju mendekati Rayyan dengan senyuman manis, Rayyan membalas senyuman itu dengan senyuman kecil kerana Arifah itu sepupunya tapi hati Nadra seperti diremuk apabila melihat perkara itu. Dia cemburu. Dia tak patut rasa cemburu tapi dia tak dapat nak mengelak.

"Abang macam mana?" Soal Arifah sambil duduk di atas kerusi di sisi katil Rayyan. Wajah Rayyan dipandang lama macam isterinya tiada di situ. Rayyan seperti biasa, mengalihkan mata untuk menjaga pandangannya daripada memandang Arifah.

Rayyan mengangguk. "Okay je ni." Pendek jawapan Rayyan. Itu lah Rayyan, memang beku. Disoal sedikit, jawab pun sedikit. Kalau dengan Nadra sebelum ini, disoal sedikit, bukan main panjang jawapan. Dengan Nadra je lah.

"Abang lapar tak? Ifah boleh belikan makanan untuk abang." Soal Arifah lembut. Nadra hanya perhati sahaja mereka berdua. Bekal yang Nadra masakkan tadi masih elok terletak di atas meja, sentuh pun tidak. Susah betul nak bagi Rayyan makan. 2 hari lepas sedar, memang takde selera Rayyan nak makan. Kena pujuk lama baru lah nak dengar kata.

"Nadra dah masakkan." Balas Rayyan. Nadra tersenyum kecil mendengar jawapan Rayyan itu. Walaupun dia tidak memanggil dengan gelaran 'isteri', dia rasa senang hati dengan jawapan itu. Semoga Rayyan selera nak makan lepas ni.

"Nadra masak apa?" Soal Arifah, ditujukan kepada Nadra. Gadis itu memandang Arifah dengan senyuman kecil.

"Nad masak bubur ayam je." Balas Nadra. Disebabkan Rayyan tiada selera untuk makan makanan yang lain, dia buat bubur je lah. Itu oun tak luak nak makan. Ditanya nak makan apa, tak jawab. Tanya mama pun tak jadi juga.

"Abang takde selera nak makan ke?" Arifah menoleh semula pada Rayyan. Jejaka itu tertumpu pada selimut sahaja, tak pandang langsung ke arah Arifah.

"Takde." Balas Rayyan sepatah.

"Tak sedap ke dia masak, Ray?" Mak ngah menyampuk. Berkerut Nadra mendengar kata - kata itu sebelum menundukkan kepala. Tangan bermain dengan hujung baju. Mulut mak ngah memang jahat.

"Kalau tak sedap, Arifah boleh masakkan untuk Ray. Nanti kami datang sini semula." Sambung mak ngah tanpa mendengar jawapan daripada Rayyan. Luruh hati Nadra saat mendengar kata - kata mak ngah itu. Arifah pula hanya diam, dalam diam setuju dengan kata - kata mak ngah. Nadra menahan air mata daripada memenuhi kelopak mata.

"Tak perlu. Ray memang takde selera nak makan. Tak payah nak susahkan Arifah masak untuk Ray sebab Ray dah ada isteri boleh masakkan untuk Ray." Balas Rayyan. Nadra dipandang sekilas daripada hujung mata sebelum dia mengalihkan pandangan semula pada selimut.

Nadra memandang ke arah Rayyan dengan senyuman kecil. Walaupun Rayyan tiada ingatan langsung tentang Nadra tetapi disebabkan Nadra isteri dia, perlu lah dia lindung.

Tiada angin tiada ribut, kepala Rayyan terasa berdenyut. Jemarinya memicit dahi dan mata dipejam erat untuk mengurangkan rasa sakit. Arifah yang nampak perkara itu segera mendekati Rayyan dan memegang bahu jejaka itu dengan wajah kerisauan tetapi laju menjauhkan diri daripada Arifah.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now