𝟐𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.4K 304 13
                                    

PADA hari kedua, mereka sudah menghabiskan masa dengan bermain dua game daripada pagi sehingga ke petang sebelum pergi ke bilik masing - masing untuk menunaikan solat zuhur dan asar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PADA hari kedua, mereka sudah menghabiskan masa dengan bermain dua game daripada pagi sehingga ke petang sebelum pergi ke bilik masing - masing untuk menunaikan solat zuhur dan asar.

Selepas itu, mereka kembali ke pantai untuk relaks dan makan bersama. Aisya dan Nadra bermain air laut bersama tiga pensyarah mereka.

Tawa mereka tidaklah kuat mana tapi cukup untuk memuaskan hati mereka sendiri dengan berseronok.

Aisya sebagai gadis yang suka mengambil gambar terus menangkap momen Nadra yang sedang bergelak sakan, tudung sarung sudah dilipat seperti makcik bawang.

Nasib lah muka cantik bila gelak, manis je tengok. Rayyan yang sesekali memandang Nadra pun hampir tersenyum sebelum melarikan pandangan.

"Woi! Kau amik gambar aku eh?! Delete sekarang!" Marah Nadra bila Aisya mengambil gambarnya sesuka hati. Nadra bercekak pinggang sambil mengejar Aisya dengan keadaan kaki yang masih di dalam air.

"Cantik lah!" Balas Aisya, melarikan diri daripada Nadra yang sudah naik singa itu.

"Bagi aku tengok! Kalau tak cantik, memang aku cubit kau sampai lebam!" Marah Nadra lagi sambil berkejaran dengan Aisya.

"Mak, tolong!" Rengek Aisya sambil melarikan diri daripada Nadra.

"Aduh!" Nadra tiba - tiba menjerit kesakitan apabila terasa kakinya memijak sesuatu yang tajam. Nadra berhenti lari.

Aisya yang mendengar jeritan kecil Nadra itu terus menoleh ke arah sahabatnya itu dengan wajah yang kerisauan.

Aisya berlari menuju ke arah Nadra.

"Jangan lari! Ada benda tajam aku terpijak. Careful." Pesan Nadra kepada Aisya apabila melihat Aisya yang sedang berlari ke arahnya.

Aisya berjalan perlahan ke arah Nadra sebelum memegang bahu Nadra.

"Okay tak ni? Meh, aku bawak kau kat meja tu." Ujar Aisya. Nadra merangkul leher Aisya sambil berjalan dengan satu kaki yang dinaikkan.

Rayyan yang baru sahaja berbual dengan pensyarah lelaki tadi ternampak Nadra berjalan sambil merangkul leher Aisya. Rayyan mengerutkan dahi apabila melihat Nadra seperti dalam kesakitan.

Aisya memberi Nadra duduk di atas bangku kayu itu sebelum dia mencangkung untuk melihat kaki Nadra. Darah Nadra menitik di atas pasir itu.

"Weh, darah! Kau terpijak apa tadi?" Panik Aisya sebelum mengalas totebagnya di atas pasir, membiarkan darah Nadra jatuh di atas beg itu.

"Banyak ke?" Soal Nadra yang sedang menahan sakit itu. Dia pula sedang memakai stokin hitam, mana lah nak tau.

"Menitik." Balas Aisya sebelum perlahan - lahan membuka stokin Nadra. Tangan Nadra menggenggam bajunya yang sudah basah itu. Mata dipejamkan rapat.

"Aku rasa aku macam terpijak kaca tadi..." Ujar Nadra sambil melihat tapak kakinya yang putih itu yang sudah mengalir darah.

"Apahal ada kaca pula sesat?" Marah Aisya. Dia bukan marah Nadra, dia marah kaca tu!

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now