𝟓𝟖 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.8K 173 37
                                    

"KAU nak tengok tak sesuatu tak?" Soal Hadif kepada Nadra yang masih terikat di kerusi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU nak tengok tak sesuatu tak?" Soal Hadif kepada Nadra yang masih terikat di kerusi itu. Lemah sungguh dia sehinggakan nak buka mata pun sukar tapi dia memaksa diri untuk melihat Hadif yang baru sahaja menyoal tadi. Apa yang Hadif nak tunjuk pun dia tak tahu tapi dia perlu berhati – hati dengan jejaka ini. Apa sahaja Hadif boleh buat pada dia.

"Apa?" Balas Nadra lemah. Sungguh dia lemah pada saat ini. Makan pun dipaksa, itu pun dia tak tahu apa yang Hadif letak dalam makanan sebab dia tak nak percaya dengan jejaka ini. Perut memang berkeroncong, hanya sekali sahaja dia dapat makan dalam sehari dan perlu disuap oleh Hadif.

"Aku bawa orang yang kau sayang hari ini. Nak tengok?" Ucapan Hadif itu membuatkan mata Nadra sedikit meluas. Sangkaan dia adalah Rayyan tetapi boleh jadi orang lain. Siapa? Ibu? Ayah? Takkan Nabeel pula? Atau Aqirah? Cukup tajam tetapi lemah pandangan Nadra terhadap Hadif.

"Aku tak kisah kalau kau nak sakitkan aku dekat sini tapi jangan libatkan orang yang aku sayang, Hadif!" Marah Nadra sambil mencuba untuk melepaskan ikatan daripada tangannya walaupun gagal. Sudah berhari dan sudah masuk berminggu dia duduk di tempat yang sama. Nak solat pun tidak diberi peluang.

"Kau dengar tak tu, Aisya? Apa yang kau rasa ek sekarang bila kau dengar yang Nadra ni sayangkan kau tapi kau sendiri yang talam dua muka." Sengaja Hadif memanggil nama Aisya di hadapan Nadra. Sengaja juga dia memberitahu Nadra tentang perangai talam dua muka sahabatnya itu.

Wajah Nadra berkerut.

Aisyah berjalan sehingga dia berhadapan dengan Nadra. Riak bersalah terpapar pada wajah Aisya tetapi dalam masa yang sama, terselit dendam. Nadra membalas pandangan sahabatnya itu dengan wajah yang terkejut.

"Sya... apa yang kau—"

"Apa yang aku buat? Come on, Nadra. Kau memang polos. Dari awal kita jumpa sampai sekarang. Apa yang aku nak semua dapat dekat kau. Apa yang aku taknak semua aku dapat. Kau tak rasa tak adil ke?" Aisya bersuara sambil tersenyum sinis. Rasa bersalah tidak dihiraukan dalam hati.

"Kau cemburu dengan aku, Sya? Kau cemburu sebab tu kau buat macam ni dekat aku?" Soal Nadra, tak percaya. Tergamak sungguh kawan baiknya buat begini.

"Ya, aku cemburu dengan kau. Sekarang dah puas hati? Kau tak layak bahagia, Nadra. Tak layak langsung. Sejak kau muncul dalam hidup aku, sejak tu lah aku tak puas hati dengan kau. Semua perhatian kau yang dapat! Habis aku ni apa? Tunggul dekat situ?" Luah Aisya.

"Sya..."

"Aku benci kau, Nadra. Aku tak pernah sekali pun anggap kau kawan baik aku. Ingat tu." Sambung Aisya lagi dengan nada yang penuh dengan kebencian.

"Kau mesti tertanya – tanya kan siapa yang hantar mesej dekat kau? Aku, Nadra. Aku yang buat semua tu. Aku dah Hadif sebab aku tahu kau takkan cakap dekat suami kau pasal benda tu tapi aku silap. Rayyan terlalu bijak."

Melopong mulut Nadra apabila mendengar kata – kata Aisya tadi. Air mata sudah memenuhi kelopak mata. Sakitnya hati Nadra bila tahu sahabatnya sendiri yang sanggup menghantar segala mesej yang kejam itu. Nadra tak sangka yang Aisya sanggup membuat dia begini. Besar sangat ke dosa dia terhadap Aisya? Kenapa hanya disebabkan cemburu, Aisya sanggup buat macam ni?

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now